Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2011

Wordless Wednesday #11 | Gelagat Hari Raya

Imej
Salam lebaran semua, Anak sapo ni.. hehehe.. seronoknya dia dapat air..

Duit Raya Denaihati Kini Milik Aku

Imej
  Salam hari lebaran semua, Selamat hari raya semua rakan-rakan & teman-teman blogger semua.. atas kesebukkan di siang hari baru sekarang dapat pegang laptop.. :-) Apa yang seronoknya hari ini.. siapa sangka contest anjuran denaihati yang aku join 2 hari lepas akhirnya memberikan satu rezeki kepada aku dan juga beberapa blogger lain yang join. Senarai Pemenang Duit Raya Sebenarnya blog aku telah terpilih sebagai salah seorang pemenang untuk contest Duit Raya RM1000 dari Blog Denaihati 2011 .. Syukur Alhamdullilah. Terima kasih kepada Denaihati kerana memilih entri yang aku hantar tu sebagai pemenang .. walaupun pada awalnya aku menyangka memang tiada harapan untuk menang kerana yang join contest tu je ada berpuluh-puluh blogger yang hebat.. tapi kata orang kalau dah rezeki tak kemana. Insyaallah lepas ni kalau ada lagi contest dari denaihati boleh join lagi.. Kalau ada masa terluang nanti aku akan updatekan beberapa keping gambar suasana hari raya pertama ...

Terima Kasih Sayang Belanja Baju Raya

Imej
  Salam ramadan semua, Dari Penang ke KL sampai ke Johor memburu baju raya last-last minit… akhirnya semalam petang pemburuan telah berakhir di bazar ramadan Simpang Renggam..Alhamdulillah Nasib baik ada satu kedai je yang menjual baju melayu mengikut warna tema kami.. sebenarnya banyak je kedai menjual baju melayu.. tapi tulah sebab nak ikut tema sangat so susah sikitlah nak cari. Bab pilih kain yang bagus ni aku serahkan je dekat cik malarang ni.. sebab dia sentuh je kain tu dia dah tahu kain tu panas atau sejuk.. hehehe, kalau aku janji warna sama aku ambik je.. tak kiralah baju tu panas ke sejukkan. Setelah mencuba 3 ke 4 kali baju tu dari saiz M, L & XL akhirnya saiz L menjadi pilihan… Terima kasih sayang sebab belanja abang beli baju raya ye.. tahun depan boleh belanja lagi ye.. hehehe Sebelum balik cik malarang membelek satu baju mengandung.. katanya cantik… tapi akhirnya tak beli juga.. sebab katanya harga dia mahal… takpe nanti kita beli baju lai...

Duit Raya RM1000 dari Blog Denaihati 2011

Imej
  Salam ramadan semua, Siapa yang tidak kenal dengan blog Denaihati yang mana tema blog berbunyi “ Hidupkan Untuk Memberi ”. Kali ini beliau sekali lagi ingin memberikan duit raya sebanyak RM1000 kepada blogger seluruh dunia yang berjaya menyelesaikan tugasan yang beliau berikan. Dalam dunia ni mana ada duit free.. kalau nak duit mestilah kena ada usaha.. so apa kata korang yang nak rebut duit raya tu sama-sama baca entri ni “ Duit Raya RM1000 untuk Rakan Blogger ” Rasanya aku nak hantar tugasan yang diberikan oleh Denaihati sekarang ni.. jawapan tugasan aku adalah seperti dibawah ni.   1) Apa salahnya suami berpoligami? ( ENTRI UTAMA ) 2) Sayangkan Bini Tinggal-tinggalkan 3) Happy Birthday To My Darling Wife 4) Benci Bilang Cinta 5) Kesalahan besar suami 6) Beza Sendiri, Bercinta, Bertunang, Berkahwin …Bermadu 7) Pengorbanan seorang wanita Mula-mula aku takut nak guna tajuk “Apa salahnya suami berpoligami”.. tapi ni sekadar contest jekan.. h...

Memburu Baju Raya Di Uptown Kota Damansara

Imej
  Salam ramadan semua, Bila raya dah dekat ni semua orang berlumba-lumba untuk cari baju baru terutama baju kurung & baju melayu.. tak terkecuali aku pon sama juga masih lagi mencari baju raya yang sesuai untuk tahun ni. 2 hari yang lepas lokasi mencari baju raya adalah di Uptown Kota Damansara.. malangnya hanya ada 2 kedai yang menjual baju melayu.. dan kebanyakkannya kurang berkenan dihati.. Paling risau cik malaranglah.. mana tidaknya tema tahun ni dia yang pilih iaitu tema warna merah.. baju kurung dia dah beli.. tapi baju melayu aku tak jumpa lagi.. plan terakhir adalah mungkin kita orang beli baju melayu nanti dekat kg. aku dekat Johor je. Oklah korang layan foto dulu ye.. Ribuan kenderaan membanjiri sekeliling Uptown Kota Damansara, sampai takda parking.. ada yang parking dekat tengah-tengah jalan je.. paling kurang ajar parking double sampai menyusahkan orang lain yang nak keluar.. aku salah sorang mangsanya.   selain dari baju melayu.. lain-lain ...

Sesi Buka Puasa DiGi Nuffnang 2011 | Ada Blogger Yang Kecewa

Imej
Salam ramadan semua, Terima kasih diucapkan kepada Nuffnang & DiGi atas jemputan berbuka puasa di The Bee Jaya One Petaling Jaya semalam.. tahun ni merupakan tahun ke-2 aku dapat bersama-sama komuniti DiGi & nuffnang berbuka puasa bersama-sama dengan blogger. Pengalaman berbuka puasa dengan DiGi tahun 2010 membuatkan aku ingin join sekali lagi tahun ni.. dan akhirnya impian tercapai semalam. Apa yang menariknya setiap kali DiGi & Nuffnang membuat aktiviti ni adalah blogger yang bertuah akan dapat berpeluang membuat review produk-produk terbaru dari DiGi . Dan semalam tuah badan buat beberapa blogger berjaya membuat review dua produk baru dari DiGi.. cerita selanjut dekat bawah ni ye.. kalau tahun 2010 aku salah sorang yg berpeluang membuat review DiGi MiFi .. tahun ini nasib siapa ye? “Adakah blogger bertuah itu adalah JEJAI @ Teratakarmo .. emmmmm sat lagi ada jawapannya” Seawal jam 6.45 aku dengan cik malarang dah sampai ke lokasi yang dijanjikan iaitu di The...

Check-UP Minggu Ke-23

Imej
Salam ramadan semua, Rasanya ni kali pertama aku nak buka cerita pasal perkembangan diri Cik Malarang , mungkin selama ni aku cuma ada bagi bayangan je.. tapi sekarang rasanya tiada lagi rahsia… hehehe.. Sebenarnya bukan aku nak berahsia tapi mungkin masa tu terlalu awal lagi.. tapi sekarang rasanya dah sesuai untuk bercerita sedikit perkembangan kehidupan kami berdua.. Mungkin ada yang dah tahu & dan ada juga yang belum tahu. Alhamdulillah tak lama lagi aku dah nak bergelar ayah..hehehe.. semoga semuanya selamat dan sentiasa sihat hendaknya.. Jadi semalam aku dah bawa cik malarang ke Poliklinik Yazmeen dan Mahanum di TTDI untuk buat check-up kali ke-5 ( dah 5 kali rupanya ), klinik yang aku dah gunakan untuk checkup dari awal lagi. Excited punya pasal aku terlupa yang klinik ni dibuka pada bulan puasa mengikut jadual tertentu.. buka sebelah pagi dari jam 8.30 sampai 3.00 petang dah tu rehat dan buka semula jam 4.00 petang.. tapi aku datang pada jam 3.05 memang klinik tu...

Aku Tak Nak Tengok Isteri Merengkok Dalam Penjara

Imej
  Salam ramadan semua, Suami mana yang sanggup tengok isterinya merengkok atau tinggal dalam penjara.. korang sanggup?.. kalau korang tanya aku semestinya aku tak sanggup. Tapi andai kata korang sebagai suami tak pernah ingatkan isteri korang tentang pinjaman PTPTN dia berkemungkinan besar isteri korang tergolong dalam senarai 130000 peminjam akan diheret ke mahkamah. (Sumber berita dari TV3-Berita Utama) Tertarik dengan entri dari Bean Moreno terus aku gi semak adakah isteri aku tergolong dalam senarai peminjam yang bakal ke penjara. Semakan dibuat dilink ini SEMAKAN SENARAI HITAM IMIGRESEN SEMAKAN PEMINJAM YANG BELUM MEMBUAT BAYARAN BALIK PINJAMAN Alhamdulillah selepas aku semak tadi isteri aku tak tergolong dalam senarai yang bakal diheret ke mahkamah.. kata orang walaupun sesak macam mana sekali pon setiap bulan.. pastinya aku akan ingatkan beliau samada dah bayar atau belum.. biar bayar sedikit janji bayar.. dari tak bayar langsung. Bagaimana dengan diri...

Eyriqazz Kini Bergelar Jutawan | Duit Raya Untuk Blogger Seorang RM50

Imej
  Salam ramadan semua, Baru beberapa tahun menjadi blogger dah jadi Jutawan.. ke dia main skim cepat kaya ni… kini Eyriqazz bukan lagi blogger biasa.. tapi blogger yang mampu tidor atas duit siang dan malam.. tak percaya korang tengok dekat bawah ni. Mak ai duit penuh atas tangan kiri dan kanan.. tak cukup dengan tu atas riba pon berlonggok… hang gi rompak bank mana ni bro? Cerita lanjut korang tengok entri beliau “ Jom Join Skim Cepat Kaya Eyriqazz.com ” Tahun ni eyriqazz nak bagi duit raya sorang RM50 .. 50 blogger terawal akan dapat duit raya tu.. datang jangan tak datang ye serbu rumah dia.. hahaha

Hadiah Contest Dari Deqdeq | Buku Buat Duit

Imej
  Salam ramadan semua, Alhamdullilah sampai juga hadiah contest 5-5-5 yang aku join beberapa bulan lepas dari Deqdeq .. terima kasih daun keladi kerana sudi mengepos hadiah tu terus ke opis aku tadi.   Balik dari opis tengahari tadi ada sampul surat besar atas meja aku.. mula-mula lama juga aku nak teka sapa yang pos dokumen ni.. sebab nama pengirim ni aku tak kenal.. lama aku ingat-ingat baru aku ingat ni mesti hadiah contest yang aku join dari deqdeq beberapa bulan lepas. Balik umah je minta cik malarang yang buka.. sekali buka sampul tu.. wah.. dia bagi aku satu buku bertajuk “ Blog + Google Adsense = Duit ” dari tajuk je aku dah boleh agak ni mesti buku buat duit ni.. hehehe. Aku suka buku ni.. sebab dalam tu macam-macam ada dari panduan buat blog sampai macam mana nak jana pendapatan dari blog.. paling best buku tu dalam bahasa melayu.   Selamat hari raya buat Deqdeq juga.. terima kasih kerana sudi hadiahkan buku yang penuh dengan ilmu ni.. ...