Aku Yang di Suruhnya Gi Mampus!! Cantik Bahasa Kau ni

Salam,

Pelik ye dengan tajuk aku tu.. sapa yang suruh aku g mampus ni.. (sorry ayat kasar hari jumaat ni).. sebenar ni gara-gara tadi pagi masa aku nak g kerja aku follow satu kereta Gen 2 yang di pandu oleh seorang lelaki.

Yang menariknya aku terbaca dekat bonet belakang kereta tu di tulis guna stiker bunyi macam ni..

"Tidak Suka Cara Pemanduan Saya
Sila dail 1-800- Gi Mampus!!"

Aduh menyesal pulak aku baca kata-kata dekat belakang kereta dia.. tak pasal-pasal akunya disuruh mampus pagi-pagi.. hai.. macam-macam manusia ni.. kan ada baiknya tulis perkataan yang baik2 dekat belakang tu.. di tulis kata-kata yang mencerminkan pemandu dia ni memang jenis tak boleh nak ditegur.. senang cerita seolah-olah dia nak g tahu orang lain yang jalan raya ni mak bapak ni punya.. (sorry sekali lagi ayat terkasar sikir)

macam mana kalau kereta aku macam ni.. kredit photo Media Siber

Moral : Setiap perkataan atau kata-kata tu mencerminkan diri seseorang tu.. bayangkan kalau yang bawa kereta tu pak Haji.. mau orang fikir lain dengan pak Haji tu..

*** kalau nak letak stiker dekat kereta tu letaklah bahasa yang molek sikit ye.. bukan kata-kata kasar macam tu.. tak elok.. kita kan orang melayu yang penuh dengan budi bahasa.. so fikir-fikirlah ye..

**** Kalau korang terserempak dengan kereta tu jangan lupa snap gambar ye.. hehehe

--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Ulasan

  1. sungguh kurang sopan. kan elok letak ayat yg elok2. org pun bila baca rasa sejuk hati & turut mendoakan.

    BalasPadam
  2. agaknya dia selalu kena sound dgn pemandu lain kot. tu yg tension terus letak sticker sebegitu rupa.

    BalasPadam
  3. @Adzriel AB : tulah.. kata2 dia tu mungkin mencerminkan perwatakkan orang tu..

    @Zura : macam sekarang ni..

    @Budak Jawa : mungkin jugalah kot.. tapi apa salahnya tulis baik2kan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak