Sayang anak tinggal-tinggalkan

Salam malam semua, mungkin aku dah terlewat nak menceritakan kisah yang menggemparkan negara semalam ekoran 2 adik beradik yang dilarikan oleh perompak didalam kereta ayah mereka sendiri. cerita lanjut baca disini.

rata-rata semua surat khabar hari ini memaparkan cerita kes 2 budak ni di muka hadapan surat khabar masing2.

aku tak nak lah cerita pasal budak hilang ni sebab semua orang dah tahu, aku cuma terkilan dengan sorang pemanggil tadi pagi dekat Hot.fm yang mengatakan dia selalu tinggal anak dia sorang2 dekat kereta time dia g shopping.

apa dia kata bila dia g shopping dia akan tinggal anak dia tido dalam kereta sambil dikunci dan enjin d hidupkan. kan kerja bahaya tu. macam tak sayang anak je.

kalau setakat singgah beli barang sekejab tu ok lagi. ni dia kata dia dah biasa tinggal anak dia dalam kereta sorang2 selama sejam. ishhhh2.. tak patut betul.

dia kata dia tinggal anak dia sebab nak ajar anak dia. bagi aku aku langsung tak setuju dengan pemanggil perempuan tu. kalau korang dengar apa yng dia cakap pagi tadi.. mesti korang pon tak setuju macam aku juga.

moral yang kita dapat dari apa yang kita dapat dari laporan paper tadi pagi adalah janganlah tinggalkan anak anda sorang2 dalam kereta tanpa ditemani oleh orang yang lebih dewasa.

kepada ibu bapa 2 orang budak ni.. jadikanlah ini sebagai pengajaran kepada orang lain. berhati2lah selalu.

Ulasan

  1. saye pun xsetuju...dgr jugak hotfm td...tak tergamak rasenye nak wat kat anak sendiri cenggitu... subhanallah

    BalasPadam
  2. Salam,

    Nasib baik anaknya selamat ya.

    Janganlah kita fikirkan nak tinggalkan anak walau sebentar dlm kereta. Awas..dunia serba mungkin, malang tak berbau..

    BalasPadam
  3. bile dgr cite ni,
    tringat kes dulu,
    isteri and anak2 sorang tukang kasut yg meninggal dlm keta,while di wat keje dia,
    semata2 nak bg family nya selesa ngan air-cond bagai..
    *sigh*
    manusia ni rs nya, kalau dah jd xcident,br tehegeh2 nak menyesal kot..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak