Cepatlah Sikit .. Aku dah Tak Tahan ni..

Salam semua,

Cepatlah sikit.. tolonglah aku dah tak tahan ni.. jangan minta aku bersabar lagi.. engak bisa tahan lagi ni pak.. Hai apa cerita ni.. apanya yang tak sabar ni.. apanya yang cepat sikit ni.

Teruskan baca kebawah..

Sebenarnya aku baru je dapat surat dari bank yang minta aku buat pembayaran pertama untuk pembelian rumah baru aku tu.. opssssss aku beli umah ke?.. hehhe

Semua orang tak sabarkan bila nak masuk umah baru ni.. termasuklah aku.. tapi ralatnya aku kali ini.. rumah dah start kena bayar tapi kunci aku tak dapat lagi.. huhuu.. nak salahkan sapa sekarang ni.. Bank atau lawyer?

Macam ni lah gaya aku selalu bayangkan bilalah nak masuk umah baru ni...

Nampak gayanya bulan depan aku kena bayar 2 buah rumahlah macam ni.. 1 rumah sewa.. 1 lagi rumah yang aku baru beli tu.. emmm nampak gaya batallah niat nak g bercuti macam ni.. sebab burged dari cabut lari..heheehe

Tapi apa pon aku bersyukur kerana tak lama lagi impian aku dengan cik malarang tak lama lagi nak tercapai.. sekarang ni dah mula nak survey barang-barang untuk masuk umah baru ni?

Rasa-rasa korang yang dah ada pengalaman beli rumah ni.. apa yang perlu kita buat bila dapat je kunci rumah baru ni ye?

Harap kalau korang ada cadangan bolehlah aku rancang pelan-pelan apa yang perlu aku buat nanti..

Oklah perut pon dah mula menyanyi ni.. aku rasa baik berenti dulu k.. aku nak g santap dulu.. daaa.. Wasalam..

Nota kaki : Terima kasih kepada semua family yang sudi membantu aku selama ni untuk mencapai impian ini.


--------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------

Ulasan

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak