Bercuti Di Cameron Highlands | Pasar Malam Brinchang – Part 5
Salam semua,
Mood rajin tengah datang ni.. so nak sambung semula cerita percutian aku dekat Cameron Highlands 2 minggu lepas.. kali ni aku nak kongsikan beberapa keping gambar suasana di Pasar Malam Brinchang.
Sebelum terlupa, cerita yang lepas ada Part 1, Part 2, Part 3 & Part 4 so korang yang dah terlepas tu bolehlah baca link yang aku bagi tu ye..
Jom layan gambar dulu.. aku nak kurangkan membebel kali ni.. hehehe
Melangkah masuk ke pasar malam Berinchang dengan wajah gembira.. sapa yang lagi yang paling gembira kalau bukan cik malarang.. kalau boleh semua baju-baju ni dia nak beli.. hehehe
Nak cari cenderhati untuk dibawa balik pun banyak dijual di pasar malam Berinchang ni..
Paling banyak dijual dipasarni ada sayur-sayuran segar dari ladang… macam-macam ada.. korang pilih je sayur apa yang korang suka..
Macam biasa.. orang pompuan kalau dah jumpa bunga.. selagi tak beli mesti tak nak berganjak dari tempat tu.. hehehe.. tapi apa yang menarik dengan bunga yang cik malarang pegang tu adalah merupakan bunga hidup yang telah diawet.. katanya tahan selama 2 tahun.. yang penting jangan disiram dengan air.
Kalau korang peminat kaktus.. dekat sini pun ada dijual.. macam-macam rupa bentuk kaktus ada
Nilah yang menjadi tarikkan utama dipasar ni.. pelbagai saiz strawberry segar dijual disini..
Paling popular adalah strawberry bersalut coklat.. emmm sedapnya..
Kalau nak tahan lama.. belilah strawberry kering.. yang ni pun sedap juga
Setelah habis bahagian sayur-sayuran tadi, terus melangkah kebahagian lain dengan memperlihatkan pelbagai jenis pakaian dijual.. pening kepala nak beli mana satu.. semu cantik-cantik
Sebenarnya pada siangnya kami belum puas pusing-pusing dekat pasar malam berinchang tu.. ekoran cuaca hujan mula turun petang tu.. dan penyudahnya sebelah malam kami terjah sekali lagi.. shopping terus.. hehehe
Untuk pengetahuan korang pasar malam Berinchang ni dibuka pada hujung minggu dan sekiranya musim cuti sekolah ada yang mengatakan pasar ni dibuka setiap hari.
So kalau korang datang bercuti ke Cameron Highlands.. jangan lupa ye singgah membeli belah di pasar malam Berinchang ni..
Oklah mata pun dah letih ni.. aku nak rehat dulu ye.. jumpa lagi di entri seterusnya..
pergh.. best betul.. ntah bila lah boleh samapai ke cameron highland ni
BalasPadamcarilah masa untuk bercuti bro.. hehehe
Padamkalau gi sini..memang kuat godaannya..
BalasPadambetul tu.. kalau boleh semua nak beli.. hehehe
PadamPergh! best..
BalasPadamlama aku tak sampai sini..
Kalau hang pergi mungkin dah rasa bezanya.. sebab dah kurang sejuk.. sebab banyak pokok yg dah kena tebang untuk pembangunan
PadamSeronoknya dapat pergi Cameron.. ;)
BalasPadamalhamdulillah semua family yang datang semua seronok & happy
Padamtak sabar nak bercuti di Cameron Highlands bulan 9 nanti..yeeyyy
BalasPadamwah lepas raya ye bro.. bagus2.. banyak tempat2 menarik dekat situ... aku pun macam nak gi sekali lagi je.. hehehe
PadamTengok jagung tu, terasa dan mengidam pulak nak buat "Jagung panggang" hahah@@|||
BalasPadamBanyaknya strawberi. lama tak makan. Hehehehe
BalasPadambc cite awk kat sini. sy nk g cameron minggu depan .. tak sabar la.. pasar malam ni dekat dengan tanag rata ek?
BalasPadamye dekat jugalah..
Padam