Naib Juara Contest Tukar Pampers Terpantas

 

Salam hujung minggu semua,

Semalam sempat teman cik malarang gi karnival minggu penyusuan susu ibu sedunia 2012 peringkat wilayah persekutuan Kuala Lumpur di Perpustakaan negara.

Karnival Minggu Penyusuan 7

Sampai- sampai je aku tengok ramai dah orang tengah register.. cik malarang terus register untuk dapatkan kupon makanan pagi dengan tengahari.. Tetiba je ada sorang urusetia tanya nak masuk pertandingan speed & complete untuk para bapa tak? katanya ada kosong sorang lagi.. apa lagi nak menguji bakat si daddy ni.. terus join n daftar.

Karnival Minggu Penyusuan

Daftar dulu sebagai peserta.. tak tahu lagi apa nasib nanti.. kalah menang adat pertandingankan

Karnival Minggu Penyusuan 1

Lepas register terus masuk ke bahagian perpustakaan kanak-kanak.. tengok dah ramai penonton menanti kami.. semua penonton cilik dan juga ibu bapa kanak-kanak tu.

Karnival Minggu Penyusuan 2

Pusingan pertama dimulakan oleh 3 orang daddy masing-masing bertarung menukarkan pampers dan baju anak masing-masing.. sapa pantas dia juara.. hahaha.. macam-macam ragam anak time daddy masing-masing nak pakaikan baju..

Karnival Minggu Penyusuan 3

Kini giliran daddy harraz bersaing pulak… kita tengok sapa yg kena… sebenarnya ada video yg cik malarang record masa ni… tapi malangnya masa dia rakam.. dia cakap dia tak tekan butang record… hehe3.. so video tak jadilah..

Karnival Minggu Penyusuan 6

Siapa sangka dengan datang secara suka-suka teman wife.. dah tu terus masuk contest secara bidan terjun dan akhirnya berjaya membawa pulang hadiah tempat ke-2.. hehehe.. aku ambil masa 3 minit 15 saat untuk menyiapkan harraz pakai pampers, tukar baju dan seluar serta pakai stokin.. Selamat harraz tak buat perangai masa aku tukar pampers tu,.. perkara paling aku risau masa contest tu adalah.. takut dia terberak atau terkencing.. hehehe confirm panjang cerita nanti.. hahaha

Karnival Minggu Penyusuan 4

Label je juara sebenarnya ni hadiah tempat kedua.. hadiah tempat pertama dengan kedua sama.. hehehe

Karnival Minggu Penyusuan 5

bukan setakat dapat hadiah mattress je.. siap dapat bawa balik terus baju dengan seluar serta stokin yang aku tukar tadi.. tak pasal-pasal terus dapat baju baru.. hehehe.. nilah kata orang rezeki yang tidak disangka-sangka betul tak?

Macam mana aktiviti hujung minggu korang.. korang gi mana pulak?

Ulasan

  1. tahniah daddy, mummy & Harraz ;)

    BalasPadam
  2. wahh.. tahniah bro..hehhe.. ni lah namanya rezeki. kadang2 ia hadir ketika kita tak jangkakan pun

    BalasPadam
  3. wahhh..bestnyer dpt comforter =)))

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulah.. walaupun dapat warna pink.. tapi takpe.. leh buat sarung yang lain.. hehehe

      Padam
  4. Rezeki anak bro. Bila weh nk jmpk haraz yg tembam comel ni

    BalasPadam
  5. tahniah bro!! dapat baju terus tuuu!! hahahahaaa

    BalasPadam
  6. ehehe daddy harraz kena selalu praktis kat umah ler camnie...

    BalasPadam
  7. Fuhh bergaya sakanlah si Harraz..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. silap2 mama dia yang akan bergaya sakan raya nanti.. hahaha

      Padam
  8. si Harraz tahu ko dia masuk contest sebab tu dia jadi good boy... hehehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Backup Blog Sekarang !

ADAMAYA - FREE DOWNLOAD DRAMA HANGAT TV3 2010

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan