Perancangan Kewangan Selepas Bersara, Mampukah Aku?

 

Salam semua,

Pagi ni aku nak kongsi sikit apa yang aku dengar dekat TV3 berkenaan segmen pengurusan kewangan di MHI TV3. Sebenarnya aku tak layak pon nak cerita pasal kewangan ni.. sebab kewangan aku pon tunggang langgang juga.. hehehe

Apa yang aku nak kongsi pagi ni adalah nak ajak korang semua berfikir sejenak.. Andai kata bila kita semua dah bersara nanti di usia 55 / 56 tahun, berapa target pendapatan yang kita nak perolehi sebulan?.. sebab semua orang tahu masa usia tu kita dah tak bekerja.. Jadi dari mana punca pendapatan yang ingin kita perolehi selepas itu.

PENGURUSAN KEWANGAN

Kredit : Google.com.my

Aku bagi satu contoh situasi :

Andainya korang sasarkan lepas bersara nanti korang nakkan pendapatan RM3000.00 sebulan. so berapa jumlah duit simpanan korang yang korang boleh dapat untuk pendapatan sebanyak tu?

Formula untuk mendapatkan pendapatan RM3000.00 sebulan

Pendapatan lepas bersara : RM3000.00 sebulan (Setahun : RM36,000.00)

Andaikan korang menyimpan diinstitusi kewangan yang memberikan pulangan 7% (0.07) setahun

(RM36,000 / 0.07) = RM514,285.71

Jadi korang memerlukan simpanan sebanyak RM514,285.71 selepas bersara untuk memperolehi pendapatan RM3000.00 sebulan.. (Boleh ke nak simpan duit sebanyak tu?)

Dalam tempoh usia korang sekarang ni, mampukah korang untuk mencapai sasaran tu?

Tapi masih belum terlambat untuk korang menguruskan kewangan korang semua.. dari apa yang aku dengan tadi pagi.. setiap gaji bersih yang kita perolehi perlu diasingkan sebanyak 20% terlebih dahulu.

Kenapa kena 20%?

10% = Caruman Takaful (insurans)

5% = Tabungan Simpanan

5% = Tabungan Kecemasan (ramai yang pandang remeh bab ni)

Mampukah kita mendisiplinkan diri dalam merancang kewangan kita?.. Jom sama-sama kita renungkan dan fikir-fikirkan bersama.

P/S : Berubah sekarang dan jangan bertangguh untuk esok, esok dan esok.

Ulasan

  1. saya memang FAIL dari segi pengurusan kewangan nie...sampai sekarang ada duit lebih sket kat ASb mesti ada benda nak buat hihi

    BalasPadam
  2. Kalau kita yang keje takde pencen nie memang kena rajin buat saving setiap bulan...

    BalasPadam
  3. memang penting menyimpan dari awal dan buat perancangan untuk bersara nanti. Tapi jangan lupa ambil kira nilai inflasi sebab RM3,000 sekarang bersamaan dengan RM7,282 dalam masa 30 tahun akan datang.......

    BalasPadam
  4. @far_east : kita lebih kurang sama je.. kalau ada duit lebih mesti yang nak keluar pon lebih juga.. hehehe

    @Hazman : betul tu bro.. setuju sangat

    @Sharinginfoz : betul juga bro.. 30 tahun akan datang kuih bukan 40 sen lagi sebiji tapi mungki dah 1.50 sebiji..

    BalasPadam
  5. owh, terkesima jap...
    maybe sbb sya org gomen so akan dpt pencen nanti yg buat lewa je benda ni...iskhhh...

    saving tetap kena ada kan...huhu

    BalasPadam
  6. Tahniah bro...

    Sedar awal... Tak ramai orang kita yg sedar tentang ini...
    Tapi aku ada cara, hopefully, nnti bila2 kita boleh jumpa.. Aku boleh terang skit...

    Sebab mmg kerja aku.. Itupun, kalau bro berminat laa...

    BalasPadam
  7. @mamaNoriz : untuk kakitangan gomen memang dikira selamatlah sebab ada pencen.. jenis yang keje sendiri dengan keje swasta memang kena buat tabungan & simpanan.. tapi orang gomen pon kena juga buat simpanan kecemasan kan?

    @h3r0 : wah ada cara senang ke bro.. hehehe.. insyaallah ada masa event nanti boleh jumpa n cita formula tu.. cecita..cecita.. hehehe

    @Kid : Takpe Kid kita ni kena keje kuat sikitlah bro.. :-)

    BalasPadam
  8. pencen gomen pun hanya akan dapat 1/2 gaji jek... maknanya 1/2 lagi kena standby gak dari saving... kannn

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak