Kenapa aku mimpi emas?

Salam semua, pagi ni aku bermimpi sesuatu yang tak pernah aku dapat. Aku sebenarnya mimpi barang berharga iaitu emas. mula aku g mendulang emas lepas tu aku nampak jongkong emas. cuma yang peliknya dalam mimpi aku tu emas tu tak warna kuning tapi putih. apa makna mimpi aku ni ye?
Kata orang tua-tua kalau kita mimpi benda yang mewah tentu jawapannya sebaliknya. Menurut pakcik google orang yang bermimpi emas ni berkemungkinan ingin mendapat musibah susah.. huhuhu. apa yang akan terjadi dekat aku ni.. apa pon aku berserah pada tuhan, sebab semua perkara yang berlaku datang darinya. apa pon aku pohon dekat korang semua supaya mendokan aku sekeluarga sentiasa sihat dan berbahagia bersama keluarga tercinta aku.. Amin

Dekat bawah ni aku berikan sedikit tafsiran mimpi dari pakcik google berkenaan emas
1) Mimpi memperolehi emas bererti mendapat susah atau sesuatu yang tidak disukai atau wangnya hilang atau dimarahi penguasa. Jika mempunyai pekerjaan, bererti dipecat daripada pekerjaannya.
2) Mimpi mendapat emas yang digunakan sebagai bekas (tempat menyimpan sesuatu) bererti mendapat susah
3) Mimpi melihat emas bererti hutang dan susah bagi orang lelaki, tetapi baik bagi orang perempuan.
4) Menurut Abu Said al-Waidh, emas mempunyai erti yang kurang baik. Ini kerana ia dilihat dariapad nama emas dalam bahasa Arab yang di sebut “zahab”, ertinya ‘pergi’. Kemudian, warnyanya juga kuning yang menunjukkan sakit atau susah.
ingatkan bila mimpi emas kita akan jadi kaya raya tapi sebaliknya pula..mohon dijauhkan..
BalasPadamInsy allah tak akan jadi pape
BalasPadamtulah pasal.. ingat mimpi mendulang emas dpt jongkong.. rupayanya petanda untuk malapetaka rupanya
BalasPadamNk mimpi dinar, xnk mimpi emas -,-
BalasPadamYa Allah..aku mimpi kutip emas.apa akan terjadi ni.aku pohon padaMu jauhkn lah apa yg xbaik pada diri aku..
BalasPadamI mimpi emas, sedara tcicir then i amk, dia perasan i trus blah bawak g pajak gadai, anyone? Tau tk makne dia?
BalasPadam