Nasi Kandar Pulau Pinang di Kuala Lumpur


Salam semua,

Hujan-hujan ni pekena Nasi Kandar Pulau Pinang memang terbaik.. Sapa yang tak makan nasi kandar cepat angkat tangan.. rasanya kebanyakkan orang walaupun bukan orang penang pastinya gemar makan nasi kandar ni.. betul tak?

Dekat area KL ni ada satu kedai nasi kandar yang menjadi kegemaran aku.. nak tahu dekat mana jom tengok gambar dekat bawah ni..

Nasi Kandar Pulau Pinang 1

Ni dia kedai Nasi kandar yang aku maksudkan “MOHD YASEEN NASI KANDAR P. PINANG” ada yang pernah datang sini?

Nasi Kandar Pulau Pinang 2

Ambik kau, pelbagai lauk pauk yang korang boleh pilih.. makan sampai pengsan beb.. hahaha

Nasi Kandar Pulau Pinang 3

Jangan risau harga burged dah ada tulis dekat tepi tu.. kalau tambah lauk lain.. lain kira ye.. heheehe

Nasi Kandar Pulau Pinang 4

Korang nampak bakul tu.. dulu-dulu mak mertua aku cerita mamak penang ni kalau jual nasi kandar buakan dekat kedai tapi dia orang guna bakul yang ada nasi dalam tu.. dia orang pikul sekali dengan lauk.. tu yang panggil nasi kandar.. kedai ni walaupun dia orang tak pikul lagi nasi tu.. tapi tradisi letak nasik atas raga tu masil dikekalkan.. mungkin dia orang pikul nasi tu dari dapur kot.. hehehe

Nasi Kandar Pulau Pinang 5

Ni dia nasi kandar pilihan aku.. Nasi + Ayam Kicap + Telur dadar + Sayur = RM7.00, Mahal ke murah? bagi aku oklah kot kalau area KL ni.. makan sambil jilat jari beb.. hehehe.. oh lupa ye air kira lain.. so tengahari tadi aku ambil limau Ais.. so kena tambah lagi RM1.50.

Nasi Kandar Pulau Pinang 6

So kalau korang datang ke Kuala Lumpur dan teringin makan nasi kadar P. Pinang.. jangan sengan-segan singgah dekat alamat dekat bawah ni..

Mohd Yaseen Nasi Kadar Pulau Pinang
351 & 353 Jalan Tunku Abd. Rahman, 50100 Kuala Lumpur
Tel : 013-26948927

Sapa-sapa peminat nasi kandar kalau keluar dari kedai ni lepas makan.. mesti kata BEST!.. & TERBAIK!



Cari Hotel di Penang / Pulau Pinang di Sini

Ulasan

  1. Nasi kandar nei memang boleh jadi ketagih bro...tapi harga tu kira okey la...munasabah ...

    BalasPadam
  2. yang tang pikul tu laa diorang sebut kandaq...

    BalasPadam
  3. smp hati time org tak ada la mkn sedap2..huhu..

    BalasPadam
  4. @hazman : betul2 bro.. mcam ada dadah dalam tu boleh ketagih.. heheehe

    @sw33tdarling : betul2 orang penang mesti tahu .. heheehe

    @malarang : jgn sedih syg.. habis pantang kita balun kandar hari2 hehehe

    BalasPadam
  5. Makan kat sini mmg sedap pun che khalid Ceo tnb pun makan sini. Terliuq pulok!

    BalasPadam
  6. pehh..pegi penang ritu tak smpt lak nak pekena nasi kandar line clear..blasah nasi kenduri je..:-p

    BalasPadam
  7. @rose@shada: tmpt ni memang popular dgn org2 vip mkn.. Ari tu jumpa Datuk K. ..

    @metformin : memang terbaik pon.. He2

    @JMR : line clear mcm kotor sikit.. Kalau nk cari nasi kandar beratur.. Hehe.. Penang byk nasi kandar.. Semua sedap

    BalasPadam
  8. perghh sedap nasi kandar tue...harga dia kira standard laa utk kl.. ari tu sy makan nasi kandar insaf kat jalan TAR jugak, owh geleng2 kepala x caya dgn harga dia yg sangat2 mahal...

    BalasPadam
  9. haha, awat hang pi makan tak ajak aku? aku tau tempat ni tang mana

    BalasPadam
  10. @misz_eyza : insaf tu tak kurang popular juga.. pernah makan 2 ke 3 kali juga dekat situ.. tapi orang belanjalah.. sebab nak makan dekat situ harga boleh tahan.. tapi sedap.. heheehe

    @Matjoe : heheehe.... lupalah bro.. lagi pon dah lapar.. orang sekeliling tak perasan.. heheeh

    BalasPadam
  11. Aku kat kedai rasa cam mahal sikit... tapi next time try kat Kudu nasi Kandar... kat situ pun boleh tahan sedap gak..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak