Ko Yang Sedap Hisap Orang Lain Pulak Jadi Mangsa

 

Salam semua,

Bila dah jadi tabiat memang susah nak ubah.. senang cerita kalau dah terbiasa dengan tabiat buruk suka membuang puntung rokok dekat mana-mana sahaja.. tak kiralah dekat kaki lima ke atau dekat tangga… memang susahlah nak ubah tabiat tu.

puntung rokok

Bukan nak merungut atau marah.. tapi kenyataannya memang boleh buat orang marah.. apa yang aku nak cakap ni adalah yang berlaku dekat opis aku sendiri.. ada satu floor tu yang mana selalu dijadikan tempat budak-budak selalu lepak untuk mengisap rokok ni memang kotor gila kalau pagi.. dengan habuk rokok yang bertabur.. dah tu semua puntung-puntung rokok berterabur atas tangga.

Memanglah setiap pagi ada makcik cleaner yang bersihkan.. tapi beradaplah sikitkan.

Nak di tegur semua dah tua, semua dah dewasa, semua dah jadi bapak-bapak orang tapi dalam kepala semua tak boleh nak fikir.. apa salahnya lepas korang hisap rokok tu ringan-ringankan tangan buang puntung dekat bekas yang disediakan, ini tidak terus je campak dekat mana-mana lantai tempat terakhir dia orang ni isap rokok tu.

Apa yang aku boleh bayangkan tentu dekat rumah dia orang ni lepas isap rokok je puntung tu mesti main campak dekat mana-mana juga.

Tolonglah! jagalah sikit kebersihan tu.. kalau korang nak buat kotor macam tu juga buat dekat rumah sendiri takpelah.. tolong jangan buat dekat tangga opis ni yang mana semua staff gunakan laluan tu untuk ke surau dan ke cafe.. Cubalah fikir sikit.. kalau boleh otak letaklah dekat kepala.. bukan dekat lutut ye.. Maaflah kalau ayat banyak kasar sikit.. dah lama geram tengok perangai orang-orang pengotor ni.

Lu Pikirlah Sendiri Labu!

Ulasan

  1. mmg cukup tak berkenan dengan perangai perokok2 nie...

    lain kali minta bos kamu wartakan jer kawasan opis tue sbg kawasan larangan merokok.

    BalasPadam
  2. @Far_east : nak wartakan macam mana.. GM dgn Chaiman pon kaki isap rokok juga.. huhu

    BalasPadam
  3. wooo ko camtue mmg payah nak cakap lah...hihi bila big boss sendiri pun perokok..

    BalasPadam
  4. hahaaaa.. suh sediakan bilik untuk perokok2 tu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak