Benarkah Ibu Hamil Sukar Untuk Tidur Malam
Salam semua,
Kali ni aku nak tanya korang yang ada pengalaman masalah sukar untuk tidur malam semasa korang tengah pregnant (soalan ni hanya untuk orang pompuan je ye.. yang lelaki nak tolong jawab bagi wakil bini pon boleh juga.. hehehe).. masalah ni berlaku pada cik malarang-kak yang mana dah hampir 2 minggu susah sangat nak tidur malam.
Kekadang dia mengadu sakit belakang.. nak baring semua serba tak kena.. yang terbaru ni pulak asik batuk tak berhenti-henti.. ubat batuk aku dah bagi yang doktor suruh minum tu .. pon masih tak kurang juga batuknya.
Adakah semua ibu-ibu yang hamil ni mengalami masalah yang sama? almaklum jelahkan kami ni takda lagi pengalaman macam ni.
Nak bagi makan ubat bukan boleh bagi sebarangan ibu yang tengah hamil ni.. Jadi kalau korang ada pengalaman apa kata kongsi dengan aku supaya dapat mengatasi sedikit masalah kesukaran untuk tidur wife aku setiap malam ni.
Bila yang tersayang tak boleh nak tidur aku pon terjebak samalah tak boleh nak tidur sekali.. sebab sikit-sikit terjaga tengok cik pn gelisah semacam je… so ada petua tolong kongsi bersama disani.
Nota kakiku : Menantikan kehadiran orang baru.. memerlukan kesabaran dan ketabahan… macam-macam difikirkan bila dengar macam-macam cerita dari rakan sekeliling.. kekadang rasa takut pon ada juga.. Doakan semoga kami sekeluarga sentiasa sihat dan sejahtera semuanya.
yup.. bini aku pun camtu dulu.. bila kandungan dah 7-8 bulan.. lagi laaa terasa.. kena tidur atas katil yang empuk dan bantal yang selesa.. tu aje laah caranya bro.. lagi satu, sentiasa ada disisi isteri.. huhuhu
BalasPadam@kid: mcm ni kena tukar tilam powerlah bro..he2.. bab sentiasa disamping isteri tu wajib bro.. he2
BalasPadamrasanay mmg macam tue lah sbb my sis dok ngadu gak dia tak leh tido malam2...asyik terjaga jer..
BalasPadamits normal bg ibu mengndung, tp lain org lain simptomnya..sy pn slalu sakit blkg time dh sarat, g klinik doc. ckp rupanya kencing kotor, then mkn ubat oklah, kena minum air byk2..bila perut dh besar susah nk tido, kaki pn selalu krem...
BalasPadam@far_east : kalau semua cakap macam tu kira normallah tu ye..
BalasPadam@Azi : ok2.. tq atas info tu.. kena minum air banyak2 ye.
betul tuh... ! lagi lah bila perut dah saratt.. maklum je lah.. tulang belakang dah melengkung dok tanggung baby yg dah makin berat.. mmg tak boleh tidur telentang..
BalasPadamboleh tolong wife tambah koleksi bantal kat atas katil tu.. biarlah sana sini bersendal bantal tak pe.. asalkan selesa & boleh lena
saya dulu pun batuk 2 bulan.. ubat batuk mmg tak boleh makan sembarangan.. penyudah nya habis 2 botol yg doc bagi pun tak jadi apa... sabarkan je lah sampai baik sendiri uhuhuhuhu
tu la pengorbanan Ibu nak lahirkan zuriat... uhuhuhu
@izan : terima kasih ye.. malam ni saya cuba buat yg awak cakap tu.. bagi lapik belakang dengan bantal..
BalasPadamSungguh besar pengorbanan sorang ibu
hang kene beli tilam vono... haha
BalasPadamsekejap je tu bro..dah jumpa orang baru, tak igtlah sumer seksa skng nih..hehehe..
BalasPadammcm aku dah ada pengalaman je kan..kihkih
Nak bagi makan ubat bukan boleh bagi sebarangan ibu yang tengah hamil ni.. Jadi kalau korang ada pengalaman apa kata kongsi dengan aku supaya dapat mengatasi sedikit masalah kesukaran untuk tidur wife aku setiap malam ni.
BalasPadamalhamdulillah....dah pregyy bini anda..hehehe
BalasPadampakai lah bantal pregnancy pillow dari kami... www.facebook.com/rnhcollection
BalasPadamMemang tension bila nak tidur waktu pregnant, especially after 6 months...Apa kata u all try pregnancy pillow. I ada supply..sila la ke page i atau ke blog http://mommiescomfies.blogspot.com . Tgh promosi ni. Bantal i ni berbeza kerana diisi tiny beads dan para pengguna boleh tambah atau kurangkan isn mengikut keselesaan masing2... Pinjam space ye myvitrd..thanks..
BalasPadam