Sesi Terjah 2nd Maternity & Children Expo Mid Valley
Salam semua,
Hari ni nak cerita dulu pasal 2nd Maternity & Children Expo yang sempat aku terjah dengan cik malarang di Mid Valley sebelum aku gerak balik bercuti ke Johor.
Sebenarnya memang ada dua tiga barang lagi yang cik malarang nak cari so kebetulan dah ada expo barang-barang baby ni jadi kita pon terjah jelah.. walaupun keadaan parking yang sangat-sangat lah penuh.
Full Parking …. Apa sudah jadi!
Hujan-hujan lebat macam ni pon ramai orang serang Mid Valley gara-gara nak gi expo barang-barang baby ni.. korang tengok je tu semua kawasan parking full.. gambar dekat atas tu aku ambil masa aku dah nak balik masa hari jumaat tu.. so selamat aku datang awal pagi.. kalau tak.. memang kempunanlah nak dapat parking dekat sini.
Suasana sekitar Children expo ni.. masa aku sampai ni.. tak ramai lagi orang.. so nak bergerak pon selesalah sikit.
Macam biasalah.. kalau gi expo ni.. kalau tak register tak sah.. sebab nak dapatkan goodies beg kenallah register & beratur dulu..
Bukan saja dekat tapak pameran expo yang meriah.. tapi persembahan & pertandingan atas pentas pon meriah juga..
Nilah salah satu sasaran utama kita orang.. stroller baby.. tapi memandangkan jenama & harga yang kita orang budget tu takda.. so kita orang tak jadi beli.. kira datang tengok jelah dulu.
Sasaran seterusnya adalah set Breastpump.. so kali ni memang banyak kedai yang jual set ni.. jadi sebelum kita orang pilih kedai mana yang murah dan berbaloi.. kita orang survey2 dulu.. kalau korang nak tahu aku beli yang mana.. baca entry sampai habis ye.. hehehe
Kalau ada expo barang-barang baby ni.. paling wajib ada jual mesti pakaian baby… korang tengok tu offer sampai 50% tu.. tapi disebabkan aku dah beli banyak baju baby ni .. aku cakap dengan cik malarang.. next time baru kita beli lagi.. hehehe
Cik malarang mula2 dah berkenan dengan beg bekas susu baby tu yang warna crim putih tu.. tapi aku kata tak payah beli dulu syg.. kita dah banyak beg.. hehehe.. selamat dia tak menangis nak beli juga.. heheehe.
Apa yang aku beli sebenarnya adalah beg galas belakang dekat kedai BABYORGANIX tu… sebelum ni aku dah servey dah beg tu.. tapi harga semua RM50 ke atas.. kebetulan dekat kedai ni.. dia jual RM49.. so apa lagi.. terus bayar n ambillah terus beg tu.. hehehe.
Yang ni pon cik malarang kecewa juga sebab katanya dia nak beli baby car seat sekali.. tapi jenama yang dia nak tu pon takda.. so melopong jelah.. satu lagi yang melopong juga.. katil baby macam dekat atas tu.. yang tu pon dia kecewa juga.. hai berapa punya banyak kecewa dah.. hehehe..
Mana tidaknya masa pameran baby yang pertama masa bulan 3 kalau tak silap aku.. katil baby tu dia jual dengan harga 400 lebih kot.. tapi masa aku tengok jumaat tu.. orang dah jual dengan harga yang mahal.. lebih dari 800 kot.. so memang menyesallah katanya dia tak beli masa bulan 3 tu.. sempat aku bergurau dengan cik malarang.. aku kata nanti abg buatkan pakai kayu papan je ye.. hehehe
Dan akhirnya untuk mengubati kekecewaan isteriku.. aku belikanlah dia Breastpump dari jenama spectra3.. sebab niat dihati nanti nak menyusukan baby dengan susu badan selama 2 tahun.. so kalau cik malarang gi koje.. bolehlah dia guna mesin ni untuk perah susu dekat opis..
Nak tahu berapa harga dia?
Harga untuk set Breastpump ni adalah RM589 selepas diskaun.. kalau tak diskaun harga asal adalah RM745 so kira aku jimaat jugalah lebih seratus ringgit ni..
Alhamdulillah ada juga barang yang aku beli dekat expo tu.. kata orang balik bukan dengan kosonglah.. sebab kalau datang semata-mata berlenggang dan balik pon berlenggang memang tak berbaloi.. sebab parking dahlah susah.
Insyaallah nanti ada masa aku ceritakan lebih detail set Breastpump yang aku beli tu ye.. barang-barang apa yang aku dapat…. :-)
Tak sabar nak menanti tarikh bersejarah dalam hidup kami berdua ni.. semoga semuanya selamat nanti.. amin.
kami pergi juga ke ekspo tu (hari Sabtu), tak beli byk brg pun cuma nursing bra yg mmg dpt harga murah. kalau cik malarang dah tak larat nak shopping tapi masih nak membeli brg2 keperluan lain, saya cadangkan website onebabyworld.com. skrg ni tgh ada sale dari 15/11/2011 - 2/1/2012. takpun boleh juga pergi ke kedainya yg terletak di Taman Permata.
BalasPadamBoleh tgk pakej breastpump yang sangat berbaloi
bagus... SPECTRA 3 memang kak sumi pakai sampai sekarang... hasilnya sangat BAGUS sekali dapat perah kekadang ada 3oz,dakala dpt 12oz.. tp bergantung dengan si ibu dan cara mengepam yek..hehehe
BalasPadamnak tanya lagi.. AVENTS x der promosi ker kat expo tu?? keh3
Sumijelly.com
.. Benar-benar bagus Its!
BalasPadam@Laili : tq bagi info ye.. nanti saya g tahu sama cik malarang.. tapi dia memang suka shoping walaupun dah tak larat.. hehehe
BalasPadam@Sumijelly : hai tak habis2 lagi dengan Avents ke? hahaaha.. takpe2 nanti kalau ada promosi dekat ikea kita beli satu troli ye.. kalau kak sumi kata Spectra 3 bagus.. kami senyumlah.. kalau sebelum bersalin dah boleh test pump ke? hehehe
@Retina : apa yg bagusnya.. :-)
kak sumi:event ada promosi,tapi still mahal juga,bagi saya la.
BalasPadamcuba akk cerita sikit mcm mana nak jaga pam tu dgn baik ya,supaya boleh dipakai lama.satu lagi macam mana nak banyak kan susu...hehe....kongsi la sikit akk...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadam