Akaun YouthSays DIBAND!!


Salam petang semua, hari ini aku takda idea nak menulis apa dalam blog aku ni. maklum je lah ari isnin kan semua orang banyak keje. tengok blog pon curi2 je.

apa yang aku nak kongsi dekat sini berkaitan youthsays dan aku bukan nak promosikan iklan youthsays dalam blog aku. sebab aku taknak status geli2 aku ditarik macam sebelum ni kerana gara2 promosi youthsays.


ceritanya bermula dari kawan aku dekat opis yang baru je 2 minggu register dalam youthsays dan dalam tempoh 2 minggu berkerja keras beliau ni berjaya mengumpul pendapatan lebih dari RM100 ringgit.

tapi malangnya baru kejab tadi dia terima email dari pihak admin youthsays mengatakan akaun beliau digantung kerana menyebarkan promosi campaign youthsays dengan cara yang dilarang.

so kesimpulannya semua duit dalam akaun beliau telah hilang dengan sekelib mata. kesian aku tengok tadi. macam dah putus asa je sabahat aku ni.

apa yang menjadi tanda tanya dekat sini. memang admin YS ni suka band akaun orang ke bila pendapatan tu dah melebihi angka RM50?

sebab sebelum ni pon aku pernah kena juga. bila dah sampai RM 50 mesti kena band dengan alasan aku guna cara yang salah promosikan iklan dia.

setelah penat kita promosikan iklan dia dengan sedap hati dia je band kita ni.. adakah itu menjadi tren kepada pihak YS untuk tak nak bayar kepada ahli YS ni.

kepada yang pernah kena BAND atau digantung keahlian. cuba kongsi sikit apa yang akan terjadi dengan duit2 yang kita dah kumpul sekian lama tu. adakah hilang begitu sahaja atau akaun tu akan aktif semula dalam jangka masa tertentu. kongsi dengan aku diruangan komen dibawah.

Ulasan

  1. ade jugak bace pasal mende ni..die punye youthsay kena band sebab die promosi kat dalam shoutmix n chat box..ermm..sye tak pernah gune yh ni..jadinye saye tak bape tau sangat..yang penting..setia pada yang satu banyak kelebihannya..ye tak? nuff tetap die hati...=)

    BalasPadam
  2. die mesti tak baca term n condition YS tu masa register kot...entah la...tp RM100 tu bnyk...tp kalo cara dia dapatkan duit tu tak betol, salah...halal kan je la duit tu sbb mane tau kalo dia dapat duit tu, duit tu tak berkat kn....

    bnyk cara lain untuk dapat duit halal.... =)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak