Azam Tahun 2011 Dua Tercapai Satu Terkubur


Salam semua,

Sebelum aku memulakan cerita ada baiknya korang yang tak tahu lagi azam tahun 2011 aku boleh baca dientri tu.

Setiap manusia biasanya ada azam atau target yang nak dicapai.. tak kiralah sepanjang hayat.. sepanjang tahun atau sepanjang bulan.

Bagi aku syukur alhamdulillah untuk tahun 2011 ni.. 2 azam aku berjaya aku capai walaupun satu daripadanya terkubur begitu sahaja.

Sd Apartment  2 -1

Azam nak berpindah ke rumah baru.. alhamdulillah telah tercapai pada bulan mei yang lalu.. dan paling menggembirankan juga sebulan sebelum aku berpindah ke rumah baru aku dapat tahu yang cik malarang telah berbadan dua.. syukur alhamdulillah.

myvitrd junior_thumb[5]

Dan pada tarikh 8-12-2011 jam 6.05 petang seorang hamba allah telah lahir kemuka bumi ini bagi menyeriakan lagi keluarga kami.. Alhamdulillah.

Jadi azam untuk berpindah rumah baru dan menerima cahaya mata telah aku capai.. yang tak dapat dicapai adalah rancangan untuk berhoneymoon kali ke-2 ke Bandung yang tidak dapat aku capai.. ini semua adalah gara-gara masa tu.. adik ipar aku nak melangsungkan pertunangan dan kebetulan berita gembira yang cik malarang baru sahaja berbadan dua menyebabkan aku cancel penerbangan tu… happy punya pasal terus cancel.. hehehe.

Rasanya bagi aku apa yang aku hajatkan selama ni telah aku perolehi.. antaranya kerjaya yang tetap, sebuah kenderaan sendiri, sebuah rumah sendiri, seorang isteri yang cantik, seorang anak yang comel dan sebuah keluarga yang sangat bahagia.

Semoga apa yang aku ada sekarang ni.. terus dikekalkan sampai bila-bila.. dan semoga keluarga kami terus dimurahkan rezeki, diberi kesihatan dan dipanjangkan usia.

Tahun 2012 bakal muncul tidak lama lagi.. jadi apa azam baru korang untuk tahun baru ni ye?

Ulasan

  1. memang seronok bila azam kita dapat kita capai

    BalasPadam
  2. Tahniah! at keast tercapai jugak hajat...
    yang tak tercapai, tapi atas sebab yg lagi best lagi ok.. he he..

    BalasPadam
  3. @Sharinginfoz : tulah bro.. kekadang kita hanya berazam.. tapi semua tuhan yg tentukan..

    @Fazrol : Alhamdulillah rezeki paling bernilai dari maha esa.. syukur

    BalasPadam
  4. wah bestla en hamid 2 azam yang tercapai tu memang sgt perlu dalam hidup ni...sy pon nak capai azam beli rumah dan beli bini..eh kawen daa

    BalasPadam
  5. Antara azam tahun baru aku ialah nak beat income blogging adik aku si SHAKIDDO yang cecah rm2k dalam masa setahun je....huhuhu

    BalasPadam
  6. @ejam : tq2 semua rezeki dari Tuhan..

    @hazman : bab tu aku pon nak beat si Kid tu juga.. hehehe..

    BalasPadam
  7. Assalam..
    Syukur Alhamdulillah dan tahniah..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak