Cek Ke-2 Dari Exabytes

 

Salam semua,

Alhamdulillah rezeki untuk anak bini, exabytes ni memang tak pernah mungkir janji dengan aku.. ini kerana hujung tahun lepas aku ada join program pengiklanan dari mereka yang mana pihak exabytes ada menyewa ruangan iklan di blog ni selama 3 bulan.. korang mesti perasan banner dekat atas tu.

Ni merupakan kali ke-2 aku join program exabytes ni yang mana cek pertama dari exabytes sebelum ni pon aku dah terima tahun lepas.

Seperti yang dijanjikan payment untuk sewaan iklan tu dah ku terima pagi tadi.. sebenarnya aku dah lupa pasal payment ni.. aku ingatkan lambat lagi baru dapat.. sekali dapat sampul yang ada logo exabytes tu ada dah agak ni mesti sampul berisi rezeki ni.. hehehe.

exabytes - cek

Rasanya bukan aku sorang yang join program ni.. ada 200 blogger lagi yang lain.. so korang yang join sama ni dah dapat cek ke? kalau belum sabar ye.. mungkin cek tu dalam perjalanan kot.. almaklum jelah musim cuti ni.. jalan jem sikit.. hehehe.

* Siapa cakap buat blog tak boleh jana pendapatan.. kata orang sikit-sikit lama-lama jadi bukit.. yang penting dimana ada usaha disitu ada jalannya.

Ulasan

  1. aku baru je bank in cek tu semalam....rezeki kan

    BalasPadam
  2. @lin Azlina : wah lajunya dapat.. hehehe

    @Kid : hang punya cek ada yg lagi besar akan sampai.. hehehe

    @Hazman : betul2 rezeki bro..

    BalasPadam
  3. Earning dari Exabytes?? Baguslah tu, side income selain dari Nuff nuff, ini membakar semangat I untuk tingkatkan trafik pulak nih, heheh..^^|||

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak