Bergilir-gilir Cuti Jaga Anak

 

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Semoga dihari yang mulia ni, anda semua berada dalam keadaan sihat hendaknya.. masih mampu senyum dan ceria sentiasa.

Pengorbanan sangat penting bila dah berumahtangga ni.. kalau selalu pentingkan diri sendiri memang kelam kabutlah jadinya. Apa yang penting perlu ada tolak ansur antara suami & isteri.

Seperti yang korang semua tahu semalam aku terpaksa ambil offday demi menjaga anak yang tercinta dek gara-gara kena demam panas yang berlanjutan.

Harraz Myvitrd

kredit photo dari facebook cik isteri

Hari ni giliran cik isteri pulak yang terpaksa korbankan cuti beliau yang tinggal beberapa kerat lagi sebelum menjelangnya tahun baru.. minggu ni sahaja cik isteri dah korbankan 2 hari cutinya.. thank you sayang sebab sentiasa bertolak ansur dengan abang.. Love u forever.

Nampak gaya hujung minggu ni memang aku takkan kemana-mana selagi Harraz tak kebah dari demam.. duduk umah jelah jawabnya.. semoga si anak kecil yang belum mengerti ini cepat sembuh dari demamnya.. sunyi pulak rumah kalau tak tengok telatah aktif si anak ni.. bila anak terlalu lasak.. keruk kepala pulak pening nak melayan.. hehehe.. dunia.. oh dunia.. :-).

** Thanks kepada rakan blogger yang banyak bagi tips untuk mengurangkan suhu demam panas

Ulasan

  1. itulah hidup bekerluarga kan? sama2 kerjasama heheh
    time anak demam mmg mak bapak x leh tidur...
    moga cepat sembuh

    BalasPadam
  2. semoga cepat sembuh harraz. uncle doakan yg terbaik =D

    BalasPadam
  3. ala..ciannya dia.. semoga cepat disembuhkan...

    BalasPadam
  4. saya biasa basahkan kepala anak dengan air asam jawa untuk kurangkan suhu demam. apa2pun lebih baik jumpa doktor untuk dapatkan rawatan.

    moga cepat sembuh ye Harraz..

    BalasPadam
  5. Bergilir-gilir cuti.. standard la bro bila dah ada anak..
    Aku masa Adam kecik dulu, lagi laa, tak ada cuti yang bawa ke tahun depan terus..

    Apapun, semoga harraz cepat sembuh... Selalu bagi basah badan dia selalu sikit..

    BalasPadam
  6. memang betul, kena selalu basahkan kepala, semoga harraz cepat ok ya

    BalasPadam
  7. ala..siannye tgk budak kecik sakit...smoge harraz cpt sembuh ye.. Amiinn

    BalasPadam
  8. sian harraz comey ni,,smoge cepat sembuh ye comel,,
    moga Allah yg mmbalas jasa n pgorbanan admin n isteri

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak