Salah Pilih Cinta


Salam pagi semua, pagi ni aku tersentuh hati sikit bila aku dengar kisah seorang pemanggil dalam radio Hot.Fm yang menceritakan kisah cinta beliau. Pagi ni isu dekat Hot adalah pasal hubungan cinta dengan orang yang tak sepatutnya.

Maksudnya bercinta dengan pakcik ke @ saudara mara terdekat yang kalau dikirakan boleh berkahwin tapi seelok2 dijauhkanlah perkahwinan tu berlaku... so itu isu panas pagi tadi.

Macam-macam pemanggil yang aku dengar.. ada yang bercinta dengan bapa saudara dan berkahwin, ada yang bercinta dengan mak kawan sendiri, ada yang bercinta dengan guru disiplin dan ada pulak yang bercinta dengan laki orang dan bini orang tu bercinta pulak dengan laki dia.. so kira macam tukar binilah.. opssss aku tak boleh terima betul perangai pelik manusia ni.

Tapi sorang pemanggil ni yang membuat aku tersentuh hati sikitlah, apa yang berlaku pemanggil tersebut memaklumkan bahawa dia telah bertunang selama setahun dan baru-baru ini baru dia mengetahui yang tunangnya itu seorang penagih tegar. huhu.. kesiannya orang tu. So pemanggil tu berasa sedihlah sebab selama ni bila dia tanya kenapa dia macam selalu selesema je dia kata takda apa2 masalah. rupa2nya memang tulah salah satu tanda seorang penangih katanya.

So bila Faizal & AG bertanya macam mana dengan perhubungan dia sekarang bila dah tahu yang tunang dia tu seorang penagih tegar.. dia menjawab dengan nada tangisan bahawa dia akan cuba mengubah nasib tunang dia pada masa akan datang.. cuma yang sedih sekarang tunang dia tu dah mula menjauhkan diri dengan dia.. so pemanggil ni pon dah tak tahu nak buat macam mana sekarang.

Habis je lepas pemanggil tu cakap AG dengan Faizal terus mainkan lagu sedih dari Ziana Zin tajuk lagu tu aku tak ingatlah pulak.. kalau ada yang dengar tadi kasi tahu sikit tajuk lagu tu..hehehe.. aduhhh aku pulak yang nak touching dengar..hehehehe.. sedih juga bila dengar macam2 masalah orang dekat luar nikan..

Apa pon aku doakan pemanggil tadi tu sabar menghadapi dugaan dan kalau tak tahu apa keputusan nak buat tu.. buatlah solat sunat istiharah minta petunjuk dekat tuhan apa yang terbaik untuk diri dia dan masa depan dia.. insyallah tuhan tu tahu apa yang terbaik untuk hambanya.

online counter
Tagged as : Jangan salah pilih cinta

Ulasan

  1. arrr.. mekchu pun ada dgr topik tu pg td.. tp tak dgr lak psl tunang dia penagih tu..

    yg membuatkan bulu roma mekchu meremang bersama2 bulu roma AG yg pasal dia bercinta ngan lelaki umur 64 thn tuh.. arghhhh.... pas tu yg laki dia bercinta ngan kawan baik dia & dia pulak dah mula jatuh cinta ngan laki kawan baik dia.. cinta songsang..

    eh, panjang lak komen.. dah mcm wat entry lakk.. baru je kenal.. malu aii ;p

    BalasPadam
  2. Takpe bagi pandangan tak salah.. harap2 dijauhkan lah benda2 macam ni dalam keluarga kita... yang penting sentiasa ingat mengingatkan

    BalasPadam
  3. ikut kn hati camtu la jd nya..
    niat awal nk kwn...last hati tersangkut. baik awal2 jgn cari pasal..
    tajuk pa lagu ZZ tu? :D

    BalasPadam
  4. kita berkawan dengan orang yang nak berkawan dengan kita... tapi bila nampak pelik dan melebih-lebih ..... jauh-jauhkan diri..... mata sama hitam.. hati lain-lain....

    Semoga Allah beri kita petunjuk.... jangan nak tunggu tragedi berlaku baru nak menyesal....

    Berhati-hati selalu..... berwaspada dan berjaga-jaga....

    Air sirap campur susu dah jadi bandung... nak suh air bandung jadi sirap semula.... kene buat sirap barulah gamaknya. Susah nak disulingkan semul. Tau proses penyulingan?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak