Aku dah Hilang Sabar Dengan Koperasi ni

Salam,

Ppetang ni aku memang macam nak pergi bakar je koperasi ni.. ada sapa-sapa nak tolong aku bakar tak? nak ke aku beritahu nama KOPERASI ni? kalau korang nak tahu .. korang tinggalkan komen dekat bawah ni..

Seperti kata eyriqazz.. "WTHFISH".. masa mula-mula ko nak bagi pinjam duit.. punya manis ko cakap.. bila aku nak buat settlement macam2 charge yang pelik2 ko bagi dekat aku.. Ko nak tipu ke apa? B*D*H!!.... 

Korang cari banner ni, nilah koperasi penipu tu...

Aku memang dah hilang sabar sebenarnya ni.. kalau ikutkan rasa hati.. memang macam2 perkataan dah aku keluarkan dekat sini.. tapi atas dasar aku masih waras aku masih kawal perasaan amarah aku ni..

Apa yang aku tidak berpuas hati dekat sini apa bila aku dikenakan satu charge yang pelik dalam surat tawaran settlement tu yang hampir bernilai RM1K.. bila aku tanya charge ape tu? korang tahu apa jawapan staff eksekutif tu.

"Saya tak boleh cerita charge apa ni sebab ni rahsia antara kami dengan Bank".. WTHFISH lagi sekali...

Perggg bernanah telinga aku dengar staff tu cakap macam tu.. kalau nak songlap duit tu cakap terus terung je aku boleh bagi.. tapi bukan kasi cerita putar belit macam ni.... Nasib baik aku tanya dalam telefon kalau berdepan aku rasa dah  lebam mata pegawai tu..

Nak buat settlement pon payah ke?  

Aku dah ambil keputusan esok pagi aku nak pergi gegar pejabat dia dekat Kelana Jaya.. korang tunggu je apa akan jadi nanti... 

P/S : Korang ada pengalaman tak buat pinjaman dengan koperasi dan nak buat full settlement? cerita sikit.
--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Ulasan

  1. dah masuk paper dh pasal ni..jgn caya pada koperasi. klu nk buat pinjaman terus je ke bank

    BalasPadam
  2. @cik c-ma kama : memang betul.. menyesal betul.. nak bayar habis pon payah.. tapi kes ni saya dah bawa g Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk buat aduan..

    saya bukan nak buruk2kan tapi memang biar suruhan jaya yang siasat kebenarannya

    BalasPadam
  3. koperasi perr tue nama nyerrr tuan punyer?? faiz pun penah ada mslh yg sma dgn koperasi..

    bila nak buat full settlement dia caj 2x ganda dari jumlah pinjaman suruh bayar balik...

    pulak tue kena selesai dalam tempoh 2 minggu dari penyata keluar..bila col xpenah ada org angkat..

    faiz pinjam pun sebab membe..tapi bila jadik camni membe tue tros larikan diri...

    BalasPadam
  4. cuba tgk nie..adakah koperasi yg sama atau ada lagi yg lain..

    http://slumberzgurll.blogspot.com/2010/10/bengang-gilerrr.html

    BalasPadam
  5. @far_east : Memang tak puas hati dengan koperasi ni.. dia cuba nak tipu kita dengan cas tersembunyi.. Sya terkena dengan KOWAMAS (Koperasi Wawasan Malaysia Berhad)..

    Sapa nak pinjam dengan malaun ni.. fikir2kanlah..

    Sebagai Contoh.. Pinjam RM5,500.. habis bayar siap dengan interest RM7,020.75..

    Tapi Bila dah bayar selepas 15 bulan di tolak dekat Biro Angkasa..

    Nak buat settement dia suruh pulang RM5,8xx.xx..

    BODOH Punya Koperasi.. Makan Duit Rakyat je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul ler tu, dia pun nak untung bukan kamu saja nak untung, lain kali faham betul betul sebelum membuat pinjaman. walau dengan sapa pun mesti ada interest nya bukan welfare Cik Puan oi. Harap maaf ini pandangan saya jer.

      Padam
  6. owh tp faiz kena lagi teruk farah...dah laaa tiap2 bulan dia caj rm7...

    pastu bila nak selesai awaldia kasi rebat rm15k...means kalau pinjam rm40k tp bila nak settle awal dia minta bayar rm rm55k...

    mmg bengang gilerr time tue....

    BalasPadam
  7. aku pun bengang nihhh!!!pinjam dr bulan nov...td bank call kate aku tak bayar duit dah 3 bln sedangkan tiap2 bulan potong dari gaji aku!!!urgggghhhh...

    BalasPadam
  8. @far_east : kekadang kopesrai ni memang kurang ajar.. saya dah lapor dekat suruhanjaya koperasi .. tunggu jelah nasib koperasi ni

    @Aimiwahab : tulah.. rasanya koperasi buat penyelewanganlah.. repot je dekat suruhanjaya koperasi

    BalasPadam
  9. Boleh saya tanya macamana sekarang jika saya mengalami perkara yang sama? saya nak buat full settlement tapi dia charge saya interest beberapa tahun sedangkan saya hanya guna perkhidmatan kowamas tidak sampai satu tahun..saya memang rasa tertipu...ada sesiapa boleh beri nasihat kat saya..tolong emailkan ke wena_luvny@hotmail.com. Terima kasih

    BalasPadam
  10. Anon : kami punya status sekarang dah serah pada suruhanjaya koperasi malaysia untuk buat siasatan

    BalasPadam
  11. Google dan cari maklumat-maklumat tersembunyi pasal koop (tokey) ni. website pun dah ubah. dah tak tunjuk muka-muka pengurusan.

    Dulu tipu kursus IT (Microsoft & Univ Malaya) ratus ribu, kendian tipu komputer dari TM Equipment juta-juta, kendian lari pi US.

    skang ni buat koperasi lah pulak. Baguih sungguh, now tipu ratus juta pulak!!

    Eh....siap dapat Datuk lagi. WOW.....dah pakai Ferari merah.

    Haahhhh.....diundi jadi ahli lembaga dalam ANGKASA? Hah...pengerusi ANGKASA Negeri Kelantan?

    Waaahhhhhh....hebat sungguh....

    BalasPadam
  12. takutnya...ada tak nama koperasi malaysia berhad..dia ada offer yg memang best ..antara nya boss tak yah tandatgn borang..aiyo kena hati2 juga ni

    BalasPadam
  13. Sy baru ingat nak wat loan kt kowamas..sbb bank susah...tp bila bca komen2 ni, rsa tkut plak...mmg awk semua berurusan dgn kowamas ke agen ni?

    BalasPadam
  14. Itulah pasal..aku bru je nak buat dengan kowamas..teruk ke kowamas ni...bila berbincang ngan staf dia mcm ok je..

    BalasPadam
  15. Saya kerja kowamas. Rasa nyer yg tu agen. Saya buat kat customer sume ok jeer. kalau nak buat loan kami takan minta aper aper wang proses pun. Kalau ader yg minta so kena hati hati lah takuit depa guna nama kowamas jer

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau mcm tu boleh sy dptkn contact no. Saudara.. Sbb sy nk buat full seatlement bulan oktober ni..

      Padam
    2. sy baru lepas hantar form semalam..address to kowamas kuala trg. boleh tlg check x yg sy deal tu betol2 pekeje kowamas ke agen? risau plak

      Padam
  16. Konfiusla..baru cdg nkbuat loan n nak masuk saham dividen 30% tu...betul ke? Ada tak sape2 yg dah masuk dapat 30% tu? Mohon share...

    BalasPadam
  17. mohon share yg kata dapat 30% dividen tu..betul ke?

    BalasPadam
  18. Salam, nak tanya berjaya tak buat full settlement dgn kowamas? Saya minta penyata sampai sekarang belum dapat lagi.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak