Hasil Tangkapan di Motherhood Expo 2012 KLCC

 

Salam semua,

Semalam sempat aku menunaikan hasrat cik malarang untuk berkunjung ke Motherhood Expo 2012 di KLCC.. seawal jam 10.00 pagi kita orang bertiga dah sampai dekat tempat parking KLCC.. Alhamdulillah syukur dapat parking pulak betul2 depan lif, memang masa tu tak ramai lagi orang.. so tempat parking takda masalah..

Motherhood

Masuk lif terus tekan untuk ke ruangan expo di level G… keluar-keluar je dari lif.. mak ai punya ramai orang dah sampai rupanya.. semua tunggu depan pintu masuk je.. ada juga yang tengah beratur untuk register seterusnya dapatkan goodies dari pihak penaja expo.

Motherhood 1

Tepat Jam 10.30 pintu mula dibuka.. macam biasalah.. semua serbu macam anak ayam nak makan jagung.. hehehe.. termasuklah aku.. aku masuk dulu sebab nak bagi Harraz minum susu.. cik malarang beratur untuk dapatkan goodies.. walaupun kali ni penaja tak ramai.. dapat jugalah goodies kalau tak silap ubat nyamuk kot.. hehehe

Motherhood 2

Jom layan dulu gambar-gambar sepanjang aku dekat expo semalam..

Motherhood 3

Korang nampak tak gerai “Whoopee” tu.. tu gerai jual pampers yang aku rasa paling murah.. RM20 sahaja untuk semua jenis saiz… yang ni pun aku ambil satu paket juga untuk test… kalau Harraz serasi.. next expo boleh beli lagi..

 Motherhood 4

Car seat dari jenama Graco.. memang terbaik.. tapi harga pun terbaik juga.. hehehe

Motherhood 5

Cik malarang tengah pilih toys untuk Harraz..

Motherhood 6

Cantik tak.. kebetulan aku dah minat dengan mainan ni.. tapi tinggal satu dan ada orang dah book.. so melepas aku nak belikan untuk Harraz.. huhu

Motherhood 7

ni pulak baju untuk baby.. borong-borong jangan tak borong

Motherhood 8

Ni pulak gerai lampin yang boleh cuci tu atau orang panggil CD (cloth diapers) ada orang kata jimat pakai ni..

Motherhood 9 Motherhood 11

Beli pampers saiz M dapat percuma satu T-shirt…

Motherhood 10

Niat utama datang ke expo ni adalah nak cari pampers.. sekali terpandang gerai Drypers ni.. dan tengok harga memang murah gila.. terus tak fikir panjang.. borong terus.. Si comel ni dah start pakai saiz “M” so kami borong saiz M je… harga RM33 untuk 84 keping.. sebelum ni kami tengok di pasaraya ada yang jual RM43 untuk 84 keping ni.. so dah jimat RM10.

Motherhood 12 

Car seat dari jenama Ferrari… yang ni je aku tak beli lagi.. ada yang sponsor ke? hehehe

Motherhood 14

Gerai Philips Avent.. dipenuhi pengunjung untuk membeli barangan seperti botol susu, pump susu dan macam-macam lagi

Motherhood 15 Motherhood 13

 Motherhood 16

Sempat meluangkan masa di gerai Nestle.. bagi mendengar penerangan makanan pertama baby setelah berusia 6 bulan.

Motherhood 17

Tikar baby ni selalu ada dijual diexpo pameran barangan baby ni.. cuma tak mampu nak beli lagi sebab harga lebih kurang RM3xx mengikut saiz

Motherhood 20

Jom shopping di gerai Pureen pulak..

 Motherhood 19

Motherhood 18

Kebetulan tisu basah ni pun murah.. kami borong juga... untuk simpanan si Harraz ni..

Motherhood 21

Nilah hasil tangkapan kami bertiga sepanjang 3 jam dalam expo tu..hehehe.. rasa-rasanya berapa banyak kami beli pampers?

So kalau korang ada kelapangan masa.. hari ini tinggal sehari lagi expo tu berlangsung untuk korang shopping barang-barang baby ni.. expo akan ditutup hari ni pada jam 9.00 malam.

Selamat bershopping semua…

Ulasan

  1. sronok plak aku nengok barg2 baby nih..hahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyallah satu hari boleh datang juga bro.. :-)

      Padam
  2. ekeke kiranya masih mensurvey yer pampers yg sesuai utk baby harraz... =)

    BalasPadam
  3. pernah datang sini masa ada pc fair, tapi untuk motherhood ni.. mungkinl 3-4 tahun lagi..haha

    BalasPadam
  4. Amboi.. Dahsyat borong.. Aku cuma berapa barang je.. Bini aku memilih sgt untuk baby dalam perut...
    tapi Adam puas.. Dapat mainan yg diidamkan.. He he...

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasalah tu bro kalau org pompuan shopping..hehe

      Padam
  5. tu diaaaa.. bab borong ni, sila bawak bini anda sekalian.. hehheee

    BalasPadam
  6. sy selalu x berpeluang nak pegi expo ni.. huhu

    BalasPadam
  7. 3 jam jer?? mana cukup... selalu shopping 5 jam..tp kene pergi paling awal la.. suapay balik dlm kul 2 ptg..hahahaah


    Sumijelly.com

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak