Bercuti Di Cameron Highlands | Green View Garden – Part 2

 

Salam semua,

Sambung semula cerita Bercuti di Cameron Highlands Part 1… Sebelum aku sampai ke rumah penginapan yang ditaja oleh cik malarang.. aku sempat singgah ke lokasi pertama penanaman strawberry di Green View Garden.. Kebanyakkan pengunjung yang datang dari arah Simpang Pulai akan berenti berehat disini..

Jadi sementara aku tunggu kereta pak mertua aku sampai dari Penang aku layan ambil gambar dulu dekat Green View Garden ni..

Jom kita layan gambar dulu…

Green View Garden Cameron Highlands

Welcome tu Green View Garden.. dekat sini ada banyak jual buah & coklat yang dibuat sendiri.. kaki makan coklat boleh singgah beli sini ye..

Green View Garden 1

Kalau lapar & dahaga pun boleh makan dekat sini dulu.. cuma harga agak sedikit mahal jugalah.. aku tak singgah makan pun just singgah ambil gambar dengan buang air je..

Green View Garden Cameron Highlands 1-tile

Tu dia keseronokan si Harraz pertama kali bawa gi tengok ladang strawberry.. suka dia..

Green View Garden 2 Green View Garden 3Green View Garden 4

Apa yang menarik dekat sini strawberry ditanam dalam bekas salur air dan digantung diatas.. so korang nampaklah buah strawberry yang dah masak tergantung-gantung.. geram je.. macam nak petik je..

Green View Garden 5 Green View Garden 6

Ni pulak tapak tanaman strawberry menggunakan pasu.. dekat sini macam-macam kaedah dia orang tanam strawberry..

Green View Garden 7 Green View Garden 8

Buah strawberry yang dah masak ranum…

Green View Garden 9

Nilah yang paling best.. sedapnya strawberry ni dimakan dengan celup coklat.. terbaikkk..

Green View Garden 10 Green View Garden 11Green View Garden 12

Wah banyaknya sayur-sayur segar dekat sini.. kalau dekat KL mana ada jumpa sayur segar macam ni.. macam nak guling-guling atas sayur tu je.. Sayur apa ni ye?

 

Oklah banyak lagi gambar akan menyusul.. sabar dan terus setia ye.. aku nak balik rumah dulu ni.. malam nikan MALAM JUMAAT.. nak balik baca Yassin.. :-)

Ulasan

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. bila le nak pi lagi ke CH ni... hmmm seronok juga ni bila tengok gambar2 ni

    BalasPadam
  3. Tak pernah pergi Cameron lagi. Asyik-asyik Genting je. Teringin gak nak pergi. Tapi hero aku tengah melasak. Pergi kebun macam ni jawabnya aku main kejar-kejar dengan dia la..


    Terbaru >Astro On The Go Party >Free KFC Voucher dari Butik Wanita Anggun >Forget About Spiderman. I Can Be a Better Superhero

    BalasPadam
  4. ni yang aku nak gi cameron highlands nih... lama tak gi.. syioookkk!!!

    BalasPadam
  5. sayur2 segar tu boleh beli banyak2 bawak balik, biasanya murah sikit.

    BalasPadam
  6. Wow ! Great knowledgeable and informative post! Thank u so much!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak