Terima Kasih Semua Yang Hadir di Majlis Aqiqah Muhammad Harraz Fahim

 

Salam semua,

Seawal pagi saudara mara dah riuh diluar rumah.. rupanya semua dah dok pakat masak lauk untuk majlis aqiqah anakku… walhal pada masa tu aku masih lena dibuai mimpi-mimpi indah.. hehehe..

Sebenarnya aku keletihan menjaga baby comel kami semalaman yang agak liat sikit nak tidur.. so macam biasalah bergilir-gilirlah aku dengan cik malarang jaga si comel ni.

 Memasak lauk Aqiqah 1 Memasak lauk Aqiqah 2 Memasak lauk Aqiqah 3 Memasak lauk Aqiqah 4-1

Gambar di atas menunjukkan gelagat keluarga cik malarang yang sedang syok memasak.. selalunya family ni buat catering.. tapi untuk majlis ni.. kami buat kelainan sikit.. nak bagi saudara mara merasai suasana gotong royong… barulah ada kemesraan dan semangat tolong menolong.. betul tak?

Kalau tak buat macam ni.. semangat buat majlis tu macam kurang… hehehe.

Memasak lauk Aqiqah 5

Jam 11.30 semua menu utama telah siap dimasak… jom kita usha-usha apa menu utama kami masa majlis ni…

Menu Majlis Aqiqah 1

Beras Jati Super Spesial jadi pilihan… 30kg… kita orang guna hanya 20kg sahaja.. untuk jemputan tetamu 200 orang… tapi rasanya yang hadir lebih dari jangkaan.. Terima kasih semua atas kehadiran anda memeriahkan majlis aqiqah ini.

Menu Majlis Aqiqah 2

Salah satu menu utama… ayam masak apa entah.. nak kata rasa kari macam ye.. nak kata macam qurma ye juga.. entahlah.. tak sempat nak tanya tukang masak tadi.. korang rasa ayam masak apa ni ye? hehehe

Menu Majlis Aqiqah 3

Menu ke-2, Gulai ikan kering.. orang penang memang suka masak gulai ni.. selamat aku pon peminat gulai juga…

Menu Majlis Aqiqah 4

Menu utama iaitu kambing masak qurma yang dihasilkan oleh air tangan pak andak cik malarang.. memang terbaik.. bau hanyir kambing pon takda.. kalau korang nak tahu pak andak cik malarang ni.. memang ada kedai makan depan umah ni.. sebab tu bab-bab masak ni memang pakarlah.. terkenal dengan kari kepala ikannya..

Sesekali datang Penang.. jgn lupa pekena kari kepala ikan Sungai Rusa.. rumah belakang masjid.. hehehe.. (kasi promote tak berbayar punya)

Menu Majlis Aqiqah 5 Menu Majlis Aqiqah 6 Menu Majlis Aqiqah 7

Antara tetamu yang hadir ke majlis aqiqah ni.. kebanyakkan rakan-rakan & jiran-jiran ibu & bapa mertua aku.. kebetulan hari ni kenduri kawin pun banyak.. so dia orang datang ni bahagi2lah..

Selesai je membaca tahlil & doa selamat.. semua tetamu dijemput menjamu selera.. Majlis bermula dari jam 2.00 petang sampai 5.00 petang..

Kepada saudara-mara semua yang tidak kenal erti penat lelah sepanjang hari membantu menjayakan majlis ini.. kami sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih.. jika ada kekurang kami sekeluarga juga turut memohon maaf.

Buat ibu, ayah dan adik-adik ipar aku.. terima kasih juga.. tanpa anda semua tidak terdaya diri ini melaksanakannya seorang diri.

Buat rakan-rakan2 sekerja cik malarang yang datang dari jauh.. terima kasih kami ucapkan.. maaflah kalau layanan tak berapa sempurna..

Muhammad harraz Fahim

Dengan sempurnanya majlis ini.. semoga diharapkan keluarga kami terus diberi keberkatan.. kebahagian.. kesihatan dan keselamatan sepanjang masa.. insyaallah … amin..

“Terima kasih semua”

Ulasan

  1. alhamdulillah dah settle...
    Rindu aku nak balik penang nie... he he..

    BalasPadam
  2. alhamdulillah semuanya berjalan lancar

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah... nampak meriah jugak majlis aqiqah nie....kenduri kat penang mesti ada kari...memang sedap kan....

    BalasPadam
  4. bestnya gulai2..eh baby sebijik muka mamanya..comell..:)

    BalasPadam
  5. @fazrol : tulah alhamdulillah semua dh ok.. Kalau balik penang mailah pekena kari kepala.. He2

    @sharinginfoz : alhamdililah bro.

    @mknace : lama tak muncul baru balik bertapa ke.. He2

    @hazman : jemputan dlm 200 org jiran.. Org masjid & saudara mara.. Kari gulai wajib ada..hehe

    @prettywrite : gulai penang mmg terbaik.. Semua org kata muka bby ikut mama dia.. Hehe.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak