Aku Tak Nak Tengok Isteri Merengkok Dalam Penjara

 

Salam ramadan semua,

Suami mana yang sanggup tengok isterinya merengkok atau tinggal dalam penjara.. korang sanggup?.. kalau korang tanya aku semestinya aku tak sanggup.

Tapi andai kata korang sebagai suami tak pernah ingatkan isteri korang tentang pinjaman PTPTN dia berkemungkinan besar isteri korang tergolong dalam senarai 130000 peminjam akan diheret ke mahkamah. (Sumber berita dari TV3-Berita Utama)

ptptn-senarai hitam

Tertarik dengan entri dari Bean Moreno terus aku gi semak adakah isteri aku tergolong dalam senarai peminjam yang bakal ke penjara.

Semakan dibuat dilink ini

SEMAKAN SENARAI HITAM IMIGRESEN

SEMAKAN PEMINJAM YANG BELUM MEMBUAT BAYARAN BALIK PINJAMAN

Alhamdulillah selepas aku semak tadi isteri aku tak tergolong dalam senarai yang bakal diheret ke mahkamah.. kata orang walaupun sesak macam mana sekali pon setiap bulan.. pastinya aku akan ingatkan beliau samada dah bayar atau belum.. biar bayar sedikit janji bayar.. dari tak bayar langsung.

Bagaimana dengan diri korang, isteri korang, adik beradik korang dah semak belum.. kalau belum semak sekarang!

P/S : Meminjam memang mudah.. tapi nak menjelaskan bayaran tu semula adalah satu beban.. renung-renungkanlah ye..

Ulasan

  1. iklan raye yg paling awal kluar kot..
    bayar PTPTN..hikhik

    BalasPadam
  2. alhamdulillah saya dah selamat settle PTPTN...dah tak terikat

    BalasPadam
  3. aku pakai JPA.. tapi tak setel2 lagi.. takde interest, takpe. hehehe

    BalasPadam
  4. @iEyla : rasanyalah.. saya dengar dekat berita hari tu

    @Far_east : syukur

    @KiD : orang pandai memang dapat JPA.. hehehe.. aku dah 4 tahun lega bayar pinjaman ni.. aku guna MARA..

    BalasPadam
  5. hehe thanks bro...actually akupun takut jugak tu sebenarnya untuk diri sendiri haha

    BalasPadam
  6. Meminjam senang.. Tapi nak bayar tue susah...
    Biar laa bayar sikit..dari tak bayar langsung...

    Ingat utk untuk anak bro.. Nnti buat simpanan dari kecik tau..

    BalasPadam
  7. kalau korang tanya aku semestinya aku tak sanggup..thankxx......

    BalasPadam
  8. alhamdulillah..seb baik aku tak pnjam ngan ptptn..heheheh..

    BalasPadam
  9. aiseh...ble bace entry ni trs berdebar2, dh lame xcek status ni...hihihi

    tq bro..mohon share;)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak