Tourism Selangor dan MySelangorStory 2010

Eyriqazz.com Sponsored Post

Salam,

Siapa sangka tuah ayam nampak dikaki tuah kita takda siapa yang tahu.. 2 hari yang lepas aku ada menyertai contest anjuran eyriqazz yang mana sapa yang terpilih akan diberikan tugasan membuat sponsored post dari eyriqazz.com.

Pergg memang mencabar dan teruja bila diberi tanggungjawab membuat sponsored post ni.. Semalam aku terima email dari eyriqazz dan pagi ni kena publish..huhu.. memang ada terasa tekanan sedikit... lagi2 malam tadi broadband aku tak boleh digunakan ekoran ada masalah bill.. so pagi ni baru boleh access internet dekat opis.

Kita teruskan pada tajuk utama dekat atas ni..


Sejauh mana korang tahu tentang Tourism Selangor ni? kalau ada yang belum tahu Tourism Selangor ni merupakan satu website yang diwujudkan untuk mempromosikan tempat-tempat pelancongan dan tempat-tempat menarik disekitar negeri Selangor untuk dikunjungi oleh orang ramai.

nak tahu apa yang menarik di Tourism Selangor klik foto diatas

Apa yang menarik di Tourism Selangor ni adalah setiap bulan akan disenaraikan aktiviti atau acara yang menarik yang akan dibuat di sekitar negeri Selangor seperti yang terbaru akan di adakan Pesta Ponggal Shah Alam dan Karnival Tahun Baru Cina Negeri Selangor 2011.


direktori lokasi yang perlu dikunjungi bila berada di Negeri Selangor


Sekiranya datang ke Negeri Selangor dan ingin mengetahui tempat penginapan menarik layari sahaja Tourism Selangor "Where To Stay"

Dah penat bersiar-siar di lokasi menarik di Selangor tentunya anda ingin menikmati juadah yang istimewa.. so klik sahaja "Where To Eat" di Website Tourism Selangor

Ingin merasai Satay Kajang Haji Samuri.. Lokasi boleh rujuk di Tourism Selangor 

Setiap daerah di Negeri Selangor dipenuhi dengan lokasi menarik untuk dilawati.. sekiranya anda tidak tahu nak pergi mana klik sahaja "Where To See"

*** Secara pandangan peribadi Website Tourism Selangor memang tempat yang terbaik dijadikan sumber rujukan sekiranya datang ke Negeri Selangor..

** Bagi mempromosikan lagi website Tourism Selangor.. Semua pihak harus bekerja sama samada, rakyat Selangor sendiri atau blogger-blogger yang tinggal dinegeri Selangor untuk mempromosikan website ini.


Apa Kaitan Tourism Selangor dengan MySelangorStory 2010?

MySelangorStory 2010 merupakan satu pertandingan yang dianjurkan oleh Tourism Selangor untuk mempromosikan kepelbagaian budaya dan kekayaan sumber alam semulajadi untuk pelancong di seluruh dunia.

Dengan adanya MySelangorStory 2010 ni.. Blogger berpeluang untuk menyertai pertandingan bagi mempromosikan pelancongan di Negeri Selangor. 

Sebagai Contoh melalui MySelangorStory 2010 lah saya mengetahui satu tempat beriadah di Negeri Selangor iaitu Hutan Lipur Kanching yang terletak didaerah Rawang. 


Salah Seorang dari peserta MySelangorStory 2010  ketika itu, Eyriqazz telah menceritakan Destinasi yang dikunjungi di Hutan Lipur Kanching yang mana telah membuatkan saya tertarik hati untuk mengunjungi lokasi tersebut bersama keluarga selepas membaca entri tersebut. 

Boleh baca pengalaman saya semasa "Sesi Terjah Hutan Lipur Kanching" tahun lepas.

*** Secara pandangan peribadinya saya mengatakan bahawa dengan adanya kewujudan MySelangorStory ni dapat membantu blogger-blogger mengalami sendiri pengalaman melawat dan melancong ditempat-tempat menarik di Negeri Selangor disamping dapat berkongsikan pengalaman tersebut melalui entri yang dihasilkan di blog masing-masing.

Kredit photo eyriqazz.com

Disamping melancong dan bercuti blogger berpeluang juga memenangi hadiah lumayan yang ditawarkan di MySelangorStory seperti yang telah dimenangi oleh salah seorang peserta "Eyriqazz Menang Most Interactive Blog For MySelangorStory

Nantikan kemunculan MySelangorStory 2011 tidak lama lagi.. Mungkin lepas ini anda boleh melancong sambil memenangi hadiah menarik yang ditawarkan.

P/S : Apa pandangan korang pulak tentang website Tourism Selangor dan MySelangorStory?


--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Ulasan

  1. wah...mmg mantap la entri nih...

    boleh lagi ke nak join segmen eyriqazz nih.....minggu ni byk sgt terlepas benda2 menarik...sbb demam jd x larat nak online atau update

    BalasPadam
  2. @Khadijah Nas : tq2..

    @saNs : tq2.. huhu assigment yg sunguh mencabar

    @Deqdeq : hehee.. entri terburu2 ni.. eyriqazz saja nak bagi tekanan..hehehe..

    Boleh lagi join segment ni.. last 28 Februari rasaya.. masuk je dalam blog eyriqazz..

    Samalah saya kelam kabut buat tadi pagi entri tu.. ikutkan dateline kena hantar 9.00-12.00 tapi saya publish jam 11.00 nasib baik tak kena denda dengan eyriqazz.. hehe

    BalasPadam
  3. kadang-kadang masa tak mengizinkan dah buat N3 macam ni..

    BalasPadam
  4. boleh tahan juga challenge nih...yela siap ada dateline dan masa....huhuhuh...mencabar

    BalasPadam
  5. a bery2 tahniah kamu sebab dah berjaya dapat sponsored post dari eyriqazz...;)

    BalasPadam
  6. @kak ina : memang betul kak ina.. lagi2 kena bagi fakta yang betulkan.. tekanan woo buat.. tapi ni dugaan sebelum dapat yg betul2 punya.. hehehe

    @Deqdeq : memang mencabar.. harap2 kalau ada rezeki dpt sponsored post dari eyriqazz nanti baru deqdeq rasa.. hehehe

    @Malarang-kak : tq syg.. ni semua hasil dorongan isteriku tercinta..

    @Far_east : tq2.. yg seronok bukan buat entri sponsor je..siap eyriqazz bayar lagi.. hehehe

    BalasPadam
  7. itu dinamakan keseronokan berganda nie hehe...

    BalasPadam
  8. whooaaa.... good promo for tourism selangor n myselangorstory.....

    BalasPadam
  9. @far_east : tak sabar nak tengok eyriqazz komen entri ni..

    @Hazman : Ni promo baik punya.. hik2

    BalasPadam
  10. nice.. o.. macam ni ke caranya.. menarik.. boleh asah bakat ni..
    Jemput ke:ALL IN ONE

    BalasPadam
  11. datang terjah contoh sposored post. wah! boleh buat sebagai rujukan ni. nice :)

    BalasPadam
  12. @nur : :-) ni semua hasil tunjuk ajar sifu eyriqazz juga.. kekadang sponsor post dapat mengasah bakat penulisan kita

    @Miza Yusof : boleh2 tiada masalah.. entri biasa2 je ni.. hehehe

    BalasPadam
  13. mai skodeng sponsor post..memang menarik.. nak juga belajar menulis dengan baik..

    Jom skodeng :HeartBeat.my Memang Masyukk

    BalasPadam
  14. salam

    menarik,,seronok dapat duit tu =)

    BalasPadam
  15. singgah baca entry :)
    memang mencabar :) me pun baru siapkan tugasan ni :)

    urs is good work and nice write up :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak