Khalifah Ganti Superman Kini Menjadi Milikku

 

Salam semua,

Mula-mula masa sampai satu bungkusan dekat atas meja aku tadi pagi, aku rasa pelik juga.. bila masanya aku ada order atau beli barang secara online ni.. lepas tu aku periksalah dia punya stem tu.. tengok cop pejabat pos dari Shah Alam.. aduh bertambah confius aku sebab aku memang takda order apa-apa barang sebenarnya.

Khalifah Ganti Superman 2

Nilah dia bungkusan yang baru aku terima tadi.. kemas di bungkus.. sekali aku ingat-ingat balik oooo baru aku ingat nilah hadiah cenderahati dari Denaihati bagi peserta yang join contest Gadget idaman beberapa bulan lalu… Patutlah dia ada minta alamat hari tu.. rupanya dia nak pos barang rupanya..

Dan sekali aku buka.. nilah hadiahnya.. BUKU bertajuk “Khalifah GANTI Superman” yang ditulis oleh Muhammad Ali Hashim.. Buku setebal 409 muka surat ni pastinya banyak ilmu yang tersirat didalamnya.. dan insyaallah aku dah berazam nak habiskan baca buku ni nanti bila ada masa terluang.. walaupun aku sebenarnya jenis yang kurang membaca.. tapi kali ni perasaan ingin tahu apa yang ditulis oleh Usahawan hebat ni membuatkan aku nekat untuk membacanya.

Khalifah Ganti Superman

Sedikit info tentang penulis buku ini:-

Tan Sri Muhammad Ali Hashim merupakan bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp) dan telah menjadi CEO selama lebih 28 tahun (semenjak 1 Januari 1982).

Dalam tempoh tersebut, hasil usaha gigih barisan Intrapreneur JCorp (atau Usahawan Amanah JCorp) telah memangkinkan Kumpulan JCorp berkembang sebagai salah sebuah badan korporat utama di Malaysia yang menerajui pasaran dalam beberapa bisnes strategik

Maklumat lanjut boleh dibaca di “MENGENAI TAN SRI MUHAMMAD ALI HASHIM

 

Terima kasih kepada Denaihati yang baik hati hadiahkan buku yang penuh dengan ilmiah ni.. Semoga Allah membalas jasa baik anda.

Nota : Insyaallah selepas aku baca buku ni aku akan cuba kongsikan ilmu yang ada didalamnya.

Ulasan

  1. Balasan
    1. insyallah lepas ni kena rajin bro.. supaya anak2 nanti pun rajin juga.. hehehe

      Padam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak