Sesi Buka Puasa DiGi Nuffnang 2011 | Ada Blogger Yang Kecewa

Salam ramadan semua,

Terima kasih diucapkan kepada Nuffnang & DiGi atas jemputan berbuka puasa di The Bee Jaya One Petaling Jaya semalam.. tahun ni merupakan tahun ke-2 aku dapat bersama-sama komuniti DiGi & nuffnang berbuka puasa bersama-sama dengan blogger. Pengalaman berbuka puasa dengan DiGi tahun 2010 membuatkan aku ingin join sekali lagi tahun ni.. dan akhirnya impian tercapai semalam.

DiGi-nuffnang Buka Puasa 2011

Apa yang menariknya setiap kali DiGi & Nuffnang membuat aktiviti ni adalah blogger yang bertuah akan dapat berpeluang membuat review produk-produk terbaru dari DiGi. Dan semalam tuah badan buat beberapa blogger berjaya membuat review dua produk baru dari DiGi.. cerita selanjut dekat bawah ni ye.. kalau tahun 2010 aku salah sorang yg berpeluang membuat review DiGi MiFi.. tahun ini nasib siapa ye?
“Adakah blogger bertuah itu adalah JEJAI @ Teratakarmo.. emmmmm sat lagi ada jawapannya”
Seawal jam 6.45 aku dengan cik malarang dah sampai ke lokasi yang dijanjikan iaitu di The Bee.. dan macam biasa sebelum nak masuk kena register sebagai pengesahan menghadirkan diri.

Cik malarang macam biasalah.. kalau gi even mesti dia akan cari sapa kawan-kawan blogger dia dulu.. dan akhirnya dia terjumpa dengan Cik Lily Putih.. Minggu ni 2 kali dia orang berjumpa dalam event berbuka puasa..hai rajin dia orang ni datang even makan-makan ye.. hehehe

blogger Buka puasa digi 6

Tak kurangnya juga dengan aku.. mata melilau mencari sapa yang aku kenal.. asik-asik Jejai.. takda orang lain ke? hahaha.. memang betul Jejai lagi yg aku jumpa.. so dah ada geng.. kali ni Mat Tiger @ Eyriqazz tak datang .. katanya tak mau keluar rumah minggu ni sebab nak jaga duit raya yang berlonggok dekat umah..hahaha.. tulah sapa suruh simpan duit dalam bantal banyak2.. hehehe.. ada orang kata dia dah jadi Jutawan Duit Raya.. betul ke?

blogger Buka puasa digi 1
Jejai macam tengah ambil gambar je.. berangan nak buat review ye?

Tengah-tengah syok duduk sambil perhatikan si Jejai mengodeh-godeh Model-model HTC.. tiba-tiba sorang jejaka Hansom tegur aku.. haaaaaa Myvitrd kan… lama aku cuba teka.. sapa ni ye.. sekali tengok betul2 MATJOE rupanya… nampaknya ni kali pertama aku jumpa si Matjoe @ Jutawan Hartanah ni.. hehehe.. selalu tegur dalam blog ruangan komen je.. kali ini bertentang mata seh… :-) orangnya sungguh peramah.. tapi disebabkan dia sakit perut (ni aku agak jelah) lepas berbuka & solat magrib dia jumpa & salam dengan aku .. katanya nak balik dulu.. so tak dapatlah matjoe berpeluang menang produk DiGi untuk buat review… hehehe.. takpe Matjoe ada umur yang panjang boleh ketemu lagi ye.

Nilah sebenarnya keseronokkan berblog & pegi mana-mana event dapat jumpa ramai kawan-kawan maya sebenarnya.. boleh bertukar-tukar info dan maklumat.. tak gitu kawan-kawan.

Pasal apa panjang sangat intro aku ni.. hahaaha.. aku dah mula syok sendiri ni.. STOP sini.. korang layang gambar-gambar dekat bawah ni dulu….ok..layannnnn


GAMBAR-GAMBAR JUADAH BERBUKA PUASA

menu makanan Buka puasa digi

Mula-mula sampai ingat juadah berbuka bentuk buffer tapi rupanya kena order.. alamak time nilah aku minta cik malarang orderkan.. sebab makanan-makanan macam ni aku tak pandai nak order.. tapi aku pandai nak makan.. hahaha

makanan Buka puasa digi 5 makanan Buka puasa digi 2 makanan Buka puasa digi 3 makanan Buka puasa digi 4

Walaupun juadah simple je.. tadi memang sedap spageti tu.. aku suka bab udang dia.. memang fresh habis.. emmm sedapnya.. Burger dengan hotdog tu bukan aku punya saja tumpang ambil gambar..

makanan Buka puasa digi 9 makanan Buka puasa digi 6 makanan Buka puasa digi 7 makanan Buka puasa digi 8

Lepas kita orang solat Magrib baru minta dia orang antar desserts ni.. kalau tak mau cair aiskrim ni.. aku punya yang Kek tu.. cik malarang punya aiskrim dengan cappuccino (sejak bila si dia ni pandai minum ni.. hahaha)

GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI BERSAMA DIGI

Pelancaran produk baru HTC DiGi

Wakil dari pihak DiGi sedang memberi penerangan tentang produk terbaru yang berada dipasaran

HTC Desire

 HTC Desire price

HTC Desire dijual dengan harga serendah RM850 dengan kontrak 24 bulan bersama DiGi

incredible s

 incredible s price

HTC Incredible S dijual dengan harga serendah RM750 dengan kontrak 24 bulan bersama DiGi

htc sensation

HTC Sensation dengan 1.2Ghz Dual Core lengkap dengan kamera 8MP with Flash

wildfire s

wildfire s spec

HTC Wildfire mudah untuk mendapat capain internet dimana sahaja dengan WiFi

Nota Pesanan : Semua info pasal produk DiGi ni korang boleh layari di www.digi.com.my

2 MODEL TERKINI DARI HTC DILANCARKAN OLEH DIGI SEMALAM

new htc cha cha lunch

htc cha cha
HTC Cha Cha yang baru dilancarkan.. (Review Coming Soon)

Salah sorang blogger yang berjaya membawa pulang model HTC Cha Cha untuk review.. beliau adalah Cik Lily Putih.. Tahniah.. dan yang paling menarik, Review terbaik akan mendapat terus HTC Cha Cha tersebut.. kita orang gigit jari jelah ye.. hehehe

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

 new htc Evo 3D Lunch
htc evo 3D
HTC EVO 3D yang baru dilancarkan.. (Review Coming Soon)

6 orang blogger yang bertuah berjaya membawa pulang HTC EVO 3D untuk membuat review dan review yang terbaik akan memenangi hadiah HTC EVO 3D.. nilah punca sebenar kekecewaan Jejai.. kerana gagal membawa pulang HTC EVO3D … huhuu

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

blogger Buka puasa digi 3

Habis taklimat dari pihak DiGi maka bermulanya sesi games untuk  kumpulan pertama bagi merebut HTC Cha Cha untuk direview

blogger Buka puasa digi 2

Ni pulak  kumpulan kedua yang disertai Jejai & aku juga cik malarang bagi merebut HTC EVO 3D untuk review.. malangnya kami berdua takda rezeki.. 

blogger Buka puasa digi 4

Ni pasal apa muka semua monyok ni.. hahaha.. mana tak monyok Jejai kecewa tak dapat nak buat review HTC EVO 3D.. hehehe.. melepas aku nak dapat terus HTC tu.. hehehe

 blogger Buka puasa digi 5

Yang ni sapa pulak ni… hehehe.. sebenarnya sampai-sampai je dekat The Bee Jejaka Hansom bernama Nicholas ni terus tegur aku dengan cik malarang.. saya sudah ingat blog kamu.. ni myvitrd dengan malarang-kak kan.. patut masa buka puasa dengan samsung di tanya apa blog kita orang.. rupanya di nak menghafal url blog kita orang rupanya.. hehehe.. apa lagi bos blog dah ingat kasi selalulah buffered earning (bodek sikit ni.. hahaha)

 makanan Buka puasa digi 1

Sesi bergambar wajib ni… sendiri tangkap (syok sendiri ni) .. hahaha suka hati akulah.. :-)

blogger Buka puasa digi 7

Cik malarang berjumpa kenalan baru pemilik blog Madammondoq , blogger ni satu negeri dengan aku rupanya.. ada sorang lagi blogger lelaki.. pon satu daerah dengan aku.. tapi lupa pulak nak tanya url blog dia.. hehehe.. teruk betul aku ni..

