Aksi Memanjat Di Malam Jumaat

 

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Alhamdulillah sampai lagi kita di hari Jumaat yang mulia ini.. memasukki hari ke-2 bekerja ditahun baru selepas 5 hari bercuti pulang ke kampung mertua.. mood masih diawang-awangan..

4 hari lagi genap usia Harraz satu tahun satu bulan.. masa begitu pantas berlalu.. sejak balik dari kampung harraz nampak lagi aktif dari biasa.. bercakap asik tak berhenti dan manjanya semakin menjadi-jadi.. hehehe.

Malam semalam harraz telah menunjukkan satu lagi aksi beraninya dengan memanjat sendiri di sofa dirumah.. aku pun tak pasti dari mana dia belajar sebab tetiba dia boleh dapat idea untuk panjat sofa tu untuk dapatkan sendiri susu yang baru dipump oleh mama dia..

Video dibawah ni untuk tatapan family dikampung Johor & Penang…

Semakin hari semakin aktif.. di sebabkan keaktifannya tu jugalah.. daddy dengan mama terpaksa pasang grill baru untuk semua tingkap dekat rumah demi keselamatan si comel kami ni..

Lepas ni tak tahulah aksi apa lagi yang akan dibuat oleh Harraz ni.. hehehe

Ulasan

  1. tengah melasak la tu yer :) anak eliss dulu pun sama, suka gak panjat2 lebih perempuan :p keh keh keh

    BalasPadam
  2. Anak lelaki memang macam tu. Sila bersabar ye =)

    BalasPadam
  3. comel nya gaya beliau..takut jatuh je...

    BalasPadam
  4. lepas ni main kejar2 bro... penat.. hahahahaa

    BalasPadam

Catat Ulasan

Jangan segan-segan bagi komen ye..

Catatan popular daripada blog ini

Backup Blog Sekarang !

ADAMAYA - FREE DOWNLOAD DRAMA HANGAT TV3 2010

Myvi Kos Service Aircond Setelah 5 Tahun atau 150000KM Perjalanan