Stop Child Abuse
Sanggupkah korang melihat kanak2 yang tidak berdosa didera tanpa sebarang belas kasihan dari seorang insan yang bernama manusia? Sedangkan haiwan sendiri sayangkan anak-anak mereka inikan pula manusia yang telah dikurniakan akal fikiran untuk berfikir..
Hampir sahaja setiap masa kita dengar ada sahaja berita-berita dikaca Tv, radio, media baru dan semua media masa yang menceritakan kes penderaan @ keganasan terhadap kanak-kanak..
So untuk itu hasrat murni UNICEF dengan melancarkan kempen STOP CHILD ABUSE adalah jalan yang terbaik untuk mendidik masyarakat supaya sayang dan kasih kepada kanak..
Hentikan segera gangguan & penderaan terhadap kanak-kanak. Sekiranya anda terlihat insiden yang melibatkan penderaan @ gangguan terhadap kanak-kanak segera laporkan di talian 15999..
Cuba anda hayati video mesej dibawah.. mungkin akan timbul sedikit kesedaran dan perasaan sama ingin membantu menyelamatkan kanak-kanak ini dari belenggu ketakutan..
credit video Unicef
Nota kaki : Anak adalah anugerah.. dilahirkan bukan untuk di dera @ dijadikan tempat melepaskan nafsu amarah.. Sayangilah anak-anak anda kerana tidak semua pasangan didunia ini dikurniakan dengan anak.. Berilah kasih sayang sepenuhnya.. hulurkan tangan berikan bantuan..
--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------
Saya sokong kampen ni! Geram bila banyak sangat kanak2 yg jadi mangsa deraan fizikal dan mental.Sepatutnya kita yang dewasa ni mendidik dan melindungi mereka.Bukan menyakiti...
BalasPadamyou are right darling...
BalasPadam@Eiymah Fatimah : Tak tahulah orang suka buat niaya dekat budak ni.. mungkin takde perasaan kot atau ada masalah mental
BalasPadam@Malang-kak : tq2 syg..