Bercuti Di Cameron Highlands | Rumah Penginapan TNB – Part 3
Salam semua, Kali ini aku nak sambung lagi celoteh percutian di Cameron Highlands yang mana aku nak sembang pasal rumah penginapan kami. Celoteh Part 1 & Celoteh Part 2 Kos untuk penginapan 2 hari 1 malam ni kami dah save ekoran telah ditaja oleh Cik Malarang .. kebetulan company tempat cik malarang koje tu ada rumah penginapan di Tanah Rata.. so rumah tulah yang menjadi penginapan kami sekeluarga. Kos untuk penginapan sehari di rumah penginapan tersebut adalah RM5 sahaja .. rasanya belum ada rumah penginapan yang semurah ni kot aku pernah jumpa.. dah jimat kos untuk penginapan kami.. Jom tengok rumah penginapan kami.. Alhamdulillah semua family dan keluarga dari Penang dah sampai ke rumah penginapan TNB ni.. semua ada 3 kereta.. masa ni adik ipar tak sampai lagi. Pandangan dari sisi rumah penginapan TNB ni.. tengok dari luar senibinanya macam rumah dekat oversea.. hehehe Cantik dari lauranya… macam tengah bercuti dekat luar negara pulak.. hehehe ...