Test Drive Jentera Volkswagen 2012 Memang Terbaiklah

 

Salam semua,

Hari Sabtu lepas 14hb sempat aku bersama-sama dengan blogger-blogger dari komuniti Nuffnang menguji kehebatan jentera dari Volkswagen ni.. Terima kasih Nuffnang atas jemputan Test Drive Volkswagen tu… Memang terbaiklah… tidak tergambar dek kata-kata ketika membawa jentera hebat ni..

Jom kita layan gambar sekitar sesi test drive bersama Volkswagen ni.

volkswagen blogger  register

Seawal jam 11.00 pagi blogger dah mula mendaftar untuk menguji kenderaan pilihan masing-masing.. macam biasa pastinya aku nak test drive jentera Volkswagen Golf ni.. Niat asal nak Test Golf GTi.. tapi model tu takda dalam senarai.. so aku pilih Golf sahaja.

volkswagen Golf

Harga diatas jalan RM156,000.00 – Golf 1.4 TSI

volkswagen Golf 1 volkswagen Golf 2volkswagen Golf 3

Tengok dari luar sampai ke engine dah tahu jentera ni memang takkan mengecewakan pengendalinya… dan terbukti setelah dipandu uji memang terbaik..

 volkswagen Golf 5 volkswagen Golf 6 volkswagen Golf 4

Sesuatu yang aku paling suka dengan model-model Volkswagen ni adalah penumpang tempat duduk belakang boleh menikmati penghawa dingin dari belakang.. so sentiasa dingin dalam kereta.

Ada banyak lagi model yang kita orang test drive, pada awalnya ingatkan setiap sorang boleh test drive satu kereta je.. tapi sebenarnya blogger boleh test drive lebih dari 1 model.. apa lagi lenjan jelahkan kereta-kereta power ni… hehehe … jom kita tengok model-model yang lain.

volkswagen Jetta 1

volkswagen Jetta 2

Yang ni adalah model volkswagen Jetta yang mana CC sama seperti Golf  iaitu 1.4 TSI hanya body lebih besar dengan dipanjang bahagian bonetnya.. pandangan aku kereta ni sangat sesuai untuk family car (Harga atas jalan lagi murah dari Golf iaitu RM150,758.00)

volkswagen Passat 1

volkswagen Passat 3

volkswagen Passat 2

volkswagen Passat 4

Model seterusnya adalah Volkswagen Passat model terkini dari Volkswagen.. yang ni bonet memang luas sangat.. rasanya orang sebesar aku boleh baring 2 orang dalam bonet tu..

(Volkswagen Passat harga atas jalan RM184,888.00)

volkswagen Polo 2

volkswagen Polo 1

Yang warna merah ni adalah model Polo, CC paling kecil dalam keluarga volkswagen yang mana  menggunakan engin 1.2 liter TSI Turbocharge… Aku dah test model ni.. memang kalau tekan padel minyak.. terus meluncur laju diatas jalan raya.. tak kira jalan landai atau berbukit terbukti memang power.. nilah yang dipanggil kecik-kecik cili padi.. hehehe

(Volkswagen Polo harga atas jalan RM109,593.00)

volkswagen Polo GTI 1

Model Volksagen Polo GTI yang menjadi tumpuan pada sesi uji pandu tu.. ni antara model terpantas masa tu.. sebab model ni nampak sporty sikit dengan gaya 3 pintu sahaja.. so jiwa-jiwa dendang remaja tu.. sesuai sangat pakai model ni.. Dengar  khabar blogger mamat ni nak hadiahkan isterinya dengan Polo GTi ni.. untung nasib badan.. hehehe

Menggunakan engin 1.4 TSI twincharged.. lagi power dari Turbocharge …

 

volkswagen Polo GTI 2

Pandangan dari belakang.. kereta ni macam goreng pisang panas.. tak sempat rehat ada je yang mengetestnya.. lagi-lagi minah ni… hahaha

volkswagen Polo GTI 3

Ruangan dalam juga tak kurang hebatnya memang ala-ala kereta lumba lah beb..

volkswagen Polo GTI 4

Ruangan bonet yang sederhana besar.. kalau orang bujang oklah sesuai pakai kereta ni.. dan untuk makluman korang model Volkswagen Polo GTi ni ada 2 jenis iaitu 3 pintu (harga atas jalan RM133,608.00) dan model 5 pintu (harga atas jalan RM136,608.00)

Sebelum balik mamat ni bisik dekat telinga aku katanya macam dia nak tempah hujung bulan ni.. senang nak suruh wife dia gi mengajar katanya.. hehehe

So macam mana dah berkenan atau terpikat dengan model-model volkswagen ni.. apa lagi gilah hantar wang pendahuluan dekat cawangan-cawangan yang berdekatan ye.. hehehe.. untuk sebarang maklumat lanjut layari sahaja website Volkswagen Malaysia.

Oklah sebagai penutup terima kasih diucapkan kepada pihak Nuffnang & Volkswagen atas kesudian menjemput kami semua untuk sesi pandu uji bersama blogger-blogger ni..

Apa pon Volkswagen memang TERBAIK!

Ulasan

  1. Red Polo tu memang cun..
    geram jer tengok..
    sabor ajelah belum mampu..huhuh

    BalasPadam
  2. @Prettywrite : red Polo tu saya bawa memang terbaik.. suspension kalau langgar bonggol memang tak rasa.. sistem brek semua bagus..

    BalasPadam
  3. Kereta Nice dan kelihatan terlalu baik ..!

    BalasPadam
  4. I'm confused about test driving,how will i test drive,simply walk to the showroom and ask them to give the vehicle for test,for that whether i have to submit amount for that and did they ask any eligibility for that,in bmw sites and all they asked about the previous car and all,so only according the position or salary or status they give the vehicle???????????????????

    BalasPadam
  5. leh angkt buat 2nd car bro..:-)

    BalasPadam
  6. Hye...singgah membaca..
    Aritu pun pergi gak..tapi segan nak tegur...
    Hye

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak