Harraz Demam Panas Merisaukan Aku

 

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

Bila anak demam je mesti kami sekeluarga pasti akan risau.. lagi-lagi bab demam panas ni.. sebab kalau lambat bertindak.. macam-macam boleh jadi dekat budak yang bawah umur 2 tahun ni.

Nak dikatakan juga hampir setiap bulan si Harraz mesti akan demam sekali.. macam bulan ni.. demam lagi dari semalam..

Semalam pengasuh Harraz mesej cik malarang.. dia cakap Harraz kena demam panas dia dah masukkan ubat dekat dubur harraz.. pengasuh ni risau.. so dia suruh aku ambil harraz awal sikit..

Habis je keje semalam terus aku  ambil anak aku dah tu terus bawa dia gi klinik panel.. bila doktor check tak pulak demam.. suhu 36 darjah celcius je.. siap aku kena sound dengan doktor dia kata selagi budak suhu badan tak sampai 38.5 darjah celcius keatas jangan bagi ubat demam yang masuk dekat dubur tu.. dalam hati aku macam mana aku nak cakap dengan pengasuh tu.. nanti dia kecil hati lagi macam hari tu susah aku..

Habis je check-check doktor dah standby bagi ubat demam dengan antibiotik untuk persediaan awal..

Petua Demam Panas

Seperti yang telah dijangka.. memang tengah malam suhu badan harraz mula naik semula.. aku check-check guna alat ukur suhu tu.. panas dia naik sampai 39 darjah celcius.. gelabahlah aku dengan cik malarang.. terus bagi dia makan ubat demam.. dengan letakkan tuala basah dekat kepala dia supaya suhu turun..

Alhamdulillah suhu mula turun.. tapi kejab-kejab naik balik.. cuma dah tak sepanas sampai 39 darjah celcius lah.

Apa lagi subuh-subuh terus mesyuarat sapa nak jaga Harraz hari ni.. setelah kata putus dibuat akulah yang akan jaga Harraz.. sbb masa isnin ari tu cik malarang yang jaga.. so kena bergilirlahkan..

Harap-harap hari ini demam panas si Harraz akan pulihlah.. kalau tidak esok kena salah sorang cuti lagi..

Tadi adalah aku google untuk cari Petua untuk mengurangkan Demam Panas dan aku dapat sikit info disini..

 

** Kalau ada sapa-sapa yang ada petua lain untuk mengurangkan suhu demam panas ni.. leh kongsikan disini.. semoga dapat membantu aku mengurangkan suhu demam panas anak aku ni..

Ulasan

  1. kalau deman on off antibiotik la jawabnya. mmg kalau naik smpi 38.5 kene sumbat ubat bontot.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq bro.. memang dr. ada bagi semalam antibiotik.. kena guna 3 kali sahaja dah tu baki kena buang.

      Padam
  2. anak kwn pun selalu macm ni bro....skrg memang musim...tapi kalu bdn dia panas jek terus mandikan dia ....xpun lap badan dia dgn tuala sejuk....jgn selalu amalkan ubat bontot tu...tak elok... antibiotik kn bg abiskan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada sesetengah org tak bagi mandikan bro.. antibiotik ada tapi doktor bagi guna untuk 3 hari je.. baki semua kena buang lepas tu..

      Padam
  3. saya tak pernah bagi ank makan ubat klinik..dari start dia 3 bulan saya dh start ambil ubat hemeopati untuk baby..alhamdulillah dengan izin Allah dari baby sampai skrg berusia 8 bulan dia xpernah demam ..cubalah bg anak makan hemeopati, mana tahu dengan izin Allah..kat hemeopati ada juga check up untuk baby..ubat hemeopati ni bagus xde campur2 dadah n whatever ramuan yang kita tidak tahu kehalalannya..cubalah ..insyaAllah Allah permudahkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaallah wife ada ckp juga tadi... Hujung minggu ni nk gi survey juga.. Tq bg info..

      Padam
  4. carik daun bunga raya mid, ramas n rendam dlm air...lps tu air tu letak kat kepala

    BalasPadam
  5. suhu demam naik turun memang biasa. bekalkan sekali thermometer pd pengasuh pun ok kot.
    mudahan anak bro cepat kebah n sihat.

    BalasPadam
  6. gunakan daun bunga raya..tumbuk sampai hancur, pastu masukkan jangan banyak..pastu tempek kat kepala dia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq bro.. insyallah hari ni aku nak gi kutip daun bunga raya dekat opis.. :-)

      Padam
  7. Teringat xperience dgn anak aku yg 1st, Si Aiman...masa dia kecik dulu ..Harraz sebln sekali demam kan...Aiman teruk skit la..2 minggu sekali demam panas..ada la beberapa tips yg aku dpt masa tu...kalau tgk kat gambar tu Harraz still pakai baju & diselimutkan..better tak payah pakai baju..jgn selimutkan sbb suhu badan akan naik...basahkan tuala then baru selimutkan dgn tuala basah tu..cuba identify apa punca dia demam...macam Aiman dulu, dia tak boleh makan aiskrim & kultur...bila Aiman makan 2 benda tu, tonsil akan bengkak pastu terus demam panas...cuba la bro...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq bro bagi tips.. tadi pagi ada sorang akak dekat opis pon ckp jgn bagi anak pakai baju biarkan dia tak pakai baju supaya panas tu keluar.. insyaallah akan d cuba praktikan nanti.. anak ni kena jangkitan demam dari family pengasuh.. sebab semua anak pengasuh pun demam

      Padam
  8. ok gak tips guna tuala basah...kalau guna Asam jawa pun ok gak...lumurkan kat atas kepala...petua org2 lama ni

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Myvi Kos Tukar Disc Brake Rotor

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan

DIY Pencucur Rokok Myvi Yang Rosak