Syukur Dengan Apa Yang Ada Sekarang
Salam semua,
Alhamdulillah syukur kepada Yang Maha Esa kerana masih diberi kekuatan dan kesihatan untuk mencari rezeki dibumi pinjamannya ini. Tarikh 15hb Mac 2007 pasti akan tersemat didalam jiwa tak kala seorang anak muda ketika itu mula melangkahkan kaki masuk ke pejabat baru setelah hampir 3 bulan menganggurkan diri.
Memulakan langkah baru demi menyara diri sendiri dan keluarga serta adik beradik dikampung yang ketika itu semuanya masih bersekolah.
Bermula dari situlah anak muda ini mengenali erti dunia sebenar yang penuh dengan cabaran dan dugaan.. Pada ketika itu menyewa bilik bersama rakan sekerja yang pada masa yang sama berkongsi rumah dengan pasangan yang lain (lain jantina).
Alhamdulillah sekarang setelah 5 tahun semuanya telah berubah dan syukur dengan rezeki dan kurniaan yang telah diberikan.. Kini anak muda ini telah memiliki seorang isteri yang sangat cantik & penyayang serta telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang sangat comel yang kini tinggal diteratak idaman sendiri.
Semoga anak muda ini akan terus diberi kesihatan berpanjangan bagi menyara keluarga yang tercinta.
Selamat Ulang Tahun Pekerjaan Yang ke-5 (Ucapan buat diri sendiri)
Nota : Bukan Gaji yang besar ku cari tapi keselesaan dan keserasian kerja dengan jiwa ini.. bukan mudah untuk kekal lama bekerja disuatu tempat itu.. Semoga terus tabah menghadapi cabaran dan dugaan yang akan datang nanti.. Esok & lusa kita tidak tahu apa yang akan berlaku..
selamat ulangtahun kerja!!!
BalasPadammoga bertmbah rezki dan maju dalam kerjaya..
saye setahun pon tak lagi..hihi
tq2... semoga anda juga bertambah murah rezekinya amin
Padamsemoga anak muda ini terus berkerja dengan telus dan dimurahkan rezeki melimpah ruah.. amin..
BalasPadamtq2... semoga anak muda ini terus muda.. hehehe
Padam5 tahun mcm lame bile dah hadapinye baru rase kejapnye kan..:))
BalasPadambetul2 tu.. sebelum ni tempat kerja lama 6 tahun.. sekarang baru 5 tahun.. tapi masa begitu pantas berlalu
Padamsemuga berbahagia sehingga ke hujung nyawa bersama isteri dan anak tercinta
BalasPadaminsyaallah terima kasih Kak Ina..
Padamwhoaaa.... sungguh BERMOTIVASI TINGGI la bro....ada gak terselit BUTTON NUFFNANG yekkk
BalasPadam