Pelajar Cemerlang SPM 2011 | Tahniah

 

Salam semua,

Rasa-rasanya dah ramai pelajar yang dah ambil keputusan SPM 2011 tadi.. sempat juga aku call adik aku yang dekat kampung tadi.. tanya macam mana keputusan SPM beliau..

Tapi dengan nada sedih adik aku sorang lagi cakap keputusan SPM adik aku kali ini tak seperti yang dia harapkan.. mungkin dia ada target beberapa A+ tapi sasaran beliau tidak tercapai.. dan buat masa ni beliau sedikit kecewa dan tengah bersedih..(tunggu reda sikit baru aku call dia nanti… orang tengah sedih ni tak boleh kita cakap banyak2.. nanti makin tekanan.. huhu)

Apa pun tahniah kepada adik aku yang dah ambil keputusan tu.. Abg doakan semoga lepas ni boleh dapat tawaran sambung belajar di Matrikulasi atau di mana-mana Universiti di Malaysia ni.

P/S buat Adikku, jangan terlalu sedih “Donut”.. mungkin kali ni takda rezeki.. insyaallah nanti buat yang terbaik di Universiti… Amin

pelajar cemerlang spm 2011 a

Petikan berita berkaitan keputusan SPM 2011

PUTRAJAYA, 21 Mac (Bernama) -- Seramai 559 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2011 memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 403 pada tahun 2010.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abd Ghafar Mahmud berkata daripada jumlah itu, seramai 506 adalah calon sekolah menengah kebangsaan manakala 53 lagi calon dari sekolah selain sekolah menengah kebangsaan berbanding masing-masing 363 dan 40 calon pada tahun 2010.
"Pencapaian keseluruhan calon SPM 2011 bertambah baik dengan Gred Purata Nasional (GPN) 5.04, berbanding 5.19 pada tahun 2010," katanya pada majlis pengumuman analisis keputusan peperiksaan SPM di sini hari ini.

Beliau berkata seramai 468,808 calon menduduki peperiksaan itu tahun lepas.

-- BERNAMA

Persoalan : Rasa-rasanya SIAPAKAH Pelajar Cemerlang SPM untuk tahun 2011 ye?

Ulasan

  1. sepupu i pun baru dapat result.. alhamdulillah.. 9A

    BalasPadam
  2. salam...


    kita dulu pun seminggu jugak menangis bila sasaran tak tercapai....tp bila fikir balik....betul kata DTK fadilah kamsah, straight A bukan bermakna orang itu bagus dalam semua benda ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul2.. yang penting kena fokus untuk masa hadapan.. gagal sekali tak bermakna gagal untuk selamanyakan

      Padam
  3. Usah bersedih.. Panjang lagi perjalanan di depan kan.

    BalasPadam
  4. in case tercicir utk masuk UPU, masuk politechnic / masuk form 6 ambil stpm. if dia minat jd guru masuk maktab. mana2 institusi pun bagus. all the best utk adik u

    BalasPadam
  5. alaaaa... SPM je pun.. aku dulu, dah mauk IPT, belajar lain, koje lain.. keep it up je!! steady yeaa...
    -BERNAMA-

    BalasPadam
    Balasan
    1. ckp sng laa.. time exam jerr sume ulat bku.. ble dpt result mantain jerrr.. fedup !!!!

      Padam
  6. sampaikan salam tahniah kepada adik kamu tu..tak dapat score semua A tak semestinya tiada masa depan.

    BalasPadam
  7. THUN NY SYE SPM,URM TKOTYE....KLU OTK,OTK SMART LEY R..HURM,DOAKN WAWA YE.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak