Software Kasih Sayang

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Staf : Saya ingin install Sofware KASIH SAYANG. Bolehkah Staff IT menolong saya?

Staf IT : YA, Saya akan membantu anda. Apakah anda sudah bersedia melakukannya? Saya akan memandu anda.Baik, langkah pertama adalah silahkan buka HATI anda.
Tahukah HATI anda di mana?

Staf : Ya, tapi ada banyak program yang sedang aktif. Apakah saya masih boleh menginstallnya jika program lain masih lagi aktif?

Staf IT :Oh..ya! kalau begitu, saya ingin tahu apakah jenis program yang masih lagi aktif?

Staf :Sebentar ya! Saya lihat dulu, program yang sedang aktif adalah SAKIT HATI.exe, DENDAM.exe dan BENCI.com Staf IT :Tidak mengapa. KASIH SAYANG akan menghapus SAKIT HATI.exe dari sistem operasi anda. Program tersebut akan tetap ada dalam memori anda. tetapi tidak lama kerana



KASIH SAYANG akan menimpa MINDER.exe dengan modul yang disebut PERCAYA DIRI.exe. Tetapi anda harus mematikan BENCI.com dan DENDAM.exe. Program tersebut akan menyebabkan KASIH SAYANG tidak terinstall secara sempurna. Dapatkah anda mematikannya?

Staf :Saya tidak tahu cara mematikannya. Dapatkah anda membantu saya?

Staf IT : Gunakan START MENU dan aktifkan MEMAAFKAN.exe Ikuti petunjuknya dan apabila ada pesanan file-file akan terhapus. Setuju(Y/N)? Jawab Y, kemudian Enter. selanjutnya untuk meyakinkannya,


cuba cari fail-fail tersebut iaitu tekan Find BENCI.com dan DENDAM.exe

Staf : Ada pesanan. There are no items shown in this views
.

Staf IT : Oh.. itu bererti File tersebut sudah terhapus,sekarang installkan
KASIH SAYANG.

Staf
: OK. Sudah. KASIH SAYANG sudah terinstall tapi kenapa masih tidak selesai sedangkan saya telah menunggu lama? Di skrin terpapar tulisan KASIH SAYANG SEDANG DI INSTALL HARAP BERSABAR.

Staf IT : Ya, anda akan menerima pesanan seperti itu kerana KASIH sAYANG akan terus di install dalam HATI anda. Jangan khuatir, Ini bermaksud kasih saying telah aktif di ruang eksternal tetapi belum aktif di internal. Hal ini rumit, kerana anda perlu memberi KASIH SAYANG kepada kompuetr ANDA sebelum menyebarkannya kepada orang lain.Dapatkah anda klik PULLDOWN DIRECTORY yang disebut NURANI
?

Staf :Yap.. Sudah!

Staf IT : Bagus. Sekarang pilih file-file TIDAK SOMBONG .exe dan MENYEDARI KEKURANGAN.exe. Lalu COPY ke DIRECTORY MY HEART
dan jalankan. Sistem ini akam menghapuskan file-file konflik dan mulai memperbaiki program-program yang salah. Anda juga perlu mengosongkan RECYCLE BIN untuk memastikan program-program yang salah agar tidak muncul kembali.

Staf : Sudah. Hei! HATI saya terisi file-file baru. SENYUM.mpg aktif di monitor saya, itu menandakan DAMAI.exe, KEPUASAN.com sudah di COPY
ke HATI.

Staf IT : Ada satu lagi hal yang penting. KASIH SAYANG adalah FREEWARE
. Pastikan untuk share kepada orang lain yang meminta bantuan anda. Mereka akan share ke orang lain dan seterusnya sampai anda akan menerimanya kembali.

Staf : Ya sudah tentu. Terima kasih atas bantuan yang diberi. Sekarang saya ingin membantu kawan-kawan lain untuk menginstall program KASIH SAYANG.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak