[PANAS] Apek Undur Diri Daripada Bidang Seni!

KUALA LUMPUR, 20 JUN 2010: Bukan merajuk sebaliknya ingin menenangkan diri membuatkan pelawak dan pelakon popular Saiful Apek hari ini mengambil keputusan mengejut ingin mengundurkan diri daripada bidang seni.

Bagi Apek, ia merupakan langkah terbaik yang perlu diambil buat masa ini.

"Saya dengan berbesar hati mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada bidang seni. Keputusan ini diambil kerana tidak mahu ada pihak di luar sana yang akan bercakap dah kena, maafkan dan akan kena lagi. Saya tahu pelbagai kata-kata akan dilemparkan kepada saya kerana ada yang menganggap artis sebagai ikon namun mereka perlu tahu ikon yang sebenar ialah Rasullah S.A.W," katanya ketika ditemu bual petang tadi.

Tidak menyesal dengan tindakan tersebut jelas Apek, apa yang dilakukannya bersebab dan kejadian tersebut memberi pengajaran yang amat bermakna buat dirinya.

"Saya mengambil keputusan undur diri bukan kerana kes ini. Tetapi sepanjang ditahan saya melalui pengalaman dan pengajaran yang terlalu sukar untuk saya dapatkan sebelum ini. Lagipun saya dah penat dengan semua ini malah sepanjang ditahan barulah saya kenal siapa yang sayang saya. Keluarga sentiasa di sisi.Tapi masa mereka perlukan saya, saya tiada dan sentiasa sibuk," lafaznya sambil menangis.

Bertanya sama ada kejadian penangkapan tersebut mungkin telah dirancang oleh mana-mana individu yang ingin menjatuhkannya kata Apek: No komen saya serahkan kepada Tuhan semuanya. Tetapi Allah Maha Kaya segala musibah yang diberikan tentunya untuk menguji,".

Mengakui makin tenang, Apek memberitahu keputusannya untuk mengundurkan diri bukanlah penamat segala-galanya. Sebaliknya pelakon berusia 41 tahun itu menjelaskan tindakan tersebut ia hanyalah buat seketika.

Rujuk : Murai.com

Ulasan

  1. salam...ada award utk anda..sila2 lah amik di blog saya yer ;)

    BalasPadam
  2. setiap manusia ada juga buat salah. dan kita asyik nak cari salah orang je, salah sendiri tak tahu. itulah manusia

    BalasPadam
  3. saya suka apek. walaupun kehidupan peribadi beliau macam tu, tapi apek still sangat best bagi saya. hihi!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak