Masuk Hari Ke-100, Merdeka!

 

Salam semua,

Masa begitu pantas berlalu.. macam baru je semalam aku sambut kelahiran anak sulung aku “Muhammad Harraz Fahim” di KPJ Damansara, tau-tau tengok kalender yang aku pangkah tu dah cukup 100 hari anak comel aku hari ni.

Patutlah dua tiga hari ni manja sangat rupanya dah besar ye.. balik dari rumah pengasuh je mesti tak nak kena letak.. paling-paling kena dodoi-dodoi & riba dulu dalam 15 minit baru boleh letak dekat tilam dia.. kalau tak mau menangis macam kena cubit gayanya.. :-) 

Harraz 100 Hari

Tapi bila dia senyum, semua orang geram dekat pipi tu.. termasuklah mama & daddy dia.. macam nak gigit-gigit je.. hehehe

Harraz breastfeeding

Hari ni juga merupakan hari ke-100 si comel ni minum susu dari mamanya 100 peratus tanpa dicampur dengan susu formula.. dan mungkin dari sebab tu jugalah dah 3 kali kena cucuk dekat klinik alhamdulillah tak demam.. mungkin tu salah satu kebaikkan susu ibu ni.

Semalam petang masa ontheway balik keje.. mama dia cakap “semoga mama berjaya bagi full Breast Feeding untuk si Harraz ni selama 6 bulan” Alhamdulillah buat masa ni susu yang dibekalkan masih memenuhi permintaan si comel ni disamping ada yang disimpan sebagai stok untuk akan datang.

Mandela BrestPump

Pengorbanan seorang ibu memang tak boleh dilupakan.. bila aku tengok kekadang cik malarang pump susu tu kesian aku tengok.. mana tidaknya nak pump susu ni kena ada disiplin dan kena ikut masa yang dah ditetapkan supaya susu dapat diproses semula selepas dipump.

Kalau dekat opis pun dia pump juga dalam waktu rehat & sebelum balik.. bila dekat rumah sebelum tidur dah pump dan kekadang jam 3.00 pagi bangun untuk pump lagi.. sungguh mulia pengorbanan seorang ibu ni.. semoga isteriku terus diberi kesihatan berpanjangan… amin.

Sebab itu apa sahaja keperluan yang cik malarang minta untuk membolehkan stok susu disimpan pastinya akan aku tunaikan bagi menjayakan penyusuan susu ibu 100 peratus.

Dibawah ni aku nak kongsikan sedikit info tentang Kebaikan Susu Ibu untuk perkongsian ibu-ibu yang bakal melahirkan cahaya mata nanti.


Untuk bayi :
• Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda.
  - Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
  - Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar
• Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda.
  - Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan
    radang paru-paru.
• Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi
• Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak.
  - Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
• Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
• Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia Tidak susah
  untuk disediakan.
• Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
• Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan
  meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.


Untuk ibu, penyusuan susu ibu :
• membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan
  cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
• membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
• mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
• menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya

Lain - lain kebaikan :
• Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
• Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.

 

Nota : Hari 100 juga merupakan hari tamat berpantang untung cik malarang.. ;-)

Ulasan

  1. dah abis berpose lah ko mid...hehehe

    BalasPadam
  2. wah,dah besar harraz ye comel.susu ibu memang terbaik!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. :-) memang dah makin berat sekarang ni.. naik dukung pun dah terasa beratnya.. hehehe

      Padam
  3. harraz makin ensem..dh besar1:-)

    BalasPadam
  4. Kejapnye 100hari ye, pejam celik pejam celik je. :))

    BalasPadam
  5. 100 hari ditempuh dengan penuh bermakna....keh3x...cayalah bro...

    BalasPadam
  6. http://wanwidget.com
    wahhh, tahniah

    BalasPadam
  7. sha dulu masa baby dah masuk bln ke 3, kena campur dgn susu formula sbb tak byk susu bdn. tapi baby memang tak mau susu formula. diluahnya balik susu tu, masa mula2 minum susu s26 then tukar ke anmum till now. pendek kata susu bdn ada till baby masuk 6 bln je.......

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak