Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2012

Panduan Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan Melalui KWSP

Imej
  Salam semua, Alhamdulillah syukur dalam diam-diam dah genap setahun rumah yang aku beli dan duduk sekarang ni.. disebabkan dah cukup setahun pihak bank ada hantar SMS dekat cik malarang menyatakan yang rumah yang kami beli tu dah layak kami bayar guna kaedah ansuran bulanan melalui KWSP . So bila aku dapat berita ni.. aku cakaplah dengan cik malarang yang bagus juga kita buat kaedah ni.. sekurang-kurangnya dapat kita kurangkan komitmen bulanan kita.. :-).. lagi pun duit dalam akaun 2 aku tu cukup untuk tempoh bayaran jangka tertentu. Jadi langkah pertama yang aku buat adalah aku minta cik malarang contact pihak Bank yang keluarkan pinjaman dulu untuk buatkan satu penyata akaun bank seperti format yang diminta oleh pihak KWSP. Adalah dalam masa seminggu aku tunggu untuk statement tu disiapkan.. jadi bila statement dah siap bank pun calllah suruh gi ambil statement tu dengan kadar bayaran RM20 yang akan dikreditkan dalam akaun pinjaman. Dapat je statement tu terus aku

Rezeki Anak Emas Pulau Pinang Yang Dilahirkan Tahun 2011

Imej
  Salam semua, Walaupun Harraz dilahirkan di kawasan Negeri Selangor si comel aku ni tetap bertuah sebab terpilih menyertai Program Anak Emas Pulau Pinang ..  Sebenarnya program ni bermula pada tahun 2011.. aku tahu pun lepas mak mertua aku gi tahu lepas Harraz dilahirkan tahun lepas.. Kalau tak silap aku masa mula-mula Ketua Menteri Pulau Pinang umumkan dia kata seorang baby dapat RM100.. tapi pada Disember tahun lepas beliau telah menaikkan dari RM100 ke RM200.. hehehe.. Alhamdulillah Rezeki jangan ditolak.. ( Jangan ada yang politikkan pemberian ni sudahlahkan ..) Jadi untuk menjadi Anak Emas Pulau Pinang ni masa tu kalau tak silap aku kena daftar dulu.. so kalau terpilih dan menepati syarat-syarat yang ditetapkan maka bayi yang dilahirkan pada tahun 2011 layak untuk mendapat saguhati wang Tunai dari Kerajaan Pulau Pinang. Antara syaratnya adalah salah seorang ibubapa merupakan pengundi Pulau Pinang . Program Anak Emas Pulau Pinang mensyaratkan pengesahan bahawa pendapat

LG Cinema 3D SMART TV Kenapa Perlu Di Miliki

Imej
  Salam semua, Semua sedia maklum yang baru-baru ini LG New Cinema 3D SMART TV telah dilancarkan dengan pelbagai model dan ciri-ciri menarik.. Sebelum tu apa sebenarnya SMART TV ni? Secara ringkasnya SMART TV adalah  TV pintar yang bukan sekadar mempunyai saluran rancangan tetapi ianya boleh dihubungkan terus dengan talian internet menggunakan aplikasi WiFi yang menjadikan TV anda seperti sebuah telefon pintar.. di penuhi dengan icon-icon aplikasi seperti Youtube, Twitter, Facebook dan macam-macam lagi. Untuk Model terbaru LG Cinema 3D Smart TV terdapat beberapa model terkini telah dilancarkan seperti LG LED TV LM9600 , LG LED TV LM7600 & LG LED TV LM6700 . Disini aku akan terangkan sedikit kelebihan dan ciri-ciri menarik yang ada pada salah satu model diatas.. Apa ciri-ciri menarik yang ada pada LG LED TV LM6700     CINEMA Screen Design Ianya direka dengan saiz skrin yang luas tanpa bingkai dimana seperti seolah-olah anda sedang menonton di

Sizzling Yee Mee Panas-Panas Di Tesco Sungai Petani

Imej
  Salam hujung minggu semua, Minggu cuti sekolah dah bermula & patinya ramai ibu bapa telah merancang perjalanan untuk pergi bercutikan? macam aku hanya balik bercuti ke kampung mertua je di Balik Pulau Penang selama 2 hari.. Bila dah balik kampung ni.. rasanya tak lengkap kalau tak gi ronda-ronda bawa family mertuakan.. so semalam kami sekeluarga gi ronda-ronda ke Tecso Sungai Petani .. kebetulan maa sampai tu masing-masing perut dah menyanyi so kenalah cari food court untuk mengisi perutkan.. Sampai-sampai je terus cari food court.. aku pulak kalau dah jumpa food court kedai yang aku cari mesti yang jual makanan sizzling je.. sebab yang tu je leh masuk dalam perut aku.. hehehe Tidak mengecewakan sebab ada juga kedai sizzling dekat food court ni… jom kita start masak.. tu dia…. panas.. panas.. berasap lagi… tengah-tengah taip entri ni aku dah start lapar semula.. hehehe jeng..jeng.. akhirnya Sizzling Yee Mee Telur aku dah siap.. ready to eat…. nyummmm nyum

Selamat Sampai Di Balik Pulau Penang Serta Kemalangan Bus Masuk Gaung

Imej
Salam pagi semua, Alhamdulillah dah selamat sampai di kg. mertua Balik Pulau, Penang... Walaupun dalam perjalanan pulang tadi di kejutkan dengan berita kemalangan maut melibatkan sebuah bus masuk ke dalam gaung dijalan berbukit menuju ke Balik Pulau. Dari sumber yang diperolehi tadi.. Kemalangan bus tadi membawa seramai 44 penumpang rombongan jemaah tabliq dari Myanmar untuk ke satu program di Balik Pulau. Seorang jemaah telah meningal dunia dan 43 lagi cedera... Semasa aku melalui kawasan kemalangan sekitar jam 1.45 pagi tadi.. Bus yang terlibat dengan kemalangan masih berada dikawasan itu dlm keadaan terbalik dan tersangkut di pokok.. Manakala mangsa semua telah tiada disitu.. Di kawasan Hospital balik pulau masih dipenuhi oleh orang ramai yang menunggu mangsa kejadian.. Daripada apa yang wife aku cakap tadi.. Kawasan tu memang kerap berlaku kemalangan kerana kawasannya berselekoh tajam semasa menuruni bukit. Gambar kemalangan bus... korang boleh rujuk disini... K

Sekitar Majlis Pelancaran Samsung Galaxy SIII | Spesifikasi Samsung Galaxy SIII

Imej
  Salam semua, Dalam kesibukkan mengejar masa untuk balik ke rumah tadi sempat juga menjengukkan diri di Majlis pelancaran Samsung Galaxy SIII di One World Hotel, Bandar Utama. Majlis pelancaran ini hanya dihadiri oleh pihak media dan blogger yang mana semua media & blogger dapat menyentuh sendiri Samsung Galaxy SIII ni. Boleh dikatakan ramai juga blogger-blogger teknologi ni menghadirkan diri.. antaranya blogger amanz … sorrylah ye kalau tak tegur tadi sebab aku ni malu-malu kucing.. apa pun dekat sinilah tadi aku first time berjumpa dengan blogger Ariffshah setelah diperkenalkan oleh bro Jejai . Rasanya aku penat nak berceritalah.. apa kata korang layan je gambar-gambar dekat bawah ni ye.. hehehe.. tengok gambar lagi mata segar sikitkan. Sekitar majlis pendaftaran para media & blogger Samsung Galaxy SIII dilancarkan dan dipamerkan kepada semua media yang hadir ( video pelancaran akan menyusul kemudian ) Sentuhan pertama Samsung Galaxy SIII diatas