~~~MANISNYA BUAH IMAN~~~

Bila iman telah terpatri di dalam lubuk hati, maka hilanglah
kebiasaan-kebiasaan perbuatan yang bertentangan dengan
kesuburan iman, sehingga hati akan menjadi bersih, dengan
demikian akan timbullah daripadanya akhlak yang terpuji
dan mulia.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“ Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia mengucapkan kata-kata yang baik atau lebih baik diam. Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menghormati tetangganya. Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia memuliakan tetamu.”
(HR: Bukhari & Muslim)
Hadith ini menerangkan kepada kita, bahawa ada tiga macam
akhlak yang terpuji yang biasa dikerjakan oleh orang-orang
yang beriman:
1. Ia selalu berkata baik
2. Menghormati tetangganya
3. Memuliakan tamunya
Ketiga akhlak mulia ini terbit atau keluar dari sumber mata
air iman. Apabila mahu menggunakan akal dan ilmu pengetahuan
yang dimiliki semaksimum mungkin, maka perlu dipaska oleh
kedua-duanya bagi beriman kepada Tuhan Yang Maha Kuasa.
Dunia yang yang tenteram dan damai, tidak dapat dicapai selain
dengan iman. Apabila berhentikan menggunakan iman, berarti
kehilangan iman. Sekiranya iman dan kehormatan sudah tidak
ada, manusia akan akan rugi dan menuju kehancuran.
btol tu.tq atas perkongsian ini..=)
BalasPadamsalam ziarah..