Deman Saham Bank Rakyat 2011
Salam semua,
Pagi tadi sempat temankan rakan opis aku gi bank rakyat untuk buat urusan pembelian saham bank rakyat.. tapi malangnya sampai-sampai dekat kaunter je.. staf bank rakyat kata.. “maaf en. saham ni untuk bumiputera sahaja” alamak yeke.. mana aku tahu hanya untuk bumiputera je.. sebab dalam borang tu tak tulis pon.. cuma cakap janji warganegara boleh beli saham ni.
Seawal jam 9.00 pagi dah tunggu depan pintu utama bank rakyat.. angka giliran ke-19.. tapi malangnya hanya untuk bumiputera sahaja.. sabarlah ye bos..kita tak dapat saham.. kita g beli emaslah pulak ye..masyuk jugakan?
Kesian brother ni.. disebabkan bank dah penuh dengan orang.. dekat kaki lima pon jadi dia bersila isi borang.. syabaslah brother.. nilah namanya usaha tangga kejayaan..
Jam 9.45 a.m borang untuk pembelian saham bank rakyat di cawangan Setapak Kuala Lumpur telah habis… macam goreng pisang panas orang serbu bank hari ini..
So kepada yang masih belum sempat beli atau kehabisan borang.. cuba usaha g hari isnin ye jgn putus asa.. kalau ada rezeki insyaallah sapa-sapa pon boleh beli saham ni.
Nota kaki : Sapa ada info.. memang betul ke saham ni untuk bumiputera sahaja?
huhuh.... xde rezeki lg.. dh 3 kali g no habis... huhuhuhu :(
BalasPadamramai nye..bank rakyat kat tanjung malim ni lenggang je..
BalasPadam@athirah : wah dah g 3 kali kesiannya.. takpe minggu depan isnin gi pagi2 ye
BalasPadam@dhiera : wah untung lah lenggang dekat sana.. kita dekat sini penuh je..
kemarin kat bank rakyat gurun pun tak ramai sangat orang,borang pun tebal lagi...rasanya untuk bumiputera je kot,sebab masa nak tunggu diorang proses tu abang kaunter tu ada cerita sikit,and dia mcm bayar zakat tu,kena jawab setuju atau tak...
BalasPadamopen lagik ke saham ni?
BalasPadam