Selamat Ulang Tahun Perkahwinan Sayangku | Sekuntum Ros Merah Hadiah Dari Suamimu
Salam Sayang & Rindu Buat Isteriku,
Buat isteriku yang sedang berpantang sekarang ini.. abg ingin mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan ke-2 kita sayangku.. Semoga Mahligai yang kita bina 2 tahun yang lalu akan berkekalan sampai ke Syurga.. Insyaallah amin…
Maafkan abg kerana tahun ini tiada hadiah istimewa dari suamimu.. hanya sekuntum Ros Merah ini sebagai tanda cinta & kasih sayang abang terhadapmu.. Terimalah hadiah ini dengan senyuman.. andai kau rindukan diriku ini.. ciumlah Ros merah itu sayangku.
Kalau dulu kita hanya berdua.. tapi alhamdulillah atas kurniaan darinya kini kita telah bertiga.. semoga dengan kehadiran si comel Muhammad Harraz Fahim menguatkan lagi ikatan cinta yang kita bina selama ini.
Sebagai penutup kata yang tak berapa nak romantik ini.. terimalah dua rangkap pantun dari suamimu.
---------------
Anak itik mulailah terbang,
Ambilkan dedak berilah makan,
Janganlah sayang merasa bimbang,
Segala kehendak abang tunaikan.
---------------
Budak-budak membuang dedak,
Penuh setimba di celah batu,
Berdua tidak, bertiga pun tidak,
Kasih abang hanyalah satu.
…. Love U & Miss U Forever Sayangku…
tq sayangku..selamat ulangtahun perkahwinan kita yang ke-2 juga...love u forever syg...pandai abg berpantun ya,tak pernah pun pantun sblm ni,hehe...
BalasPadamSo sweet.. Semoga bahagia dunia akhirat tau...huhuhu
BalasPadam@malarang_kak : he2 dulu dkt sekolah sbg juara pantun saja taknak tunjuk bakat.. Simpan untuk anniversary ke 2 kita.. He2
BalasPadam@zyas : tq.. Amin
BalasPadamswitnye :) hepi anniversary :)
BalasPadamala seronoknya ada yang sayang.. ros merah tu tanda ingatan dan kasih sayang paling tulus...
BalasPadamso suweett jerr...hihi neway selamat ulangtahun perkahwinan yang kedua bersama2 baby harraz...semoga perkahwinan kamu berdua kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
BalasPadamHappy annivesary, moga kekal hingga akhir hayat, amin.
BalasPadamtahniah .....!
BalasPadam