Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2011

RON97 naik 10 sen lagi tengah malam ini

Imej
Salam, Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen berkuatkuasa tengah malam ini menurut satu sumber industri. Dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan meningkat menjadi RM2.50 seliter (RM2.40 sebelumnya). Ini merupakan kenaikan harga yang keempat berturut-turut bagi petrol RON97. kredit photo malaysiakini Kenaikan harga ini juga dilakukan sehari selepas pilihan raya kecil DUN Tenang yang berlangsung semalam. Semenjak tahun lalu, harga RON97 mula dinaikkan kepada RM2.15 pada 2 November, RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.50 pada 4 Januari tahun ini. Harga bagi petrol RON97 yang banyak digunakan oleh kenderaan berkuasa tinggi, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa. Apungan itu diperkenalkan tahun lalu dan satu gred baru petrol RON95 turut diperkenalkan. Harga bagi RON95 kini ditetapkan pada kadar RM1.80 seliter. Pengurangan subsidi bagi bahan keperluan seperti petrol telahpun mula diperkenalkan melalu...

Krisis Mesir | Nasib Pelajar Kita | Ikuti Update Terkini Di Blog ini

Imej
Salam, Semua orang tahu Mesir sedang menghadapi krisis pada masa sekarang.. untuk perkembangan terkini boleh rujuk blog dibawah " KRISIS MESIR, NASIB PELAJAR KITA " Sumber rujukan Photo : Yastro -------------------------------------------------------------- Follow Di Facebook | Follow Di Twitter --------------------------------------------------------------

[Gambar] Perodua Myvi 2011 Wajah Sebenar Tiada Rahsia Lagi

Imej
Salam semua, Tiada lagi teka teki apabila wajah sebenar perodua myvi 2011 berjaya dicuri dari kilang.. Tengok dibawah untuk mengetahuinya.. wajah myvi 2011 pandangan hadapan yang memang mantap.. seperti Honda Jazz ni pula pandangan di belakang... model ini mungkin model biasa dan bukan model Se seperti yang dipaparkan KLIMS wajah hadapan model myvi se 2011 di KLIMS di PWTC.. cuba perhatikan bonet hadapan sama dengan model diatas.. so terjawablah sekarang ni satu lagi bukti yang menunjukkan pihak perodua tengah test drive.. lokasi tak pasti.. tapi lampu belakang dan bonet sama dengan gambar diatas.. hik2.. sapalah yang rajin snap gambar-gambar ni ye.. Model Passo Hana di jepun pandangan dari hadapan Variasi untuk model Myvi 2011 di Malaysia pandangan dari belakang.. model ini nampak kurang menarik rupa parasnya jika dibandingan dengan sentuhan  design dari jurutera tempatan.. Syabas produa kerana berjaya menjadikan Myvi kereta terlaris sepanjang zaman ** Sumber gam...

Oh Tidak Kampungku Dah Banjir di Pontian Johor

Imej
Salam, Baru je tadi aku dapat mesej dari adik aku di Pontian Johor yang mengatakan kampung dah banjir.. huhuhu..oh tidak.. nampaknya kepulangan aku kekampung untuk kali ini kena naik rakitlah jawabnya.. kredit google Aku dah rancang untuk balik kg. hari rabu ni lepas habis koje.. so harap2 cuaca baik masa tu.. Apa yang merisaukan sekarang kata adik air mula naik disemua jalan menuju kerumah.. Doa2 air tak masuk umah dekat kampung. Aduh macam manalah ni nak buat kenduri kahwin hujung minggu ni.. kalau banjir.. macam mana nak buat kenduri... kebetulan pulak hujung minggu ni sepupu aku kahwin dekat sebelah rumah.. kalau banjir teruk kena buat plan kecemasan ni.. --- Sumber Berita Utusan-Malaysia-Online ----- Amaran Hujan Peringkat Merah Di Johor Hingga Isnin Posted on the January 30th, 2011 under Berita Tempatan by Pinvader Kawasan sekitar Tenang dilanda banjir akibat hujan lebat semalam. — Gambar oleh Choo Choy May KUALA LUMPUR: Jabatan Metereologi mengeluarkan amaran h...

Rumah Oh Rumah Berapa Lama Lagi Harus Ku Menunggu

Imej
Salam semua, Kredit pakcik google.com Semua orang mengimpikan sebuah rumah sendiri termasuk diri aku ni.. bohong aku katakan kalau korang tak ingin memiliki rumah sendiri.. sampai bila nak menyewa? Tapi kekadang keinginan untuk memiliki rumah sendiri bukan semudah membuka kulit kacang .. betul tak? Sebelum nak membeli rumah banyak perkara yan perlu difikirkan termasuk wang pendahuluan, kemampuan membayar bayaran bulanan rumah tersebut, lokasi yang dipilih dan macam-macam lagi. Begitulah juga dengan aku yang sekarang ni masih tertunggu-tunggu jawapan dari bank status pinjaman perumahan aku. Bermula dari proses survey rumah, bayar booking, sign dokumen SNP , proses permohonan loan bank, Sign loan offer latter dan pembayaran deposit 10% semua dah aku lalui susah senangnya.. yang tinggal hanya sign dokumen loan bank sahaja. Semua aku lalui dah hampir 5 bulan bermula dari hujung bulan September 2010... sedikit kecewa keran tiada 1 bank pon yang sudi memberikan aku loan... sampailah ...

Keputusan Pilihan Raya Kecil N5-Dun Tenang | Kemenangan Memihak Kepada BN

Imej
Salam, Semua orang ternanti-nanti keputusan pilihanraya kecil N5-Dun Tenang hari ini.. Pertandingan satu lawan satu antara calon BN Azahar Ibrahim, 30, bekas pembantu pegawai daerah dan calon PAS Normala Sudirman, 38, seorang bekas guru. Keputusan Rasmi Calon BN Menang Dengan Mejoriti 3707 **" BN berjaya kekal di DUN Tenang "** BN :  6,699 undi PAS :  2,992 undi Mejoriti :  3,707 undi ** Kepada yang menang kini anda menjadi Adun sah di Tenang... semoga dapat menjalankan tanggungjawab seperti yang dijanjikan sebelum ini.. -------------------------------------------------------------- Follow Di Facebook | Follow Di Twitter --------------------------------------------------------------

Macam Mana Najib Razak dan Keluarga Boleh Tahu Email Yahoo Aku

Imej
Salam, Sesuatu yang pelik telah berlaku dalam inbox email yahoo aku apa bila Perdana Menteri menghantar email ucapan selamat tahun baru cina. Nota kaki : Mungkinkah ini satu spam atau website 1malaysia.com.my dah kena hack? korang semua ada dapat juga tak? -------------------------------------------------------------- Follow Di Facebook | Follow Di Twitter --------------------------------------------------------------

Buffered Earning Malas Keluar Sejak Hadirnya MilkAdeal

Imej
Salam pagi, Orang lain syok tido.. aku pulak terkial-kial buat entri pagi-pagi ni.. nak tido belum mengantuk lagi.. so sambil layan-layan internet teringin pulak buat entri pasal iklan nuffnang ni. Cerita aku tak panjanglah cuma aku nak tanya korang perasan tak? sejak kemunculan iklan MilkAdeal yang merupakan campaign CPA nuffnang beberapa hari yang lepas iklan-iklan buffered earning macam dah malas je nak keluar.. perasan tak? Selalunya kalau jam 12.00 - 1.00 pagi ni.. mesti banyak iklan-iklan baru dari nuffnang yang berbentuk CPC ni.. tapi sekarang dah kurang.. Apa pon aku masih berterima kasih kepad nuffnang sebab masih bagi dekat aku 1 lagi buffered earning Digi Happy . ** Harap-harap lepas ni adalah lagi buffered earning yang akan melekat *** Walaupun iklan dah kurang keluar aku masih setia kepada nuffnang P/S : Apa pandangan korang tentang iklan terbaru nuffnang yang berbentuk CPA ni.. ada yang dah merasa earning tak? -------------------------------------------------...

Sesi Terjah Tugu Peringatan Negara Malaysia

Imej
Salam, Aktiviti aku petang ni macam biasa kalau hujung minggu tak kerja mesti aku akan bawa cik.pn. malarang-kak ronda-ronda sekitar Kuala Lumpur. Lokasi yang kami kunjungi petang tadi adalah “ Tugu Negara ”.. Pelik ye kenapa aku datang dekat Tugu Negara ni? Persoalannya kenapa korang sanggup mengeluarkan belanja yang besar untuk melancong ke luar negara sedangkan dalam negara kita banyak lagi tempat-tempat menarik yang boleh dilawati. Macam aku kali terakhir aku ke Tugu Negara masa belajar dulu sewaktu mengikuti rombongan sambil belajar masa sekolah rendah.. aku rasa dan lebih 20 tahun aku baru sampai lagi dekat Tugu Negara ni.. sedangkan aku dan duduk dekat kl ni lebih 4 tahun.. baru hari ni sampai ke Tugu Negara.. Pelik bukan? Jom tengok gambar yang sempat aku ambil guna handphone tadi   Batu peringatan yang menyenaraikan nama-nama pejuang negara yang terkorban ketika mempertahankan negara Kolam air pancut yang terdapat disekitar Tugu Negara Kalau korang ...

Tourism Selangor dan MySelangorStory 2010

Imej
Eyriqazz.com Sponsored Post Salam, Siapa sangka tuah ayam nampak dikaki tuah kita takda siapa yang tahu.. 2 hari yang lepas aku ada menyertai contest anjuran eyriqazz yang mana sapa yang terpilih akan diberikan tugasan membuat sponsored post dari eyriqazz.com . Pergg memang mencabar dan teruja bila diberi tanggungjawab membuat sponsored post ni.. Semalam aku terima email dari eyriqazz dan pagi ni kena publish..huhu.. memang ada terasa tekanan sedikit... lagi2 malam tadi broadband aku tak boleh digunakan ekoran ada masalah bill.. so pagi ni baru boleh access internet dekat opis. Kita teruskan pada tajuk utama dekat atas ni.. Lawati Tourism Selangor Sejauh mana korang tahu tentang Tourism Selangor ni? kalau ada yang belum tahu Tourism Selangor ni merupakan satu website yang diwujudkan untuk mempromosikan tempat-tempat pelancongan dan tempat-tempat menarik disekitar negeri Selangor untuk dikunjungi oleh orang ramai. nak tahu apa yang menarik di Tourism Selangor klik foto dia...

Aku dah Hilang Sabar Dengan Koperasi ni

Imej
Salam, Ppetang ni aku memang macam nak pergi bakar je koperasi ni.. ada sapa-sapa nak tolong aku bakar tak? nak ke aku beritahu nama KOPERASI ni? kalau korang nak tahu .. korang tinggalkan komen dekat bawah ni.. Seperti kata eyriqazz .. " WTHFISH ".. masa mula-mula ko nak bagi pinjam duit.. punya manis ko cakap.. bila aku nak buat settlement macam2 charge yang pelik2 ko bagi dekat aku.. Ko nak tipu ke apa? B*D*H !!....  Korang cari banner ni, nilah koperasi penipu tu... Aku memang dah hilang sabar sebenarnya ni.. kalau ikutkan rasa hati.. memang macam2 perkataan dah aku keluarkan dekat sini.. tapi atas dasar aku masih waras aku masih kawal perasaan amarah aku ni.. Apa yang aku tidak berpuas hati dekat sini apa bila aku dikenakan satu charge yang pelik dalam surat tawaran settlement tu yang hampir bernilai RM1K .. bila aku tanya charge ape tu? korang tahu apa jawapan staff eksekutif tu. " Saya tak boleh cerita charge apa ni sebab ni rahsia antara kami dengan Bank ...

Saya Mahu Sponsored Post dari Eyriqazz.Com

Imej
Salam pembuka kata, Kali ni aku menulis bukan kerana nama tapi kerana ingin mendapat sponsored post dari eyriqazz.com . Buat masa ini eyriqazz sedang mencari 10 orang blogger bagi diberikan tugas untuk membuat entri berkaitan apa-apa yang difikirkan logik oleh beliau. Kalau korang rasa layak untuk menerima tawaran sponsored post tu.. apa kata scroll kebawah dan tengok syarat-syaratnya.. Sponsored Post dari Eyriqazz.Com So, inilah syarat-syaratnya : 1) Buat Satu Entry Bertajuk " Saya Mahu Sponsored Post dari Eyriqazz.Com " dan berikan sebab kenapa anda mahu Sponsored Post ini.make it as interesting as possible. 2) Letakkan gambar GTO di atas di entry anda dan juga permalink entry ini.  3) 10 Entry yang paling eyriqazz gemari, i will give you one job to write, macam Pay Per Post/Sponsored Post and i will pay you RM30 Cash/Top up for it. 4) Tinggalkan permalink entry ada di komen entry ini. 5) tarikh tutup pada 28 Februari 2011 Mudah bagi orang yang dah biasa berblog d...

MilkAdeal : Minum Tea Sambil Makan Cookies Hanya RM8

Imej
Apa kata kalau korang ada hati nak gi shoping dekat Bangsar Shopping Centre.. korang singgahlah pekena Teh sambil menjamu Cookies yang menarik di The Tea Republic .  Jom singgah di the tea republic , Bangsar shopping Centre Suasana menarik di the tea republic.. memang mengasyikkan.. amacam boleh lawan dengan kukis Kak Ina tak? terdapat 2  jenis kukis Almond & Chocolate Chip atau Peanut Butter & Fudge teh 'o' ais yang nampak menarik.. ni bukan tea sebarang.. belum cuba belum tahu ye So dengan MilkAdeal korang boleh mendapat tawaran diatas dengan harga RM8 seorang yang mana harga biasa adalah RM14.50 .. Buat tempahan di MilkAdeal sekarang! -------------------------------------------------------------- Follow Di Facebook | Follow Di Twitter --------------------------------------------------------------