blogger Buka puasa digi 10

Macam biasalah sebelum bersurai sesi bergambar kenangan akan diambil.. time ni korang tengok muka aku lain macam je.. mana tidaknya cik malarang tengah duduk atas aku.. hehehe.. kesian cik malarang sebenarnya dia tak boleh nak membongkok sebab nanti si baby dalam perut tu tercepit.. hehehe.

Terima kasih sekali lagi kepada Nuffnang & DiGi yang menjemput kami berbuka puasa bersama.. dan tidak lupa kepada The Bee yang menyediakan juadah berbuka.

Rasanya ni even buka puasa terakhir tahun ni yang kami hadiri.. so tak lama lagi nak sambut raya dan pastinya dah ramai yang mula bercuti.. Apa pon kami sekeluarga mengucapkan…

“SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN”

Kepada yang memandu sendiri pulang ke kampung.. sentiasalah berhati2 di jalan raya.. memandu dengan penuh berkhemah bukan dengan beremosi ye… Wassalam..

Ulasan

  1. Aku pun dapat jemputan... Tapi tak dapatpergi...
    Sebab kena jaga anak.. Bini keja malam plak...
    Keciwa sggh... He he...

    Apa pun, selamat hari raya... Blk kg hati2...

    BalasPadam
  2. Cehhh..memang ralat tak dapat review..berkenan tuhh pasal di guna dual core tuhh..nak tengok power ke tak sebab semalam mcm slow jerr..Apa-apa pun gua nak ucapkan Selamat Hari Raya bro in advance kat hang berdua..berhati-hati memandu tuh wehh

    BalasPadam
  3. wa chow awal sebab nak readykan kereta sbb ari ni nak terus balik lepas keje. nice meeting korank jugak

    BalasPadam
  4. HURMMM.... kalau digi buat event memang selalu kasi peluang blogger buat review kan...aku dapat call gak tapi tak dapat join sebab ade majlis buka pose kat PICC lagi...hehehee

    BalasPadam
  5. @fazrol : wah baguslah ko ni.. bapa minsali.. takpe bro.. dahulu family dulu.. dah tolong menolong memang kerja yg mulia.. netx event leh jumpa bro.

    @Jai : Sama2 bro..sama2lah kita sentiasa berhati2 dijalan raya.. kalau tak boleh beraya dengan HTC EVO 3D tu.. sodehhh seh

    @MatJoe : bagus mat.. keselamatan keutamaan hati2 dijalan raya.. selamat hari raya

    @hazman : alamak dia makan sedap juga lah dekat PICC.. hehehe tu yang aku suka join even DiGi tu..

    BalasPadam
  6. looks fun the gathering, together with cool phones :P

    BalasPadam
  7. apesal aku tak dapat?? macam mana nak daftar? huhuhu

    BalasPadam
  8. bestnya...bulan puasa susah sikit kalau berbuka seorang kat luar..kecian hb dan anak.
    selamat hari raya buat kamu berdua

    BalasPadam
  9. @Kid : alamak sedih bro... tak jumpa hang lagi.. kalau nk dpt jemputan under Digi joint "Nuffnang Evangelist" Pilih DiGi

    @Kak ina kl :memng betul kak ina.. sebab tu sy bawa sekali wife.. nanti kalau dh ada ank pon susah sikit dah nk join.. hehehe

    BalasPadam
  10. Hi, nice to meet you there. But too bad didn't get your name & blog URL.

    BalasPadam
  11. dapat jugak tapi tak dapat nak datang, kecewa giler

    http://muazfaris.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak