Bercuti Di Cameron Highlands | Persiapan Ke Destinasi – Part 1

 

Salam semua,

Alhamdulillah hujung minggu lepas kami sekeluarga telah selamat pergi bercuti ke tanah tinggi Cameron Highlands atas tajaan kocek sendiri.. hehehe.. (Penginapan ditaja oleh isteri tercinta).. percutian ni turut disertai oleh family mertua dan beberapa keluarga sebelah isteri dari Penang.. kira percutian keluargalah ni.

Seawal pagi lagi cik malarang dah bangun untuk siap-siapkan bekalan yang nak dibawa ke Cameron tu.. mula-mula dia siapkan aku.. hehehe dah tu siapkan si comel tembam tu.. hehehe

Harraz Cameron Highlands

Si Harraz ni senyum seronok je nak gi jalan jauh.. macam tau-tau je nak gi jalan-jalan sikit pun bangun pagi tak meragam.

Tepat jam 7.00 pagi terus bergerak dari rumah kami dengan memasuki tol Sungai Buloh menuju terus ke Cameron Highlands.. sebelum tu kami singgah sekejab beli sarapan pagi untuk melapik perut yang sudah menyanyi.

Dalam perjalanan tu singgah sekejab isi minyak & perut di R&R Tapah.. sebelum meneruskan perjalanan..

exit Simpang Pulai Cameron Highlands

Lebih kurang jam 9.00 pagi kami dah nampak signboard arah menuju ke Cameron Highlands.. dengan kepakaran photographer aku terus dia snap papan tanda tu.. arah keluar dari tol menuju ke Simpang Pulai.

Kalau di ikutkan andai korang dari arah KL korang boleh je ikut exit arah Tapah.. tapi memandangkan jalan untuk ke Cameron menggunakan Tapah tidak berapa elok aku lajakkan kedepan lagi dengan mengikut arah Simpang Pulai.. kalau nak rasa drift boleh je ikut Tapah tu.. hehe.

Tol Simpang Pulai

Terus menuju ke exit Tol Simpang Pulai.. apa lagi bayorlah tol tu.. RM23.30

Tol Simpang Pulai 2

Selepas membayar tol terus nampak simpang tiga.. aku tanya cik malarang ikut mana ni?.. dia kata kalau ikut signboard belok arah kanan.. memang betul ada papan tanda menunjukkan jalan ke Cameron.

Tak jauh lepas belok ke kanan tu akan nampak 1 lagi trafik light dan belok sekali lagi ke arah kanan.. dan jalan terus tanpa belok-belok.. sampailah jumpa… “Selamat datang Ke Cameron Highlands” yang ditulis atas batu..

Welcom to Cameron Highlands

Sepanjang laluan berbukit ni korang akan nampak banyak penduduk orang asli berniaga ditepi jalan.. kalau korang nak beli Madu memang banyak di jual oleh orang asli di sepanjang jalan menuju ke cameron ni..

Alhamdulillah sepanjang perjalanan cuaca baik dan kami selamat sampai ke destinasi pertama.. nak tahu destinasi pertama yang kami singgah? teruskan setia berkunjung ke sini.. entri seterusnya akan disambung..

Bersambung……. :-)

**** Banyak sangat gambar… nak edit dulu ye.. :-)

Ulasan

  1. Balasan
    1. Sekarang memang dah pandai senyum.. masam.. meragam.. merajuk.. semua dah pandai bro.. hehehe

      Padam
  2. yeeyyy..sy jga suke cameron Highland..best2

    BalasPadam
  3. Agak2 kereta auto 1.3 larat tak naik cameron ikut simpang pulai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Larat sbb ayah sy bw kelisa auto je dr penang ke cameron,blh naik insyallah...

      Padam
  4. Kalau ikut tapah, jalan lama, memang extreme bahaya, cuma banyak petai orang asli jual dan murah sikit.

    BalasPadam
  5. gambar no 3 & 4 mengingatkan kenangan semasa menyambung KPLI-KDC di IPG Ipoh. sempat juga ke CH bersama keluarga..

    BalasPadam
  6. seronok baca..
    bestnya dapat bercuti

    BalasPadam
  7. ada nampak signboard BATU GAJAH..? waaaahh.. tempat jatuh lagi dikenang

    BalasPadam
  8. ni jaln aku balik kampung. hoho..

    BalasPadam
  9. esok kita org nak pegi cameron..thanks bg info jalan

    BalasPadam
  10. Klu dr nilai ke simpang pulai jauh x? Jumaat ptg nk gerak dh. Ingat nk ikut tapah je. Bahaye sgt ke? Yg g ni pn pmpuan je sume nye. Leh advise ckt x?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak