Pilih Pampers Terbaik Untuk Si Comel Anda
Salam semua,
Hujung minggu lepas sempat aku singgah dekat Carrefor di Mid Valley semasa aku gi Pameran IT tu.. kebetulan masa tu cik malarang nak survey harga pampers mana yang murah untuk si Harraz ni.
Rasanya lepas ni Harraz dah tak boleh pakai saiz “S” sebab bila aku pakaikan macam dah ketat je.. so kena servey harga berpatutan untuk saiz “M” pulak..
Masuk-masuk je dah jumpa satu longgok pampers dari Jenama BabyLove
Jurujual sempat buat demo kelebihan jenama BabyLove dengan jenama X… masa dia tuang air dekat pampers tu jenama X dan bocor dah.. tapi jenama BabyLove cepat meresap.. tulah kelebihan BabyLove katanya.. mula-mula macam kami dah tertarik.. tapi aku cakap dengan wife Kita servey jenama lain-lain dulu.
Sekali toleh dekat belakang nampak pulak jenama Huggies ni yang macam Si Sumijelly cerita pasal kebaikkan Huggies tu.
Sekali tengok harga dia.. alamak boleh tahan juga murahnya… hehehe.. aku cakap lagi dengan cik malarang.. tengok jenama lain lagi ye.. hehehe
Macam biasa aku pusing-pusing lagi cari mana pampers yang murah lagi.. tup-tup terjumpa pulak MamyPoko.. dengan cerita ramai juga yang pakai dari jenama ni.. katanya selesai dipakai untuk waktu malam.. entahlah tak pernah cuba lagi jenama ni.
Bersebelahan dengan MamyPoko kelihatan kelibat PetPet pulak… boleh tahan juga murahnya untuk Saiz “M”… hehehe
Sampailah kami di satu sudut rak yang penuh dengan pampers pelbagai jenama.. antaranya jenama Pureen yang sebelum ni memang pernah dipakai oleh Harraz masa baru-baru lahir.
Tapi sekarang aku pakaikan Harraz ni dari jenama Drypers untuk saiz “S”
Ni apa hal pulak ni anak beranak ni.. kalau korang nak tahu ni aku baru je lepas bagi si comel ni susu.. so setiap kali lepas menyusu baby kena di “burgggkan” (bahasa lain kasi baby sendawa).. kasi tepuk-tepuk secara perlahan dekat belakang baby tu… kalau tak buat macam tu takut baby nanti tersedak susu.
Dan akhirnya dari banyak-banyak jenama yang kami servey tadi.. ni je yang kami beli untuk testimoni.. MamyPoko Saiz “M” dan Drypers Saiz “M”.. nak uji jenama mana yang serasi dengan si comel kami ni.. jenama lain takda packing saiz kecil macam ni.. kalau ada dah confirm kita orang beli juga.. hehehe
Bukan apa.. kalau tersilap pilih pakai jenama pampers untuk baby ni.. akan timbul masalah ruam pada punggung baby nanti.. jadinya beli sikit dulu untuk percubaan.. andai kata kedua-duanya nanti ok.. barulah kita orang buat pilihan nak beli yang mana satu.
Pada pandangan korang yang dah ada pengalaman ni.. Jenama apa yang korang pakaikan untuk si comel korang.. samada pada waktu siang atau waktu malam?
wah,ambik yg pack kecik dulu utk testimoni kan
BalasPadam@Rozuan : nak test dulu takut terbeli banyak tapi tak serasi masak aku pulak yg kena pakai nanti... hehehe
BalasPadamAs salam... Baby sy guna Huggies Ultra memang bgs lebih2 lg kalo baby yg kulitnya sensitif..
BalasPadamSalam, perasan tak gambar cik malarang asik pakai baju biru je..yek
BalasPadamtak nak cuba pakai cloth diapers (cd) ke? untuk anak ke-2 ni saya buat pelaburan sikit untuk beli cd & terbukti mmg menjimatkan.
BalasPadamduit beli susu dah jimat sebab bagi susu badan & duit beli pampers pun jimat juga sebab pakai cd. setiap bulan tak perlu fikir nak beli susu & pampers dah :)
kalau berminat, boleh tgk entri Cloth Diapers Yang Berwarna Warni. boleh beli secara online dari blog ni :
http://www.mumsluvbaby.com/
@NiN@Mie : tulah ramai juga yg kata HUggies ni bagus.. tq boleh cuba nanti.
BalasPadam@Anon : hehehe.. kalau nak tahu cik malarang memang suka pakai baju biru.. hehehe
@Ciklaili : insyaallah nanti saya cadangkan dengan wife.. sat lagi saya terjah web tu..
ala.menci arr.. penat aku promote HUGGIESSSSSS.... hahahaha
BalasPadamtak per.. yang penting keselesaan anak....
tp dulu masa 2004 rajin pakai lapmin PUREEN yg hijau tu...hahaha
Sumijelly.com
cd tu boleh pakai sejak lahir. ada jenis button & velcro. pilihan di tgn ibu bapa. hehe!
BalasPadamsusu ibu vs susu tepung
cd vs. pampers
;)
@sumijelly : saya promote semua sekali.. hehehe.. dapat huggies free ok gak.. hehehe
BalasPadam@Ciklaili : ooo yeke.. tq2..
Aku dulu kini selamanya..
BalasPadamDengan Pet Pet... Yang tue je boleh masuk dengan kulit anak aku..
ilham pakai semua jenis huggies dah!! pet2 pun okay gak.. =)
BalasPadamKalau daddy yg nk bsh cd tu mama ok je,hehe....
BalasPadam@Fazrol : ni dah boleh jadi duta Pet Pet ni.. hehehe
BalasPadam@Kid : ni jenis pakai apa pon takda masalah ni.. bagus juga semua pampers leh pakai
@malarang_kak : no problem.. hehehe
skang ni baby danish pakai huggies merah (seperti gambar diatas) kalau nak jimat skit, pkai huggies biru tapi nipis r skit.
BalasPadamnak kongsi ilmu ttg cd dari Puan Suraya, dia tokeh cd jenama lunatots. kalau beli majalah pa&ma selalu juga muka dia keluar di majalah tu lebih2 lagi ttg penggunaan cd.
BalasPadamLunatots Cloth Diapers
salam, harga trial pack yang dibeli tu berapa RM ye? trial pack berapa pcs dalam tu ye?
BalasPadamSalam..saya guna mamy poko utk kuar jln2 dan waktu mlm sbb kualiti mmg bgs..dan huggies utk hari2 biasa dan siang..x sanggup nak guna mamy poko je..my hubby kata mummy pokai..haha.my baby kulit sensitif sejak lahir..kena pilih pampers, mandian, losyen semua beli kat farmasi..pokai2
BalasPadam