Pulau Pinang haramkan judi bola sepak


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pengharaman menyeluruh pertaruhan sukan, menjadikan ia negeri pertama Pakatan rakyat yang berbuat demikian.


Lim berkata arahan akan dikeluarkan kepada dua majlis tempatan di negeri itu untuk memaklumkan larangan itu kepada pengendali loteri berkenaan berhubung langkah baru kerajaan negeri.
"Mereka diarahkan menggunakan peraturan Seksyen 101 (5) Akta Pihak Berkuasa Tempatan untuk menolak permohonan dibuat," katanya.

Menurut Lim, kerajaan negeri memutuskan menolak untuk sebarang permohonan konsesi perjudian sukan tunggal negara, Ascot Sport Sdn Bhd bagi menjalankan perjudian sukan.

“Tindakan itu bukan bagi menentang kedai-kedai pertaruhan di Pulau Pinang. Tetapi kita merasakan bahawa sudah ada terlalu banyak cabutan dan cabutan khas dilakukan oleh pengendali judi itu sehingga membebankan banyak keluarga.

“Kebanyakan mereka 'terpanggil' untuk mengejar setiap cabutan sehingga menyebabkan kehilangan pendapatan dan menjejaskan keluarga dan anak-anak mereka,” katanya.


Di Selangor, beberapa majlis tempatan bertindak membekukan premis perjudian yang bakal menawarkan pertaruhan sukan.

Bermula dengan Majlis Badaraya Petaling Jaya pada Selasa lalu, gerakan berkenaan menjalar ke Selayang, sehari kemudian dan semalam Ampang Jaya pula mengambil tindakan yang sama.


Apa komen anda.. SETUJU @ TIDAK SETUJU... tindakan Pulau Pinang Haramkan Judi Bola Sepak?

Ulasan

  1. aku pun setuju jugak... tp betul ker Lim Guan Eng nie... mcm x percaya jer indah khabar jer kot...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak