Renovation Rumah | Cari Singki Kitchen Kabinet | Part 1
Salam semua,
Maaflah ye kalau sejak kebelakangan ni banyak sangat entri aku cerita pasal umah baru yang aku baru beli ni.. Maklum jelah bila dah dapat kunci rumah ni.. macam-macam benda dalam kepada nak fikir nak buat renovate apa.
Buat masa sekarang beberapa renovation yang aku berikan keutamaan antaranya membuat kabinet dapur, pemasangan tile ruang tamu & bilik, pemasangan grill pintu dan tingkap, pemasangan aircond dan mengecat semula rumah
Petang semalam kedai menjual hardware di Damansara Utama menjadi sasaran pertama aku.. kebetulan aku tengah mencari singki yang molek, tiba-tiba terpandang satu iklan seperti dibawah ni di penjuru kedai ni.
Alamak singki nilah yang aku cari selama ni untuk kabinet baru tu.. hehehe.. tanpa berlengah lagi aku terus panggil tokey kedai tu dan tanya “ada diskaun ke?” dia kata “ini harga sudah diskaun 20% dan sekarang tinggal ini 1 stok sahaja”
Bila tengok harga tu hanya RM399 (2 1/2 Sinki + Double Sink Tap) aku terus cakap dengan tokey tu.. ok kasi angkat satu set ini.
Rasa-rasa korang sinki ni mahal atau murah ye?
Oklah setakat ini dulu aku cerita projek renovation umah pertama aku ni.. mata pon dah berat sangat.. nanti aku update lagi kemudian k… Tak sabar pulak nak pindah umah baru ni.. hehehe
aku rasa ok kut.. kena dengan kualitinya.. hehehe
BalasPadamBE ke 8 Muncul setelah Metered Earning
sgt mahal tu....saya baru beli sinki yg sama RM218....:))
BalasPadamaku rae pun mahal
BalasPadamJalan ipoh dpt rm200.
BalasPadamaku rasa ok dah tu...sbb tgk dalam gambar singki ni jenama sorento...kat tempat lain xdapat harga mcm tu (brand sorento)...tapi kalau brand lain mmg boleh dapat lagi murah...paling murah dengar rm180....
BalasPadam