Puri Epal Makan Pejal Pertama Harraz | Panduan Membuat Puri Epal
Salam semua,
Perkara yang menghantui fikiran semua ibu bapa apabila bayi telah mencecah usia 6 bulan adalah makanan pertama apa yang diberikan kepada bayi mereka.. begitulah juga aku dengan cik malarang.. nak dikatakan sebulan lagi sebelum Harraz cukup 6 bulan.. memang dah mula cari info dekat pakcik google.. maklumat pengalaman ibu bapa memberi makanan pertama pada bayi mereka.
Setelah puas menggoogle di internet akhirnya keputusan membuat Puri Epal menjadi pilihan.. walaupun pada asalnya aku nak buat Puri Pisang.. cik malarang nak buat Puri Epal.. so kasi canlah dekat wife buat pilihan.. hehehe
Nak tahu maca mana aku dengan cik malarang buat puri epal ni sebagai makanan pertama anak kami.. jom layan resepi Chef baru ni.. hehehe
Sediakan sebiji epal merah (elakkan epal hijau kerana epal hijau rasanya masam).. bersihkan epal merah tersebut dengan membasuh dan membuang kulit bahagian luar..
Selesai epal dikupas kulitnya potong epal tadi dengan potongan yang kecil supaya senang untuk dikukus.. untuk bab kukus ni.. aku hanya gunakan rice cooker sebagai alat pengukus.
Kukus epal tadi sehingga lembut.. tempoh masa bergantung pada epal tadi.. kalau dah lembut dah boleh keluarkan dari pengukus.
Iklan dulu… sementara tunggu epal siap dikukus layan telatah anak dulu.. hehehe.. ni wajah Harraz yang gembira tengah tunggu makanan di sediakan.
Akhirnya epal yang dikukus tadi telah lembut dah boleh dikeluarkan untuk di kisar.
Proses seterusnya adalah epal yang telah dikukus perlu dikisar halur menggunakan blander yang bersih.. pastikan blander yang digunakan tidak bercampur dengan makanan lain yang pernah digunakan sebelum ini. (gunakan blander baru lagi bagus)
Blander dengan perlahan-lahan dan campurkan dengan sedikit air masak supaya lebih memudahkan proses mengisar epal tadi.
Epal yang telah dikisar halus boleh dikeluarkan dan diletakkan pada bekas yang sesuai.
Akhirnya Puri Epal dah siap.. untuk berikan pada bayi.. ambil 2 sudu sahaja dari puri epal keseluruhannya selebihnya boleh disimpan dipeti sejuk untuk makanan hari berikutnya.
Wajah ceria Harraz menerima suapan makanan pertama dari mama dia.. mula-mula senyum.. dah tu muka pelik… hahaha.. biasalah first time mulut nak masuk makanan.. untuk pertama kali harraz memang makan sikit je.. tapi takpe jangan risau.. esok kita boleh cuba lagi.
Dan penyudahnya.. bila dah tak nak makan.. teriaklah dia… hehehe.. tu dia.. menangis tak sudah.. dah tak nak makan..
Mula-mula risau juga sebab lepas bagi makan je.. sehari dia tak berak.. risau takut-takut sembelit ke kan.. tapi penantian akhirnya berakhir semalam sebelum masuk tidur.. dia dah berak.. jadi takda masalah beliau untuk makan Puri Epal lagi lepas ni..
Apa pun makanan pertama untuk bayi korang adalah bergantung pada perut bayi masing-masing.. kalau rasa-rasanya makanan pertama tu tak sesuai korang boleh cuba makanan yang lain..
Info lanjut makanan pertama bayi anda boleh rujuk di sini..
bagus jugak ajar makan buah dari kecik kan
BalasPadamTulah minggu ni memang balun bagi puri buah dulu.. Minggu depan nak buat puri sayur pulak
Padambila tak abis makan.. daddy nya kena makan laaa.. hehehehee
BalasPadamItu dh semestinya bro
Padamnampak sedap tue..semalam baru kesempatan buat makanan untuk anak..first time buat puri labu..labu satu bekas dia makan..cuba la buat...kang anak tak makan, mak pak plak abiskan..hehhe
BalasPadamInsyaallah memang puri labu ada dlm list.. Anaknya umur berapa bulan tu
Padambrpe ari puri tu leh tahan? xbasi ke? perlu ke dipnskan semula utk mkn hari ke-2
BalasPadam