Tingkatkan Keselamatan Aplikasi Maybank2u Anda Sekarang

Salam pagi semua,

Awal pagi tadi aku sampai je dekat opis, supervisor aku terus cakap.. "login u punya maybank2u sekarang" dalam hati aku  cakap pasal apa orang tua ni pagi-pagi suruh login maybank2u.. ada bonus awal tahun ke..hahaha.

Rupa-rupanya dia nak g tahu yang maybank2u baru je tingkatkan sistem keselamatan dengan mengubah beberapa ciri-ciri keselamatan untuk semua pengguna sistem online mereka.

Jom kita tengok pembaharuan di maybank2u.

Page utama login maybank2u

Username & password dimasukkan pada page yang berasingan


Pilihan untuk mengupgradekan sistem keselamatan maybank2u anda 

Jika memilih untuk Upgrade security.. anda perlu memilih salah satu gambar profail anda dan memasukkan identiti berkenaan gambar pilihan anda.

Anda juga perlu menjawab 3 soalan bagi pengesahan identiti jika anda ingin mengubah sebarang profail anda pada masa akan datang

Langkah terakhir adalah membuat pengesahan identiti profail dengan memasukkan TAC number anda

Sekiranya profail anda berjaya dicipta.. setiap kali anda login menggunakan username anda.. gambar profail anda akan dipaparkan seperti rajah diatas.

 P/S : Sekiranya anda ragu-ragu dengan sebarang perubahan yang dibuat dimaybank2u sila berhubung terus dengan pihak bank untuk mendapat pengesahan.. ini kerana buat masa kini terlalu ramai pengguna terpedaya dengan tektik penipuan internet banking online.

Nota kaki : Jangan sesekali membuka sebarang link maybank2u yang dihantar melalui email.. kerana ditakuti ada unsur-unsur penipuan untuk mecuri username dan password anda.

"Sentiasalah berhati-hati"

--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Ulasan

  1. betul betul betul..

    saya pun dah terima email katanya dari Maybank2u tapi tak berani buka..sebab dalam sms yang dapat dari Maybank2u pun dah warning suruh abaikan mana2 email..

    BalasPadam
  2. tak guna khidmat Maybank. geram dengan atm maybank. curik duit miza rm100. grrr

    udah ler kita ni penganggur berjaya. sedih sedih :(

    BalasPadam
  3. yup.. baru dapt yg baru punya setting nak kena security bagai.. tapi good la .... :)

    BalasPadam
  4. 2la bro. ak pun risau nk gune m2u online ne. tkt kene tipu.

    BalasPadam
  5. bagus jugak dorg wat security camni...tak de la org sesenang kne tipu..kan? :)

    BalasPadam
  6. @suffer8zine : tq2..sama2 kongsi ilmu

    @Far_east : memang banyak penipuan melalui maybank2u ni.. so kena hati2 bila login tu.. pastikan jgn klik link dari email.

    @Hana Kirana : sama2

    @Miza Yusof : la macam mana boleh kena curi duit tu.. kena hati sekarang ni.. guna apa2 je kena hati.. banyak sangat penipu

    BalasPadam
  7. @Nasazfrog : untuk keselamatan baik buatlahkan..

    @darkbatman : memang bro.. org banyak duit macam hang kena hati2 sikit..hehehe..kalau duit simpanan nak kawin hilang susah tau..hehehe

    @Dda Ly : betul2.. rasanya maybank ni dah banyak kali upgrade sistem..asik kena ceroboh juga.. hope lepas ni lebih selamat sikit

    BalasPadam
  8. salam

    tq kongsi...tp kita tak juga online banking ni.

    BalasPadam
  9. Perasan juga benda alah ni tapi belum activate lagi

    BalasPadam
  10. la ni enak login m2u pun rasa tak berani dah..takut2 jerrr nak masuk web tue

    BalasPadam
  11. sebelum nie ada maybank sms bgtau, bila login mmg dia ada minta semua pengaktifan tu, tp xbuat lagi..bizi..nngee *alasan*

    www.yanmieonline.com

    BalasPadam
  12. Amat mudah dan tak perlu pening-pening. Pastikan setiap kali nak login ke Maybank2u, buka twtingkap atau tab baru, taip sahaja kat address bar. Biar 'susah' sikit atau 'lambat' sikit, yang penting selamat. Saya dah lama guna M2U dan saya amat berpuashati kerana ianya mudah dan cepat.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak