Contest 5-5-5 oleh DeQdEq | Gara-Gara Takda Insurans Aku Di Saman

Salam,

contest555_deqdeq

Tajuk entri di atas dirujuk… first tahniah buat deqdeq kerana berjaya mengadakan contest selama 55 hari bersempena meraikan kejayaan beliau mengumpul follower sebanyak 555.. bagi seorang blogger baru jumlah diatas bukan kecil dan bagi saya sangat sukar nak diperolehi.. so untuk menghargai follower beliau contest 5-5-5 telah diwujudkan.

deqdeq-puzzle-contest Puzzle ni diselesaikan atas bantuan isteri tercinta pn.malarang.. tq sygku.. sebagai syarat untuk menyertai contest 5-5-5 ni

 

Slogan “ CREATE, PROTECT & PRESERVE “ menjadi topik utama perbicaraan Contest 5-5-5, dari 3 keyword diatas pelbagai benda yang boleh kita kupas tapi aku nak bincangkan slogan PROTECT sahaja dulu.

PROTECT : Apa yang aku faham adalah “dilindungi

Anda rasa sepanjang anda berpijak dibumi pinjaman Tuhan ni.. anda rasa selamat tak? Sejauh mana anda melindungi diri anda dari ancaman luar?

Jangan biarkan keluarga anda tangisi pemergian anda satu hari nanti tanpa apa-apa peninggalan dari anda buat mereka.. Faham maksud aku? tak faham juga?

Ok aku nak tanya dengan anda semua.. adakah diri anda semua dilindungi oleh insurans.. sebut pasal insurans ni teringat aku dekat kisah adik aku beberapa minggu yang lalu.

Adik perempuan aku ni sebenarnya tak memiliki lesen motor.. tapi dengan beraninya dia keluar ke pekan untuk membuat pengeluaran duit dibank. Dalam perjalanan balik mungkin nasib dia tak baik hari tu so dia ditahan oleh Polis Trafik.

nora-polis-saman

Kredit photo buat uncle google

Beberapa soalan yang Polis tu tanya dekat adik aku..

Polis Trafik : “Sila keluarkan IC dengan lesen” (lebih kurang macam tulah pak polisi tu cakap)

Adik aku : “Maaf en. IC ada tapi lesen takda” (dengan nada ketakutan)

Polis Trafik : “Awak ada insurans nyawa?”

Adik aku : “Insurans nyawa?” (di tanya tanya balik pulak polis tu)

Polis Trafik : “Ya! insurans nyawa kalau awak kemalangan boleh claim

Adik aku : “Maaf en. takda” (jujur je adik aku ni.. kencinglah sikit polis tu kata adakan)

Polis Trafik : “ok.. saya saman awak atas kesalahan tidak memiliki lesen dan juga tiada insurans perlindungan diri, jumlah saman semua RM600 boleh bayar dimana-mana cawangan Balai Polis Trafik berdekatan” (kan dah melayang RM600.. kalau sedekah dekat aku dapat pahala adik aku ni.. hehehe)

So moral dari insiden tu… bayangkan kalau masa tu adik aku ada beli insurans nyawa dan tentu-tentunya kena saman 1 kesalahan je iaitu RM300 je.. kan dah membazir namanya.. tengok tu berapa pentingnya insurans nyawa ni sekarang untuk melindungi diri anda semua.

P/S : Kalau korang rasa takda lesen tu nak bawa juga motor atau kereta baik beli dulu perlindungan diri (insurans) sebelum korang kena saman macam adik aku tu.

*** Penting ke polisi insurans untuk melindungi diri dan keluarga anda?

*** Kalau nak beli insuran pastikan membeli pakej 2 dalam 1 (Insurans + saving)

Rujuk link ni untuk mengetahui 10 Tips Pengurusan Kewangan

Anda menghadapi masalah kewangan rujuk Penasihat kewangan anda Solusikewangan

Nota kaki : Buat penganjur contest maaf kalau entri aku ni lari dari tajuk ye.. hehehe

Ulasan

  1. gud luck yerr..

    saya nak masuk tapi sayangnyerr page xleh display puzzle...

    BalasPadam
  2. @far_east : tq2...page puzzle guna flash.. kena install dulu baru leh display puzzle tu.. boleh cuba dulu

    BalasPadam
  3. wah...en myvitrd dh siapkan entri utk contest 5-5-5

    terima kasih sebab sudi join yer...terharu rasanya...

    dr segi isi, mmg sgt menepati sbb myvitrd sentuh tth preserve atau dilindungi...

    mmg itu sebahagian dari aspek pengurusan kewangan yg ramai org kita tak ambil kisah...

    p/s: deqdeq pun baru tahu klu tak ada insurans pun dikira satu kesalahan....terima kasih sbb kupaskan dan share psl ni...

    BalasPadam
  4. oo ya kerr...kena tggu kat umah dolu laa boleh tgk puzzle tue..kt opis kena block

    BalasPadam
  5. me belum try lg contest deqdeq tu-nampak complicated la ..


    me click HB :)

    BalasPadam
  6. @deqdeq : tq sebab sudi terima penyertaan tu..

    Bab takda insurans nyawa tu memang ada dalam term saman ni.. kalau kita bawa kenderaan tanpa lesen n takda insurans nyawa boleh dikenakan 2 sama sekali gus.. saya dah reffer dengan sepupu yang kerja dengan PDRM.. saman tu memang wujud.. Biasanya polis akan tanya pasal insurans tu bila kita takda lesen.. kalau kita ada lesen jarang tanya..

    Rasanya ramai yg tak tahu pasal benda ni.. tu yg saya share tu..

    @Far_east : takpe buat pelan2 k. ada banyak masa lagi tu

    @Mama Zhafran : memang asalnya sekali pandang macam complicated.. tapi cuba buat satu entri yang ada kaitan dengan teknik perancangan kewangan bijak.. tu je.. deqdeqkan seorang pakar kewangan tu yg dia buat contest tu.. hik2

    BalasPadam
  7. datang menjenguk dan meneliti artikel..hehehe...

    bagus, banyak isi~ ;)

    BalasPadam
  8. syok pak polisi amik gambo dgn nora danish hehe

    BalasPadam
  9. 1st time aku dgr pasal insuran nsyawa

    BalasPadam
  10. @sunah mohamad : tq2... baca jgn tak baca ye..

    @suffer8zine : tq2 bro.. jomlah test join bro

    @buriz : mana tak syoknya tumpang popular jab.. saman tetap saman

    @ARC : tulah pasal bro.. bila adik aku call aku terperanjat pasal insurans nyawa tu.. sekali contact sepupu aku yg keje PDRM.. kata memang ada saman tu kalau kita bawa motor takda lesen

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak