DiGi iPhone 4 Play


Salam semua, bertemu lagi kita semua di entri hari kedua contest dari digi iPhone 4. Kali ini apa yang hendak didedahkan adalah aplikasi menarik yang terdapat didalam iPhone 4. Walaupun anda semua sedia maklum iPhone ni memang mempunyai aplikasi yang banyak sekali sehingga tidak tertanggung jari jemari nak memilih aplikasi mana yang nak digunakan dulu.

Kalau diikutkan memang tak terlarat kita nak guna semua aplikasi yang ada dalam iPhone 4 ni. Bayangkan jelah dalam satu gadget yang kecil dan nipis dipenuhi dengan aplikasi yang sangat berguna dan bermanfaat untuk kita semua.


Dalam banyak-banyak aplikasi didalam iPhone 4 ni satu aplikasi yang berjaya menarik perhatian aku adalah "Aplikasi untuk mengira masa berjoging dan berlari" @ dikenali sebagai Couch to 5K pada bahagian "Apps for Working Out".

Apa dia aplikasi Couch to 5k ni?

Aplikasi ni secara ringkasnya membolehkan kita membuat latihan larian dan joging secara berdisplin seolah-olah kita berlatih dengan jurulatih. Walaupun hakikatnya jurulatih kita adalah iPhone 4 ni. Dengan adanya aplikasi ini kita boleh mengukur masa larian @ joging kita sejauh 5KM.

Bagi aku yang memang selalu mengikuti aktiviti larian maraton sejauh 5 - 10Km, aku rasa aplikasi Couch to 5k adalah pilihan yang tepat bagi aku. Nampaknya kalau impian aku menjadi kenyataan yang aku dapat memilik iPhone 4 ni , aktiviti maraton aku pada masa akan datang akan menjadi lagi bermakna dengan adanya aplikasi yang menarik dalam gadget iPhone 4 ni.


Aplikasi ini boleh diupgrade sehingga ke 10km

Mempunyai aplikasi tambahan seperti permainan muzik yang boleh dimainkan sekali ketika mengukur masa larian atau berjoging

Fungsi ketiga berjonging yang mana masa boleh diberhentikan buat sementara waktu

anda juga boleh boleh mengubah setting dari berjoging kepada berjalan @ walk

keputusan masa aktivi larian @ joging anda boleh dikongsi bersama rakan-rakan di facebook & twitter


Kesimpulan yang aku boleh buat disini selain dapat menggunakan iPhone 4 sebagai gadjet telekomunikasi anda ia juga dapat dimanfaatkan dengan adanya aplikasi Couch to 5K ini. Kepada yang telah memiliki atau akan memiliki gadget ini pastikan anda tidak ketinggalan mencuba aplikasi pilihan aku ini.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak