Puri Buah Pear Makanan Pejal Kedua Buat Harraz
Salam semua,
Setelah makanan pejal pertama Harraz berjaya dimakan kali ni percubaan kali kedua membuat puri lagi menggunakan buah pear pulak..
Langkah-langkah membuah puri buah ni adalah sama seperti membuat puri epal untuk makanan pertama harraz…
Jom kita tengok macam mana aku sediakan puri pear ni..
Seperti biasa sebiji buah pear diperlukan.. basuh buah pear terlebih dahulu dan kupas kulitnya.
Setelah siap dikupas kulit luarnya basuh dan potong dengan bentuk yang kecil supaya mudah untuk dikisar.. masukkan kedalam mesin pengisar dan untuk buah pear ni tidak perlu dicampurkan dengan air kerana buah pear telah banyak air didalamnya.
Setelah buah pear siap dikisar dan telah hancur semuanya boleh pindahkan kedalam bekas untuk disimpan kedalam peti ais.. dan boleh diasingkan bahagian yang hendak diberikan kepada si comel.
kesian dia.. meleleh air liur tunggu makanan yang tengah daddy & mama dia sediakan.. hehehe
Mula-mula aku bagi Harraz makan menggunakan sudu.. tapi malangnya sukar untuk disuap sebab asik bergerak je.. tetiba cik malarang dapat idea.. dia kata “apa kata kita guna botol susu dengan masukkan puri pear tadi dalam botol susu”.. aku cakap dengan dia “boleh juga cuba lagi pun puting yang koyak ari tu ada lagikan.. mungkin dia boleh sedut keluar puri tu sebab puting tu lubang dia dah besar sikit”.
Sekali memang betul.. aku guna botol susu dengan isi puri dalam tu.. memang Harraz suka dengan cara tu.. memang habis licin semua puri dalam botol tu.. dan sekarang ni dah masuk hari ke-3 aku gunakan botol susu untuk bagi harraz makan puri buah tu..
Kredit : Baby & Kids Mall
Rasa-rasanya memang aku kena order juga kot bekas makanan dekat atas ni untuk memudahkan baby makan… kalau tak silap harga dia pun dalam RM28 je.. ada sapa-sapa tak yang pernah guna bekas ni?
Macam mana pengalaman korang bagi anak korang makan.. memang susah ke baby nak makan untuk permulaan ni?
whoa..bagus untuk kesihtan
BalasPadambuat jus ok juga ni
BalasPadamelok buah puri tue untuk budak..
BalasPadam