Penang Miami Beach

Salam,

Siang tadi lepas habis urusan wife aku daftar asrama dengan exam.. kita orang g dating dekat pantai miami, Penang. Tempat ni terletak dikawasan Batu Feringgi... Dulu masa sekolah rendah pernah datang ikut rombongan sambil belajar.. tak sangka dah besar jadi warga keluarga Penang.. kata orang jodoh pertemuan ditangan Tuhan..

Seperti kata pepatah "cintaku tertinggal di Pulau Pinang".. hehehe apa aku merepek malam2 ni..

Oklah malam2 dah mengantuk ni korang layan je dulu gambar yang aku sempat petik guna camera hp je..

Pemandangan Pantai Miami... tengan je laut tu.. apa yang wife aku cakap dulu tempat nilah salah satu kawasan yang dilanda Tsunami... jangan di sangka air tenang takda Tsunami..

Sambil2 menghirup udara segar ditepi pantai tak lengkap kalau tak order Teh O Ais Limau.. ni air kegemaran aku.. apa pon kali ini air ni memang sedap gila berharga RM1.20 sahaja

Yang ni semua orang penang kenai.. kalau tak kenai bukan orang penang namanya.. perkara wajib makan kalau datang penang.. isteri aku kalau tak pekena laksa penang.. mau meroyan satu badan.. tak kurang yang cakap ni..hehehe.. semangkuk RM 3.00 sahaja

Ontheway balik umah ke Balik Pulau.. terjumpa pulak jagung bakar.. perggg memang sedap gila.. aku beli 4 lagi.. harga 1 jagung bakar RM 2.50 sahaja.. kalau pergi ke batu feringgi jangan lupa rasa jagung bakar ni ye.. lokasinya di depan masjid hampir dengan Taman Negara Penang


Nota Kaki : Zaman bercinta tak sempat nak g berdating dekat Batu Feringgi dengan Pantai Miami.. so ni baru nak rasa dating... seronok apa bercinta selepas kawin.. kalau tak caya cubalah..

online counter

Tagged as : Jom cuti-cuti Malaysia di Penang, Tempat-tempat menarik di Pulau Penang
--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Ulasan

  1. Bro ko pergi sana skodeng minah saleh berbikini ker..ahaks..

    BalasPadam
  2. aku ingt bro, next time aku nk tour ke sini lak la

    Terkini : Berani Mati

    BalasPadam
  3. sedap jagung bakaq tu....dah lama x makan. kena pi cari nie

    BalasPadam
  4. sedapnya jagung tu, dah lama betul tak pi penang

    BalasPadam
  5. @abu : hahaha..sambil menyelam minum air..tapi jgn banyak2 nanti kembung..hehehe

    @suffer8zine : datang2 jgn tak dapang..best dekat penang ni..

    @cik kamoo : memang best jagung ni..lain dari yang lain..

    @sharinginfoz : sesekali datnglah berehat sini..makan laksa ngan jagung bakar

    BalasPadam
  6. memang pernah pergi tapi dah lama dah..first 1994 atau 1995 last tahun 2007 rasanya..anak seronok naik payung terjun tu

    BalasPadam
  7. datang jgn x datang..jagung dia rasa lain dari yang lain..sedap k...

    BalasPadam
  8. @kak ina kl : wah dah penah datang 3 kali tu.. memang seronok kak main2 dekat pantai feringgi tu.. cuma tak dapat nak rasa naik payung terjun je.. wife tak bagi takut saya jatuh.. heheeh.. syg suami katanya.. hehehe

    @malarang-kak : minggu depan kita g pekena sekali lagi ye syg.. jagung bakar batu feringgi

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak